Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Proses e-KYC: Syarat Pengeluaran Akaun 3 KWSP RM250 Keatas

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai cara untuk mendaftar i-Akaun melalui e-KYC bagi syarat pengeluaran Akaun 3 KWSP yang terkini.

Isi Kandungan

Apa Itu e-KYC?

Proses e-KYC, singkatan kepada ‘electronic Know-Your-Customer’, merujuk kepada proses pengesahan identiti elektronik melalui teknologi pengecaman wajah melalui aplikasi KWSP i-Akaun.

Proses ini diperlukan untuk mengesahkan identiti pemohon sebelum mengaktifkan akaun ahli KWSP.

Pencarum juga boleh menggunakan alternatif lain seperti mengunjungi pejabat KWSP terdekat bagi pengesahan cap jari.

Proses ini membolehkan institusi kewangan dan syarikat memastikan pematuhan terhadap peraturan pencegahan pengubahan wang haram (AML) dan mengelakkan risiko penipuan.

Selain itu, proses ini juga memberi kemudahan kepada pelanggan dengan mempercepatkan proses pendaftaran dan meminimumkan keperluan untuk mengunjungi pejabat fizikal untuk pengesahan identiti.

Faedahnya adalah seperti berikut:

KeselesaanPemohon boleh menjimatkan masa dan tenaga kerana tidak perlu ke Pejabat KWSP untuk mendaftar menjadi ahli KWSP.
KesederhanaanProses ini menghapuskan keperluan untuk menyerahkan borang fizikal dan dokumen sokongan.
KecekapanHasil yang diperoleh dalam masa nyata.

Siapa Boleh Menggunakan Kemudahan Ini?

Keperluan adalah untuk:

  1. Masih belum mendaftar sebagai ahli KWSP.
  2. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
  3. MyKad atau Pemegang MyPR.
  4. Berumur antara 14 tahun dan belum mencapai umur 75 tahun​.
Proses e-KYC: Syarat Pengeluaran Akaun 3 KWSP RM250 Keatas 1
Proses e-KYC: Syarat Pengeluaran Akaun 3 KWSP RM250 Keatas 2

Siapa Yang Perlu Membuat e-KYC?

Ahli-ahli KWSP yang perlu membuat e-KYC adalah seperti berikut:

  • Ahli yang tidak pernah mempunyai rekod pengeluaran.
  • Ahli yang baru pertama kali memohon untuk pengeluaran,
  • Ahli yang memohon pengeluaran Akaun 3 (Akaun Fleksibel) lebih daripada RM250 sehari.
  • Ahli yang membuat penukaran nombor akaun bank selain daripada akaun bank yang ada di dalam rekod data KWSP.

Pengeluaran melebihi RM250 bagi Akaun Fleksibel perlu melengkapkan proses e-KYC secara dalam talian. Secara alternatif, kunjungi pejabat KWSP / SST untuk pengesahan cap ibu jari.

Sistem KWSP akan meminta anda untuk mengupload MyKad. Jika upload MyKad anda tidak berjaya, maka anda perlu hadir untuk cap jari di KWSP berdekatan.

Cara Mendaftar i-Akaun Melalui e-KYC

Langkah-langkah untuk mendaftar adalah seperti berikut:

Langkah 1Log masuk ke aplikasi KWSP  i-Akaun dan klik butang Daftar Sekarang.
Langkah 2Imbas dan sahkan gambar Mykad anda.
Langkah 3Kemas kini maklumat yang dinyatakan.
Langkah 4Masukkan nombor telefon anda untuk meneruskan TAC dan klik Teruskan.
Langkah 5Ambil swafoto dan klik Teruskan.
Langkah 6Cipta ID Pengguna dan Kata Laluan. Kemudian, klik Teruskan. Tahniah! i-Akaun KWSP anda berjaya diaktifkan!

Anda juga boleh merujuk langkah-langkah mendaftar dalam infografik berikut:

Proses e-KYC: Syarat Pengeluaran Akaun 3 KWSP RM250 Keatas 3
Proses e-KYC: Syarat Pengeluaran Akaun 3 KWSP RM250 Keatas 4
Proses e-KYC: Syarat Pengeluaran Akaun 3 KWSP RM250 Keatas 5
Proses e-KYC: Syarat Pengeluaran Akaun 3 KWSP RM250 Keatas 6
Proses e-KYC: Syarat Pengeluaran Akaun 3 KWSP RM250 Keatas 7
Proses e-KYC: Syarat Pengeluaran Akaun 3 KWSP RM250 Keatas 8
Proses e-KYC: Syarat Pengeluaran Akaun 3 KWSP RM250 Keatas 9

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat terkini tentang e-KYC ini, sila rujuk laman rasmi KWSP berkaitan e-KYC dari semasa ke semasa.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More