Sumber Rujukan Globalisasi Anda

e-Invois LHDN: Manfaat, Garis Panduan & Tarikh Pelaksanaan

Berikut dikongsikan mengenai pelaksanaan e-Invois LHDN yang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Ogos 2024.

Isi Kandungan

Apa Itu e-Invois?

e-Invois merupakan representasi dalam bentuk digital bagi transaksi yang dilaksanakan antara penjual dan pembeli.

e-Invois menggantikan penggunaan dokumen kertas atau elektronik seperti dalam format PDF, JPEG, DOC dan lain-lain.

e-Invois mengandungi maklumat penting yang sama seperti dokumen tradisional, contohnya,

  • butiran penjual dan pembeli,
  • keterangan item,
  • kuantiti,
  • harga tanpa cukai,
  • cukai dan jumlah keseluruhan,

yang merekodkan data transaksi untuk operasi perniagaan harian.

e-Invois LHDN: Manfaat, Garis Panduan & Tarikh Pelaksanaan 1

Manfaat e-Invois LHDN

Pelaksanaan e-Invois ini akan meningkatkan kecekapan dan melancarkan operasi perniagaan pembayar cukai serta meningkatkan tahap pematuhan cukai.

Antara manfaat-manfaat e-Invois termasuklah:

Mengurangkan Proses Manual Dan KesilapanPemprosesan invois bersepadu melalui penyediaan dan pengemukakan dokumen transaksi dan data secara elektronik.
Memudahkan Pengemukaan Borang NyataPelaporan percukaian yang cekap dan tepat melalui integrasi sistem yang lancar.
Meningkatkan Kecekapan OperasiPemerkasaan kecekapan pengoperasian serta menjimatkan masa dan kos.
Mendigitalkan Pelaporan Percukaian Dan KewanganPenyelarasan proses digitalisasi dan pelaporan kewangan berdasarkan piawaian industri.

Mekanisme Penghantaran e-Invois LHDN

Untuk memudahkan peralihan kepada e-Invois, pembayar cukai boleh memilih mekanisme yang paling sesuai untuk menghantar e-Invois kepada LHDNM, berdasarkan keperluan perniagaan mereka dan keadaan tertentu.

Terdapat dua (2) pilihan mekanisme penghantaran e-Invois yang boleh dipilih oleh pembayar cukai, iaitu seperti berikut:

Melalui Portal MyInvois– Portal yang dihoskan oleh LHDNM.
– Boleh diakses oleh semua pembayar cukai tanpa sebarang kos.
– Juga boleh diakses oleh pembayar cukai yang perlu mengeluarkan e-Invois ketika mana sambungan Application Programming Interface (API) tidak tersedia.
Melalui Application Programming Interface (API)– API adalah satu set kod pengaturcaraan yang membolehkan penghantaran data secara langsung antara sistem pembayar cukai dan Sistem MyInvois.
– Memerlukan pelaburan awal dalam teknologi dan pelarasan kepada sistem sedia ada.
– Sesuai untuk pembayar cukai besar atau perniagaan dengan jumlah transaksi yang besar.
e-Invois LHDN

Infografik di bawah menunjukkan gambaran keseluruhan aliran kerja pelaksanaan e-Invois dan ia bermula dari penyediaan e-Invois melalui Portal MyInvois atau API hingga ke proses penyimpanan dokumen e-Invois yang telah disahkan dalam pangkalan data LHDNM untuk pembayar cukai melihat sejarah e-Invoisnya.

e-Invois LHDN: Manfaat, Garis Panduan & Tarikh Pelaksanaan 2

Pelaksanaan e-Invois LHDN

Bermula 1 Ogos 2024, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan melaksanakan penggunaan e-Invois secara berperingkat.

Bagi menyokong pertumbuhan ekonomi digital, Kerajaan bercadang untuk melaksanakan e-Invois secara berperingkat dalam usaha meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran cukai Malaysia.

Ini adalah selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12, di mana salah satu fokus utama adalah untuk memperkukuh infrastruktur perkhidmatan digital dan mendigitalkan pentadbiran cukai.

e-Invois akan

  • membolehkan pengesahan dan penyimpanan urus niaga hampir masa nyata, dan
  • memenuhi urus niaga Business-to-Business (B2B), Business-to-Consumer (B2C) dan Business-to-Government (B2G).

Ini akan dimulakan dengan pembayar cukai yang berpendapatan atau mencapai jualan tahunan melebihi RM100 juta, sebelum ia dipanjangkan kepada syarikat-syarikat berpendapatan RM100 juta dan ke bawah pada 1 Januari 2025 dan 1 Julai 2025.

e-Invois LHDN: Manfaat, Garis Panduan & Tarikh Pelaksanaan 3

Kaedah e-Invois akan meningkatkan kecekapan dan ketelusan pembayaran cukai. Ini akan sekaligus memastikan pembayaran cukai lebih adil kepada semua pembayar cukai, tidak kira peringkat pendapatan.

e-Invois LHDN: Manfaat, Garis Panduan & Tarikh Pelaksanaan 4

Dalam Belanjawan 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pelaksanaan mandatori bagi pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos 2024, manakala pelaksanaan untuk semua pembayar cukai bermula 1 Julai 2025.

e-Invois LHDN: Manfaat, Garis Panduan & Tarikh Pelaksanaan 5

Garis Panduan e-Invois LHDN

Sila muat turun Garis Panduan e-Invois dan Garis Panduan Spesifik e-Invois untuk ketahui dengan lebih lanjut dan secara umum mengenai transaksi-transaksi berikut:

  • Transaksi melibatkan pembeli.
  • Penyata atau bil yang disediakan secara berkala.
  • Pengeluaran (disbursement) dan bayaran balik (reimbursement).
  • Perkuisit dan manfaat pekerja.
  • Sebahagiaan perbelanjaan oleh pekerja bagi pihak majikan.
  • Transaksi yang melibatkan pembayaran dalam bentuk kewangan kepada ejen, pengedar atau pengagih.
  • Transaksi rentas sempadan.
  • Pengagihan keuntungan.
  • Pendapatan luar negara.
  • Kadar tukaran mata wang asing.
  • Gambaran berkaitan Application Programming Interface (API).
  • Keselamatan siber.
e-Invois LHDN: Manfaat, Garis Panduan & Tarikh Pelaksanaan 6

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan serta untuk dapatkan maklumat terkini mengenai e-Invois LHDN ini, sila rujuk laman web rasmi e-Invois | Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dari semasa ke semasa.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More