Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Doa Tidur (Hendak Tidur/Bangun Tidur)

Doa Tidur (Hendak Tidur/Bangun Tidur)

Doa Tidur (Hendak Tidur/Bangun Tidur) adalah doa yang harus kita amalkan sebelum hendak tidur, dan apabila bangun dari tidur.

 

Isi Kandungan

Doa Tidur (Hendak Tidur,Bangun Tidur)

 

Nabi Muhammad SAW telah mengajar kita doa-doa khusus untuk dibaca sebelum tidur yang mana ia mengingatkan kita bahawa tidur itu adalah saudara kepada kematian. Di sini disediakan panduan bacaan Doa Tidur (Hendak Tidur/Bangun Tidur). Selain itu, disertakan juga amalan-amalan sunat sebelum tidur (cara Nabi Muhammad SAW). Semoga bermanafaat….

Doa Tidur (Hendak Tidur)

 

بِسْمِكَ اللّٰهُمَّ اَحْيَا وَاَمُوْتُ

Bismikallohumma ahya wa amuutu

 

Maksudnya:

“DENGAN MENYEBUT NAMA-MU YA ALLAH, AKU HIDUP DAN AKU MATI.“

 

Doa Tidur (Bangun Tidur)

 

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَحْيَانَا بَعْدَمَآ اَمَاتَنَا وَاِلَيْهِ النُّشُوْرُ

Alhamdu lillahil ladzii ahyaanaa ba’da maa amaa tanaa wa ilahin nusyuuru

Maksudnya:

SEGALA PUJI BAGI ALLAH YANG TELAH MENGHIDUPKAN KAMI SESUDAH KAMI MATI (MEMBANGUNKAN DARI TIDUR) DAN HANYA KEPADA-NYA KAMI DIKEMBALIKAN .

 

Doa Ketika Mendapat Mimpi Buruk

 

اَللّٰهُمَّ إِنّىِ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ وَسَيِّئاَتِ اْلأَحْلاَمِ

Allaahumma innii a’uudzubika min ‘amalisy syaithaani wa sayyiaatil ahlami

Maksudnya:

YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU MOHON PERLINDUNGAN KEPADA ENGKAU DARI PERBUATAN SETAN DAN DARI MIMPI-MIMPI YANG BURUK

 

 

Adab Tidur Rasulullah

 

Di antara adab-adab tidur yang telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW adalah :

  1. Berwuduk sebelum tidur dan selepas tidur
  2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
  3. Berbaring berlapikkan bantal
  4. Berbaring sambil mengiring ke sebelah kanan dan berzikir  (Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X) kepada Allah sehingga tidur.
  5. Jangan tidur secara meniarap
  6. Membaca surah Sajadah dan Al Mulk sebelum tidur
  7. Membaca surah Al-Fatihah, ayat Kursi dan tiga ‘Kul’
  8. Niat untuk bangun Tahajjud
  9. Membaca doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan syaitan, manusia dan jin sewaktu tidur
  10. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur
  11. Tutup aurat ketika tidur.

 

 

ADAB BERDOA

 

Allah telah berjanji untuk memakbulkan doa hambaNya yang berdoa. Seperti firman Allah di dalam Al-Quran:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”Al Baqarah: 186

Terdapat beberapa adab serta peraturan yang sunnah untuk dilakukan apabila kita berdoa, demi mendapat kelebihan dan barakah daripada Allah SWT, serta dimakbulkan doa seperti contoh doa diilhamkan kecerdasan di atas. Berikut disertakan beberapa panduan mengikut Al-Quran dan sunnah:

  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.

 

Berdoa itu adalah ibadah, maka hendaklah seseorang Muslim itu memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa, supaya doa itu dimakbulkan. Sesiapa yang memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta. Namun bagi sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.

 

 

Penutup

 

Akhir kata, diharap perkongsian kami tentang Doa Tidur (Hendak Tidur/Bangun Tidur) ini dapat memberi panduan buat semua, supaya kita dapat amalkan bersama ketika kita hendak tidur, mahupun ketika kita bangun dari tidur. Semoga doa tidur (hendak tidur/bangung tidur) ini memberi manfaat buat semua, dan dapat diamalkan dalam kehidupan harian. Moga semua pembaca dan pengikut Tcer.my berada dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa, serta dapat kita jadikan amalan doa harian sebagai rutin.

Untuk lebih informasi terkini, sila klik pautan berikut: t.me/tcerdotmy

 

Artikel berkaitan:

Doa Diilhamkan Kecerdasan

Doa Elok Kesudahan Urusan

Doa Agar Hati Tenang

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More