Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permit e-Hailing: Pendaftaran, Pembaharuan & Pembatalan eVP

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai pendaftaran, pembaharuan dan pembatalan permit kenderaan e-Hailing yang telah dikeluarkan untuk makluman anda semua diluar sana.

Isi Kandungan

Apa Itu e-Hailing?

e-Hailing adalah kenderaan motor yang muatan tempat duduknya empat (4) orang dan tidak lebih daripada sebelas (11) orang (termasuk pemandu) yang digunakan untuk membawa orang (penumpang) dalam mana mana perjalanan sebagai balasan bagi tambang perseorangan atau tambang berasingan bagi setiap satunya, yang perkiraan, penempahan atau transaksi, dan tambang bagi perjalanan itu dipermudah melalui suatu aplikasi elektronik mudah alih yang disediakan oleh suatu perniagaan pengantaraan.

Kawasan yang terdapat operasi / perkhidmatan ini adalah di Seluruh Semenanjung Malaysia dan model operasi tempahan adalah melalui aplikasi e-Hailing sahaja.

Permit e-Hailing: Pendaftaran, Pembaharuan & Pembatalan eVP 1

Permit Kenderaan e-Hailing

Permit e-Hailing atau e-Hailing Vehicle Permit (eVP), diwujudkan bagi memastikan keselamatan pengguna perkhidmatan terjamin.

Melalui permit ini, pemandu yang melakukan kesalahan lalu lintas atau jenayah akan dapat dikenalpasti dengan mudah.

Sekiranya anda berminat untuk bekerja sebagai pemandu e-Hailing, anda perlu memastikan bahawa anda telah mempunyai permit yang menyatakan anda boleh melakukan pekerjaan tersebut.

Tanpa sebarang permit, anda boleh didakwa dan dijatuhkan hukuman.

Hal ini demikian kerana, permit ini merupakan satu tanda pengenalan yang dibawa dan dipamerkan dalam setiap perkhidmatan e-panggilan dan ianya mengandungi maklumat utama seperti:

  • nama pemandu;
  • nombor plat kenderaan; dan
  • maklumat kenderaan seperti bilangan tempat duduk dan warna kereta.

Pada 8 Ogos 2024, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Kementerian Pengangkutan Malaysia telah mengemaskini berkenaan pendaftaran, pembaharuan dan pembatalan permit kenderaan e-Hailing yang terkini.

Berikut adalah infografik berkenaan pendaftaran, pembaharuan dan pembatalan permit yang telah dikeluarkan. Anda boleh rujuk infografik dibawah untuk dapatkan makluman yang terkini.

Permit e-Hailing: Pendaftaran, Pembaharuan & Pembatalan eVP 2
Permit e-Hailing: Pendaftaran, Pembaharuan & Pembatalan eVP 3
Permit e-Hailing: Pendaftaran, Pembaharuan & Pembatalan eVP 4

Borang Permohonan

Borang permohonan untuk membuat permohonan baharu / lesen perniagaan pengantaraan / permit kenderaan e-Hailing boleh didapati pada pautan berikut:

>>>Borang Permohonan Baharu / Lesen Perniagaan Pengantaraan / Permit Kenderaan e-Hailing<<<

Syarikat e-Hailing Yang Telah Dilesenkan APAD

Syarikat-syarikat yang telah dilesenkan oleh APAD setakat 7 Ogos 2024 adalah seperti berikut:

Nama SyarikatNama Aplikasi
AIRASIA RIDE SDN. BHD.AIRASIA
AIST MALAYSIA SDN BHDMAXIM
ASIAN FAMOUS TOURS & TRAVEL SDN BHDGOJO
CABCAR SDN BHDTRANSPORTER
DAXSEE SDN BHDDAXSEE DRIVER & DAXSEE
EDARAN ERA SDN BHDEEGO
EEVOM SDN BHDEEVOM
EZCAB SDN BHDEZCAB
GEMILANG CAHAYA SDN. BHD.EZI2GO
GENTING HIGHLANDS TAXI SERVICES SDN BHDGENTING HIGHLANDS TAXI SERVICE
GERBANG BESTARI SOLUTION SDN BHDVEGO
GLOBAL TRANSPORTATION NETWORK SDN BHDDRIVE GTH
GOLA SYSTEMS SDN BHDGOLA
GOMYHIRE TRAVEL SDN. BHD.GOMYHIRE
GRABCAR SDN BHDGRAB
GV CAR VENTURES SDN. BHD.GV RIDE
ID APPLICATION SDN BHDINDRIVE
KUMPOOL SDN BHDKUMPOOL
LALAMOVE SDN BHDLALAMOVE
LYFTME SDN. BHD.LYFTME
MYAIDER HOLDING SDN BHDMYAIDER
OSO CAPTO SDN BHDCAPTO
PICK N GO SDN BHDPICKNGO
PLATFORM APPS SDN BHDMYCAR
PUNCAK NIAGA BERSAMA SDN BHDTEKSI
REDIPAY BERHADREDICAR
TEXSPO TECHNOLOGY SDN BHDTEXSPO CAB
TUNE TRAVEL SDN BHDTUNE TRAVEL
UR CAB DRIVER & RIDER SDN BHDUR CAB DRIVER
USGA (MALAYSIA) SDN BHDJOMRIDES
VISIONCAR GLOBAL HOLIDAYS SDN. BHD.VISION
WESTCOVE FRONTIER SDN. BHD.MYRIDEASIA

Diharapkan perkongsian info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More