DSKP KSSR Semakan Matematik Tahun 5
DSKP KSSR Semakan Matematik Tahun 5 ini merupakan dokumen yang sangat
penting dalam perancangan Pengajaran dan Pembelajaran.
Sebelum itu, jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.
Isi Kandungan
DSKP Semakan Matematik digunakan mulai tahun 2021 pada peringkat sekolah rendah Tahun 5.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Matematik merupakan mata pelajaran teras yang harus dipelajari oleh semua murid yang mengikuti Sistem Pendidikan Kebangsaan. Setiap murid di Malaysia berpeluang mengikuti sekurang-kurangnya enam tahun pendidikan matematik di sekolah rendah.
Pembelajaran matematik peringkat sekolah rendah menyediakan peluang untuk murid melaksanakan tugasan yang menyeronokkan, bermakna, berguna dan mencabar serta meningkatkan sifat ingin tahu untuk mempelajari ilmu matematik. Pengalaman sedemikian meningkatkan minat dan menjadi daya penggerak murid mempelajari matematik dan mengaplikasi pengetahuan dalam kehidupan harian.
MATLAMAT
KSSR Matematik bermatlamat membentuk individu yang berfikrah matematik iaitu membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, berlandaskan sikap dan nilai agar berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian, selaras dengan perkembangan sains dan teknologi dan cabaran abad ke-21.
OBJEKTIF KURIKULUM BAHASA MELAYU TAHUN 5
KSSR Matematik bertujuan membolehkan murid mencapai objektif berikut:
- Membentuk fikrah matematik.
- Membentuk pemahaman, mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai konteks.
- Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Algebra serta Statistik dan Kebarangkalian.
- Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea matematik, antara bidang matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan harian.
- Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelas serta penggunaan simbol dan istilah yang betul.
- Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk diaplikasi dan membuat penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah.
- Membentuk pemikiran aras tinggi, kritis, kreatif, inovatif, menaakul dan membuat penerokaan secara matematik dalam kehidupan harian.
- Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik dan perkaitannya.
- Menghargai dan menghayati keindahan matematik.
- Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk membina kefahaman konsep dan mengaplikasi ilmu matematik
FOKUS
KSSR Matematik berfokus kepada penguasaan pengetahuan dan pemahaman bagi membolehkan murid mengaplikasikan konsep, prinsip dan proses matematik yang dipelajari.
Penekanan kepada aspek perkembangan pemikiran murid secara matematik dibina dan dikembangkan melalui proses PdP di dalam bilik darjah berdasarkan prinsip berikut iaitu penyelesaian masalah, komunikasi, penaakulan, perkaitan, membuat perwakilan dan penggunaan teknologi dalam matematik.
Kerangka kurikulum Matematik yang digambarkan dalam Rajah 2, merupakan asas kepada penggubalan kurikulum matematik sekolah rendah dan sekolah menengah. Empat elemen penting yang menyumbang kepada pembangunan insan yang berfikrah matematik ialah:
- Bidang Pembelajaran;
- Sikap dan Nilai;
- Kemahiran Matematik; dan
- Proses Matematik
MUAT TURUN DSKP KSSR SEMAKAN MATEMATIK TAHUN 5
Sekian, semoga perkongsian daripada admin pada kali ini iaitu DSKP KSSR Semakan Matematik Tahun 5 memberikan informasi terkini kepada anda semua . Jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.