DSKP KSSR Semakan Pendidikan Muzik Tahun 5
DSKP KSSR Semakan Pendidikan Muzik Tahun 5 ini merupakan dokumen yang sangat penting dalam perancangan Pengajaran dan Pembelajaran.
Sebelum itu, jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.
Isi Kandungan
DSKP Pendidikan Muzik digunakan mulai tahun 2021 pada peringkat sekolah rendah Tahun 5.
DSKP KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Muzik ialah dokumen yang memuatkan kandungan kurikulum mata pelajaran ini sebagai rujukan kepada guru untuk mengajar. Matlamat dan objektif mata pelajaran ini dinyatakan dengan jelas sebagai garis panduan kepada guru tentang perkara yang perlu dicapai dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).
MATLAMAT
KSSR Pendidikan Muzik sekolah rendah bermatlamat untuk melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran asas dalam bidang muzik untuk membentuk insan yang harmonis, kritis, kreatif dan inovatif serta dapat menikmati nilai estetik muzik secara intelektual.
OBJEKTIF
1. Membaca dan menulis notasi muzik, tanda rehat, terminologi dan simbol muzik.
2. Mengaplikasikan kefahaman notasi muzik dalam aktiviti muzik.
3. Menyanyikan lagu dengan pic yang betul mengikut tempo.
4. Memainkan alat perkusi mengikut tempo berdasarkan skor.
5. Mengaplikasikan dinamik dalam aktiviti nyanyian dan permainan alat perkusi.
6. Merancang dan membuat pergerakan berdasarkan muzik yang didengar.
7. Memainkan rekoder dengan ton yang baik mengikut tempo berdasarkan skor.
8. Mencipta dan mempersembahkan melodi mudah.
9. Membuat ulasan terhadap muzik yang didengar.
10. Merancang, membuat persediaan dan persembahan muzik berskala kecil.
11. Mengamalkan nilai murni dalam aktiviti muzik.
MUAT TURUN DSKP
Sekian, semoga perkongsian daripada admin pada kali ini iaitu DSKP KSSR Semakan Pendidikan Muzik Tahun 5 memberikan informasi terkini kepada anda semua . Jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.