Sumber Rujukan Globalisasi Anda

eConversion MARA: Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran

Berikut dikongsikan mengenai Sistem Permohonan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran secara atas talian, iaitu eConversion MARA.

Isi Kandungan

Permohonan eConversion MARA

Makluman untuk semua peminjam Majlis Amanah Rakyat (MARA), anda boleh memohon pengurangan bayaran balik secara atas talian (online) melalui laman web rasmi eConversion MARA tanpa perlu hadir ke kaunter MARA.

Proses permohonan pengurangan kadar bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA mengguna eConversion MARA adalah seperti infografik berikut:

eConversion MARA: Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran 1

Sebarang pembayaran yang telah dibuat sebelum pengurangan kadar bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA diluluskan, tidak akan dikembalikan. Pembayaran tersebut akan ditolak dari jumlah pinjaman keseluruhan.

Permohonan yang tidak lengkap dan mempunyai akaun yang bertunggakan tidak akan diproses.

Tuan / puan dikehendaki membayar balik keseluruhan pinjaman yang telah dikeluarkan oleh pihak MARA sekiranya gagal membuat permohonan pengurangan seperti ditetapkan di dalam tempoh masa di dalam Surat Tawaran / Perjanjian.

    Syarat Kelayakan Permohonan

    Pemohon mestilah memenuhi semua syarat-syarat kelayakan Permohonan eConversion MARA yang telah ditetapkan seperti berikut:

    1. Pelajar tamat / lulus pengajian di bawah Skim Pinjaman Pelajaran MARA dan mengikut tempoh masa yang ditetapkan dalam Surat Tawaran / Perjanjian.
    2. Tidak bertukar kursus / program atau tempat pengajian kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.
    3. Tertakluk kepada peminjam yang belum atau tidak pernah menerima sebarang bantuan / pinjaman kewangan dari pihak penganjur yang lain.
    4. Tiada tunggakan bayaran Pinjaman Pelajaran MARA.

    Cara Membuat Permohonan

    Peminjam boleh memohon pengurangan kadar bayaran balik pinjaman MARA melalui Sistem eBaki atau terus pada pautan berikut:

    >>>Permohonan eConversion MARA<<<

    Pastikan maklumat diisi dengan lengkap dan sempurna sebelum hantar. Sila rujuk Panduan Pengguna sebelum dan semasa membuat permohonan.

    Hanya 1 permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap Pemohon. Pastikan maklumat dan dokumen diisi dengan lengkap.

    Pastikan tiada tunggakan di akaun pinjaman pelajaran MARA.

    Permohonan Pengurangan Pinjaman akan terbatal sekiranya maklumat yang diberikan adalah palsu.

    Di bawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989), seseorang Pemohon yang memberi maklumat palsu atau mengelirukan dalam borang permohonan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara 2 Tahun atau didenda RM2,000.00 atau kedua-duanya sekali.

    Kelulusan rasmi permohonan pengurangan kadar bayaran balik pinjaman MARA boleh disemak melalui Sistem eBaki.

    Disebabkan bilangan permohonan yang banyak, proses kelulusan pengurangan bayaran balik pinjaman mengambil masa sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan dari tempoh permohonan diterima / didaftarkan termasuk pelarasan oleh Bahagian Kewangan MARA.

    Dokumen Yang Diperlukan

    Dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

    • Salinan Sijil / Diploma / Ijazah / Master / Phd (disahkan benar).
    • Salinan transkrip rasmi penuh (disahkan benar).
    • Salinan Sijil / Diploma / Ijazah / Master / Phd disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A dan Penghulu / Sidang / Jaksa Pendamai(JP) / Wakil Rakyat / Pegawai Dalam Perkhidmatan Perundangan & Kehakiman seperti Majistret / Peguam.
    • Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.

    FAQ / Soalan Lazim

    Berikut adalah Soalan Lazim yang berkaitan dengan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA, iaitu:

    Maklumat Lanjut

    Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Permohonan eConversion MARA ini, tuan / puan boleh menghubungi Bahagian Kawalan Kredit MARA seperti berikut:

    Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

    Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

    This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More