E-Payroll; Pengurusan Rekod Gaji Digital Melalui i-Akaun KWSP
KWSP Memperkenalkan e-Payroll iaitu satu penambahbaikan terbaru portal i-Akaun (Majikan) bagi membantu dan mempermudahkan urusan-urusan penggajian majikan.
Sistem terbaru ini ialah salah satu inisiatif penambahbaikan ke atas i-Akaun (Majikan) KWSP untuk membantu majikan menguruskan dan mengekalkan rekod gaji secara digital. Ia juga akan memudahkan transaksi pembayaran caruman KWSP.
Isi Kandungan
Kelebihan E-Payroll
Nikmati sokongan dan bantuan yang diperlukan dengan e-Payroll. Proses penggajian lebih ringkas dan sistemnya lebih terurus.
- Mudah diakses – Menerusi portal i-Akaun (Majikan)
- Pengiraan caruman automatik – KWSP, PERKESO, potongan LHDNM dan lain-lain
- Dapatkan fail dengan cepat dan mudah – Untuk agensi berkanun dan lain-lain
- Berdasarkan piawaian agensi berkanun – KWSP, PERKESO dan LHDNM
Fungsi Utama
Fungsi utama adalah seperti berikut:
- Kemas kini gaji pekerja
- Menjana slip gaji pekerja
- Buat pembayaran caruman kepada KWSP
- Hasilkan fail data berkanun (elektronik) untuk agensi (LHDNM dan PERKESO)
- Hasilkan fail bank terpilih (elektronik) untuk membayar pembayaran gaji pekerja melalui bank
- Hasilkan Borang Cukai Pendapatan Tahunan LHDNM
- Buat potongan gaji kepada pihak ketiga (Tabung Haji, PTPTN dan Zakat)
Syarat Kelayakan
- Pengguna i-Akaun (Majikan)
- Majikan mempunyai minimum SATU (1) pekerja
Baca Juga: Cara Buat Aduan Jika Ujian Covid-19 Anda Dicaj Lebih Harga Siling
Ciri Utama
- Akses mudah melalui i-Akaun (Majikan)
- Muat turun rekod Pekerja dengan mudah menggunakan fungsi ‘Import Pekerja’
- Fungsi bina dalam untuk mengesahkan pekerja adalah Ahli KWSP
- Senarai pampasan dan potongan yang sedia digunakan
- Pengiraan automatik pembayaran KWSP, PERKESO, LHDNM dan caruman lain
- Menyokong kaedah bayaran gaji secara bulanan, mingguan dan harian
- Penyelarasan pampasan dan pemotongan gaji dengan mudah
- Menjana fail agensi berkanun dan bank dengan cepat
- Alami proses yang mudah untuk membuat bayaran caruman KWSP
- Jimatkan masa dengan menjana Borang Cukai Pendapatan Tahunan secara automatik
- Kini slip gaji pekerja dan rekod penggajian lebih mudah diakses
Maklumat Lanjut
Dapatkan info dan makluman terkini mengenai e-Payroll di laman web rasmi KWSP