Sumber Rujukan Globalisasi Anda

JPJeBid: Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai eBid, iaitu sebuah Sistem Bidaan Pendaftaran Kenderaan secara dalam talian yang telah diperkenalkan oleh JPJ.

Isi Kandungan

Apa Itu JPJeBid?

JPJeBid merupakan pelaksanaan inisiatif pembangunan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan Malaysia telah memutuskan pelaksanaan JPJeBid ini dilaksanakan pada 15 April 2019.

Pelaksanaan JPJeBid dijalankan secara perluasan skop sistem mySIKAP iaitu di bawah menu Pengurusan Nombor Pendaftaran.

Proses-proses di dalam JPJeBid meliputi proses pengiklanan, pendaftaran, bidaan, bayaran dan juga ketetapan aplikasi dan akaun.

Semua proses ini perlu dilakukan secara kendiri oleh pembida terlibat dan akan dikawal selia oleh pihak JPJ.

Proses-proses di dalam JPJeBid ini

  • menawarkan ketelusan bermula daripada transaksi pendaftaran sehingga pembayaran dibuat,
  • mesra pengguna dengan menawarkan elemen-elemen yang berteraskan User Experience (UX) yang ringkas,
  • meningkatkan kecekapan proses bidaan secara manual kepada secara dalam talian,
  • persekitaran keselamatan sistem yang terjamin, dan
  • kebolehan mengakses sistem JPJeBid secara Online Real Time dimana-mana sahaja tanpa mengira masa.

Pelaksanaan inisiatif pembangunan JPJeBid ini merupakan langkah strategik JPJ yang wajar dilaksanakan dan memberikan manfaat jangka panjang kepada rakyat dan negara.

Melalui pelaksanaan JPJeBid, pengurusan nombor kenderaan dapat dipertingkatkan dan diperkemaskan dengan hanya melalui sistem urusniaga secara dalam talian.

JPJeBid: Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan 1

Syarat Untuk Mendaftar & Menggunakan Portal JPJeBid

Individu / Perniagaan / Syarikat / Bukan Warganegara / Pertubuhan / Koperasi / Badan Profesional / Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau yang layak mestilah mempunyai rekod atau transaksi di dalam Sistem mySIKAP.

Berikut ialah kategori Orang Awam / Perniagaan / Syarikat (SYT) yang dibenarkan untuk mendaftar di Portal JPJeBid, iaitu:

IndividuWarganegara dan Penduduk Tetap Malaysia (PTM) yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Perniagaan / SyarikatPerniagaan / Syarikat yang berdaftar.
Pertubuhan, Koperasi Dan Badan ProfesionalHanya dibenarkan kepada yang telah mempunyai rekod di dalam Sistem MySIKAP.
Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat SerantauHanya dibenarkan kepada yang telah mempunyai rekod di dalam Sistem MySIKAP.
Bukan WarganegaraHanya dibenarkan kepada yang telah mempunyai rekod di dalam Sistem MySIKAP. Nombor siri passport terbaru perlu dikemaskini oleh pemilik passport jika tarikh luput passport terdahulu telah tamat di mana-mana pejabat Negeri dan cawangan JPJ kecuali UTC.

Cara Untuk Mendapatkan ID Portal JPJeBid

Individu / Perniagaan / Syarikat yang layak dan tidak mempunyai rekod atau transaksi di dalam Sistem mySIKAP perlu mendaftar di mana-mana pejabat Negeri dan cawangan JPJ kecuali UTC terlebih dahulu.

Sila kemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori seperti berikut:

KategoriDokumen
Individu– Satu salinan Kad Pengenalan / Sijil Kelahiran / Resit Pengenalan Sementara yang masih berkuat kuasa.
Perniagaan Pemilik Tunggal Atau Perkongsian– Satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan – Borang D (maklumat nama syarikat dan maklumat pemilik); atau
– Satu salinan Lesen Perniagaan (Sabah dan Sarawak sahaja).
– Surat Wakil Syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.
Syarikat Sdn. Bhd.– Satu salinan Borang 9 atau Borang 13 dan Borang 49 atau Borang Seksyen 58.
– Surat Wakil Syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.

Sila pastikan anda telah menerima e-mel pengesahan daripada Sistem sebelum membuat capaian di Portal.

Anda juga disarankan untuk menggunakan akaun e-mel yang aktif dan peti masuk yang sedia menerima sebarang notifikasi.

Pautan pengesahan akan dihantar kepada e-mel pengguna dan perlu disahkan dalam tempoh 30 minit sebelum akaun JPJeBid diaktifkan.

Bukan Warganegara / Pertubuhan / Koperasi / Badan Profesional / Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau yang tidak mempunyai rekod adalah tidak tersedia untuk mewujudkan pendaftaran baru bagi JPJeBid.

Fi & Caj Yang Dikenakan Untuk Transaksi Bidaan

RM 10.00 akan dikenakan sebagai caj perkhidmatan bagi setiap nombor pendaftaran yang dibida.

Fi berkenaan merupakan hasil Kerajaan dan tidak akan dikembalikan.

Tiada had untuk membida. Walau bagaimanapun, setiap kategori pembida mempunyai had kelayakan menjadi pemenang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More