DSKP KSSR Semakan Pendidikan Islam Tahun 5
DSKP KSSR Semakan Pendidikan Islam Tahun 5 ini merupakan dokumen yang sangat
penting dalam perancangan Pengajaran dan Pembelajaran.
Sebelum itu, jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.
Isi Kandungan
DSKP SEMAKAN PENDIDIKAN ISLAM digunakan mulai tahun 2021 pada peringkat sekolah rendah Tahun 5.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Islam adalah mata pelajaran teras dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah. KSSR Pendidikan Islam ini digubal bagi memenuhi keperluan membina dan membentuk peribadi muslim yang memahami, mengamalkan dan menghayati Islam secara menyeluruh.
KSSR Pendidikan Islam ini memberi penekanan kepada aspek ilmu, amali, amalan, penghayatan dan pembudayaan. Melalui mata pelajaran ini murid dibekalkan dengan pengetahuan asas tentang al- Quran, hadis, akidah, ibadah, sirah, adab dan jawi. Murid bukan sekadar dibekalkan dengan ilmu pengetahuan, malah mereka dididik untuk mengamal dan menghayati ilmu yang dipelajari. Melalui mata pelajaran ini juga murid dibimbing untuk mampu membangunkan diri serta masyarakat berasaskan al-Quran dan al-Sunnah.
MATLAMAT
Matlamat KSSR Pendidikan Islam adalah untuk membina dan membentuk hamba dan khalifah Allah SWT yang berilmu, beriman, bertaqwa, beramal soleh, berakhlak mulia dan berketerampilan berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah serta menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta kesejahteraan alam demi mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat.
OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5
KSSR Pendidikan Islam bertujuan membolehkan murid mencapai objektif berikut:
- Membaca surah terpilih daripada al-Quran dengan betul dan bertajwid serta mengamalkan pembacaannya dalam kehidupan harian. Menghafaz surah terpilih daripada al-Quran dan mengamalkan hafazannya dalam solat dan ibadat harian.
- Memahami maksud surah terpilih daripada al-Quran dan menghayati pengajarannya secara istiqamah.
- Mengaplikasi hukum tajwid dengan betul secara berterusan.
- Membaca dan memahami hadis terpilih dan mengamalkan tuntutannya dalam kehidupan harian.
- Meyakini dan merumuskan asas-asas akidah untuk diamalkan sebagai pegangan dan benteng dalam kehidupan harian serta asas dalam tindakan.
- Mengamalkan konsep asas ibadah sebagai memenuhi tuntutan fardu ain dan fardu kifayah untuk diamalkan secara istiqamah dalam kehidupan harian.
- Mengaplikasi iktibar daripada sirah Rasulullah SAW bagi menanam rasa kecintaan kepada baginda dan mengamalkan sunnahnya dalam kehidupan harian.
- Menghayati dan mengamalkan konsep adab serta nilai-nilai akhlak dalam kehidupan harian.
- Membaca, membina dan menulis ayat serta teks dalam tulisan jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.
- Menulis Khat Nasakh dan Rikaah mengikut kaedah yang betul.
FOKUS
KSSR Pendidikan Islam berfokuskan aspek ilmu, amali, amalan, penghayatan dan pembudayaan. Berikut adalah maksud kepada setiap satu aspek tersebut mengikut konteks KSSR Pendidikan Islam.
MUAT TURUN DSKP KSSR SEMAKAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5
Sekian, semoga perkongsian daripada admin pada kali ini iaitu DSKP KSSR Semakan Pendidikan Islam Tahun 5 memberikan informasi terkini kepada anda semua . Jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.