Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Duit KWSP 200K Sebelum Pencen

Duit KWSP 200K Sebelum Pencen jika dapat dikeluarkan pasti dapat mengembirakan banyak pihak terutamanya mereka yang memerlukan. Siapa sahaja tidak gembira apabila dapat mengeluarkan duit KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) mereka sebelum pencen atau bersara.

Pasti segala hutang semua dah tak ada dan dapat dilunaskan serta boleh hidup dengan tenang tanpa terikat dengan mana-mana komitmen dan kerjaya. Malah sudah tentu ada yang merancang untuk mengubah suai rumah atau memiliki kenderaan baru. Ketika ini duit dalam tabungan KWSP kita boleh dikeluarkan untuk meneruskan kehidupan seharian.

Namun kadang kala jumlah duit dalam KWSP ratusan ribu dilihat banyak membuatkan kita gelap mata sehingga berbelanja dengan boros apatah lagi cukup merisaukan apabila tanpa sedar kita membuat liabiliti terutama pembelian kenderaan baru. Duit ratus ribu pasti cepat habis, tanpa sedar bahawa itulah duit yang akan menjadi saraan hidup semasa kita sudah berusia.

Azizul Azli Ahmad menerusi perkongsian di facebooknya setelah seorang warganet meluahkan duit pencen suaminya sebanyak RM200,000 telah habis digunakan untuk pelbagai tujuan. Sebagai nasihat Pakar Kewangan, beliau telah kongsikan kisah Duit KWSP 200K Sebelum Pencen tersebut dan jom kita ikuti perkongsian beliau.

Duit KWSP 200K Sebelum Pencen

Duit KWSP 200K Sebelum Pencen

Isi Kandungan

Jangan Buat 5 Perkara Ini Apabila Dapat Keluarkan Duit KWSP 200K Sebelum Pencen

  1. Jangan ada impian buat rumah lepas bersara, belilah rumah dari zaman kita bekerja. Banyak belanja dan risiko duit akan hilang nantinya.
  2. Jual sahaja rumah lama dan biar ada satu rumah sahaja. Jika sewa berbaloi, sewakan sahaja.
  3. Jangan buat hutang baru menjelang usia persaraan. “Rugilah saya tak manfaatkan loan saya sebelum pencen”. Kita rugi atau bank yang sedang untung.
  4. Sebelum pancen, rancang agar semua hutang selesai pada usia 55 tahun. Elakkan ada hutang lepas usia 55 tahun.
  5. Jika dapat ganjaran pencen bawah RM250K, jangan ghairah nak renovasi rumah, beli kereta baru, buat rumah idaman, kahwin gadis manja lagi satu. Jangan! Duit akan cepat habis.

Sumber: Azizul Azli Ahmad

Penutup

Kawan-kawan semua, jika dapat duit RM240K sebagai ganjaran persaraan dalam usia kita sampai 75 tahun, kita hanya ada sebulan RM1000 untuk belanja hidup.

Tidak semua impian perlu dilaksanakan, adakala biarkan impian kekal jadi impian dari terpaksa bekerja bila bersara. Rasanya tidak cukup. Belum belanja anak anak yang masih belum habis sekolah lagi.

Semoga perkongsian Duit KWSP 200K Sebelum Pencen ini bermanfaat untuk kita dan dapat dijadikan iktibar buat kita semua agar bijak dalam menguruskan kewangan dengan yang baik.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More