Doa Witir: Wirid & Doa Selepas Solat Sunat Witir

Berikut dikongsikan antara wirid dan doa witir yang disarankan selepas selesai menunaikan Solat Witir yang pasti masih ramai lagi yang tidak mengetahuinya.
Isi Kandungan
Witir Penutup Solat
Solat Witir dilakukan setelah solat Isyak sehingga menjelang fajar (subuh) dan ia dapat dikerjakan sebagai pelengkap Solat Tahajjud atau Solat Tarawih dan ia sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang Subuh.
Rasulullah SAW bersabda:
“Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir.”
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim R.A.
Solat Witir merupakan sunat muakkad yang amat penting dan digalakkan untuk kita melakukannya.
Rasulullah SAW sentiasa melakukan Solat Sunat Witir dan Solat Sunat Fajar, baik ketika Baginda bermukim ataupun ketika bermusafir.
Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali.
Sabda Rasullulah SAW dari Abu Hurairah:
“Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.”
Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud
Rasulullah SAW bersabda lagi:
“Sesungguhnya Allah SWT menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.”
Hadis Riwayat Al-Tirmidzi dan Al-Hakim R.A.
Dinamakan Solat Witir kerana bilangan rakaatnya adalah ganjil. Sabda Rasulullah SAW:
“Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah Solat Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka sekali kepada ganjil.”
Hadis Riwayat Ahmad Ash Hab Al-Sunan, Al-Tirmidzi dan Hakim
Solat Witir boleh dikerjakan sama ada 1, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat dan ia dilakukan secara dua-dua rakaat dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau berakhir 3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam).

Wirid & Doa Witir
Selesai mengerjakan Solat Witir, kita disunatkan untuk mengucapkan:
سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسُ , سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسُ , سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسُ
Maksudnya: “Maha Suci (Allah) Yang Maha Menguasai Lagi Maha Suci.”
Zikir ini dibaca tiga (3) kali dan pada kali yang ketiga hendaklah menaikkan suara.
“Rasulullah SAW setelah salam dari Solat Witir berkata: Subhanallah Malikil Qudduus tiga kali dan meninggikan suaranya pada zikir yang ketiga.”
Hadis Riwayat Ubay bin Ka’ab
Kemudian, dibaca 1 kali kalimah berikut:
رَبِّ الْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوحِ
Maksudnya: “Tuhan (Allah) Yang Menguasai malaikat dan roh.”
Kemudian, membaca doa witir seperti berikut:

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua umat Islam diluar sana! Selamat beramal!