DSKP KSSR Semakan Bahasa Arab Tahun 5
DSKP KSSR Semakan Bahasa Arab Tahun 5 ini merupakan dokumen yang sangat penting dalam perancangan Pengajaran dan Pembelajaran.
Sebelum itu, jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.
Isi Kandungan
DSKP Bahasa Arab digunakan mulai tahun 2021 pada peringkat sekolah rendah Tahun 5.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Arab digubal bertujuan untuk menggalakkan pembelajaran bahasa tambahan selain bahasa Inggeris seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013-2025). Kurikulum ini memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran asas bahasa Arab iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran-kemahiran tersebut dinyatakan secara spesifik dalam Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang telah ditentukan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). K
ejayaan murid menguasai keempat-empat kemahiran bahasa ini dapat meningkatkan kesediaan mereka untuk berinteraksi dengan ayat mudah mengenai diri sendiri dan persekitaran mereka selaras dengan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR).
Kepentingan bahasa Arab meliputi kepentingan untuk mendalami ilmu pengetahuan, penyelidikan, sosial, ekonomi, politik, pelancongan dan hubungan antarabangsa. Ianya juga mengambil kira keperluan generasi baharu untuk menguasai lebih daripada satu bahasa.
Kurikulum ini memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang pelbagai dalam kalangan murid. Bagi mencapai hasrat tersebut, teknik pengajaran guru yang berkesan diperlukan untuk membantu murid melalui pengalaman pembelajaran bahasa Arab yang menyeronokkan. Amalan lughatul-fasli yang berkesan sangat penting untuk mewujudkan suasana pembelajaran tersebut.
Sepanjang proses pembelajaran bahasa Arab, pentaksiran formatif dilaksanakan terhadap murid melalui enam tahap penguasaan dalam Standard Prestasi (SPi). Pentaksiran tersebut dilaksanakan secara holistik melalui pertimbangan profesional guru terhadap murid. Di samping itu juga, penilaian sumatif boleh dilaksanakan oleh guru untuk menilai pencapaian murid dalam aspek penguasaan kandungan.
MATLAMAT
KSSR Bahasa Arab bermatlamat melahirkan murid yang menguasai asas kemahiran bahasa Arab dan mampu berkomunikasi menggunakan ayat-ayat mudah serta menunjukkan tingkah laku positif dalam pembentukan peribadi individu mithali untuk pembangunan agama, bangsa dan negara.
OBJEKTIF
1. Mendengar sebutan huruf hijaiyah, perkataan dan ayat mudah dengan betul.
2. Menyebut huruf hijaiyah, perkataan dan ayat mudah yang dihafal dengan sebutan yang betul.
3. Bertutur dengan ayat mudah berdasarkan tema yang sesuai dengan persekitaran murid.
4. Membaca perkataan dan ayat mudah berdasarkan tema yang sesuai dengan persekitaran murid dengan betul.
5. Menulis huruf hijaiyah, perkataan dan ayat mudah berdasarkan tema yang sesuai dengan persekitaran murid dengan betul.
6. Memahami perkataan dan ayat mudah berdasarkan tema yang sesuai dengan persekitaran murid yang dipelajari.
7. Mengaplikasikan asas tatabahasa Arab dalam pertuturan dan penulisan.
8. Berkomunikasi dalam pelbagai situasi dengan lancar, betul dan beradab serta boleh mengaplikasikan seni mempersembahkan bahasa.
MUAT TURUN DSKP
Sekian, semoga perkongsian daripada admin pada kali ini iaitu DSKP KSSR Semakan Bahasa Arab Tahun 5 memberikan informasi terkini kepada anda semua . Jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.