Doa Untuk Orang Meninggal Dunia Lelaki & Perempuan
Berikut adalah sedikit perkongsian mengenai doa untuk orang meninggal dunia yang mungkin ramai lagi tidak mengetahuinya.
Isi Kandungan
Adab Islam Jika Berlaku Suatu Kematian
Umat Islam menjadi Fardu Kifayah ke atas mereka untuk melaksanakan solat jenazah kepada saudaranya yang telah meninggal dunia. Begitu juga dengan memandikan, mengkafankan dan mengebumikannya.
Seterusnya, umat Islam perlu menerima kematian dengan cara dan adab Islam. Antaranya adalah:
Istirja’ (Mengucapkan إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ) apabila menerima suatu berita kematian. Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 155 dan 156, iaitu:
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ . الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Maksudnya: “Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu musibah (kesusahan) mereka mengucapkan: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Seterusnya, kita yang masih hidup amatlah digalakkan perbanyakkan membaca doa untuk orang meninggal dunia.
Doa Untuk Orang Meninggal Dunia
Antara doa untuk orang meninggal yang diajar adalah seperti berikut:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَاعْفُ عَنْهُ وَعَافِهِ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِمَاءٍ وَثَلْجٍ وَبَرَدٍ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدخِلْهُ الجَنَّةَ وَقِهِ فِتْنَةَ الْقَبْرِ وَعَذَابَ النَّارِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW telah melakukan solat jenazah, lalu aku mendengar Baginda berdoa. Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia, muliakanlah keadaannya dan luaskan kuburnya. Mandikanlah dia dengan air, salji dan air yang dingin. Bersihkanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana dibersihkan baju yang putih daripada segala kekotoran. Gantikanlah rumahnya yang lebih baiki daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka. Auf berkata: Aku berharap biarlah aku menjadi mayat itu kerana doa Rasulullah SAW ke atas mayat tersebut.”
Riwayat Muslim
اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ
Maksudnya: “Ya Allah! Janganlah Engkau tahan pahalanya daripada kami dan janganlah timbulkan fitnah kepada kami selepas kematiannya serta ampunilah kami dan dia.”
Riwayat Abu Daud
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنَا وَمَيِّتِنَا وَصَغِيرِنَا وَكَبِيرِنَا وَذَكَرِنَا وَأُنْثَانَا وَشَاهِدِنَا وَغَائِبِنَا اللَّهُمَّ مَنْ أَحْيَيْتَهُ مِنَّا فَأَحْيِهِ عَلَى الْإِيمَانِ وَمَنْ تَوَفَّيْتَهُ مِنَّا فَتَوَفَّهُ عَلَى الْإِسْلَامِ اللَّهُمَّ لَا تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلَا تُضِلَّنَا بَعْدَهُ
Maksudnya: “Ya Allah, Ampunkanlah dosa orang yang hidup di kalangan kami, yang mati, yang kecil, yang besar, lelaki, perempuan, yang hadir dan yang ghaib. Ya Allah, siapa yang Kamu hidupkannya di kalangan kami maka hiduplah ia di atas iman dan siapa yang mematikannya maka matilah ia di atas Islam. Ya Allah janganlah Kamu halangkan kami dari pahalanya dan sesatkan kami selepasnya.”
Riwayat Abu Daud, Al-Tirmidzi, Al-Nasai, Ibn Majah dan lain-lain
Selain itu, antara doa untuk orang meninggal yang biasa diamalkan adalah seperti berikut:
- Untuk Jenazah Lelaki:
- Untuk Jenazah Perempuan:
Berikut pula adalah doa yang boleh dibaca ketika bertakziah, iaitu:
أَعْظَمَ اللهُ أَجْرَكُمْ وَأَحْسَنَ عَزَاءَكُمْ وَغَفَرَ لِمَيِّتِكُمْ
A‘zhamallâhu ajrakum, wa ahsana ‘azâ’akum, wa ghafara limayyitikum.
Maksudnya: “Semoga Allah besarkan pahalamu, Dia perbaiki perihal kematianmu, dan semoga Dia ampuni jenazahmu.”
Takziah sangat dianjurkan oleh agama. Orang yang bertakziah ke rumah tetangga yang mengalami musibah kematian akan mendapatkan ganjaran pahala di sisi Allah SWT.
Selain mendoakan, orang yang bertakziah juga dianjurkan mengurangi beban mereka.
Kelebihan Mendoakan Untuk Orang Lain
Kita akan suka jika orang lain berbuat baik kepada kita, bukan?
Salah satu cara untuk membalas kebaikan orang lain ialah mendoakan kebaikan untuk dirinya.
Berdoa untuk orang lain dalam keadaan mereka tidak tahu amatlah hebat kelebihannya. Ini kerana malaikat akan turut mendoakan perkara yang sama untuk diri kita.
Justeru, perbanyakkanlah doa untuk orang meninggal jika kita menziarahi suatu kematian kerana doa kita pasti akan terus diangkat oleh Allah SWT.
Selain doa untuk orang meninggal dunia, kita juga boleh membaca Surah Yasin ketika menziarahi suatu kematian.
Apabila dibacakan Surah Yasin pada orang yang sakit, akan turun kepadanya setiap satu huruf sepuluh orang malaikat yang akan berdiri di sisinya dalam keadaan berbaris dan para malaikat tersebut akan selawat dan beristighfar kepadanya serta menyaksikan ketika nyawanya diambil dan akan memandikannya.
Tambahan pula, akan mengikut jenazahnya serta sembahyang ke atasnya dan menyaksikannya ketika ditanam.
Diharapkan perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana.