eGTukar Guru 2020
eGTukar Guru 2020 ini merupakan hebahan terkini berkaitan urusan pertukaran guru melalui sistem dalam talian (online) yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mengurus pertukaran guru sama ada pada peringkat antara bahagian/antara negeri/antara daerah dan dalam daerah.
Sebelum itu, jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.
Sehubungan dengan itu, berikut merupakan pemakluman terkini daripada portal rasmi eGTukar khusus untuk guru yang ingin membuat permohonan pertukaran ini:
Isi Kandungan
eGTukar Guru 2020
eGTukar Guru 2020 – PERTUKARAN GURU ANTARA BAHAGIAN / NEGERI, ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH BAGI TAHUN 2020, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.
ADALAH DIMAKLUMKAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU BAGI TAHUN 2020 MELALUI MODUL E-GTUKAR AKAN DIBUKA MULAI 17 FEBRUARI 2020 HINGGA 17 MAC 2020 BAGI SESI PERTUKARAN JUN 2020 DAN JANUARI 2021.
ADALAH DIMAKLUMKAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU BAGI TAHUN 2020 MELALUI MODUL E-GTUKAR AKAN DIBUKA DALAM WAKTU TERDEKAT.
PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DIRI MELALUI SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) MODUL PENGURUSAN GURU E-OPERASI ADALAH TANGGUNGJAWAB PEMOHON SEBELUM 16 FEBRUARI 2020.
SILA HUBUNGI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH/JABATAN PENDIDIKAN NEGERI ATAU BAHAGIAN MASING-MASING JIKA TERDAPAT
SEBARANG MASALAH BERKAITAN DENGAN PERMOHONAN PERTUKARAN. (DAPATKAN NO. TELEFON DI ‘BANTUAN‘).
SILA AMBIL PERHATIAN DAN SILA SEMAK MAKLUMAT DIRI ANDA.
Tatacara Permohonan eGTukar Guru 2020
Syarat-Syarat Permohonan Pertukaran
Kementerian Pendidikan tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan.
Guru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari Jabatan Pendidikan Negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari Jabatan Pendidikan Negeri yang diluluskan.
Kementerian Pendidikan tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan.
Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah / Bahagian-bahagian yang berkenaan di Kementerian Pendidikan Malaysia.
Guru-guru berikut tidak layak memohon pertukaran
- Guru Interim yang sedang mengikuti Kursus Dalam Cuti (KDC).
- Guru yang sedang bercuti tanpa gaji / Separuh Gaji.
- Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar.
- Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
- Guru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat.
- Guru Cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat.
Semua Jawatan yang disandang akan tergugur apabila permohonan pertukaran diluluskan. Semua salinan dokumen yang berkaitan hendaklah diserahkan kepada Pengetua / Guru Besar untuk pengesahan dan semua keterangan yang diberikan dalam borang ini hendaklah lengkap dan benar. Jika terdapat sebarang pemalsuan keterangan, permohonan tidak akan dilayan dan sebarang kelulusan yang telah diberikan akan dibatalkan.
Senarai guru-guru yang tidak dibenarkan membuat pertukaran melalui EGTukar
- Semua guru bertaraf jawatan seperti dibawah
- DLAB – LPBS AKADEMIK BIASA
- DLJQ – LPBS j-QAF
- DLPC – LPBS PENGAJIAN CINA
- DLPI – LPBS PENGAJIAN ISLAM
- DLPK – LPBS PENDIDIKAN KHAS
- DLPT – LPBS PENGAJIAN TAMIL
- KO3 – KONTRAK WARGANEGARA
- KON – KONTRAK BUKAN WARGANEGARA
- LTS – LANTIKAN SEMULA (Kontrak selepas pencen)
- SARC – SAR KDC
- SARL – SAR TERLATIH
- SART – SAR TIDAK TERLATIH
- SKDC – STT KDC
- SMB – SAMBILAN / GANTI
- SMT – SEMENTARA
- STT – SANDARAN TIDAK TERLATIH
- Semua Pengetua Cemerlang Kanan (PCM), Pengetua/Guru Besar (PGB), Pengetua/Guru Besar Khas Untuk Penyandang (PGK) dan Guru Cemerlang(GPR)
- Semua Guru DG44 Hakiki berjawatan Penolong Kanan (PK1) di semua Sekolah Menengah.
- Semua Guru DG44 Hakiki berjawatan Penolong Kanan HEM (PK2) di semua sekolah Menengah.
- Semua Guru DGA32 Hakiki berjawatan Penolong Kanan (PK1) di semua Sekolah Rendah Gred A.
- Semua Guru DGA32 Hakiki berjawatan Penolong Kanan HEM PK2) di semua Sekolah Rendah Gred A.
- Semua Guru DGA32 Hakiki berjawatan PENOLONG KANAN KOKURIKULUM (PK3) di semua Sekolah Rendah Gred A.
- Semua Guru DGA32 Hakiki berjawatan PENYELIA PETANG (PPT) di semua Sekolah Rendah Gred A.
- Semua guru DG44 Hakiki berjawatan PENOLONG KANAN SUKAN DAN PENTADBIRAN (PKS) di Sekolah Sukan.
- Semua guru DGA32 Hakiki berjawatan KETUA BENGKELdi sekolah Menengah Teknik
Artikel Berkaitan eGTukar Guru 2020
18 perkara yang perlu anda tahu berkaitan urusan pertukaran guru, baca DI SINI.
Sekian, semoga perkongsian daripada admin pada kali ini iaitu eGTukar Guru 2020 memberikan informasi terkini kepada anda semua khususnya kepada guru yang ingin memohon pertukaran pada tahun ini (2020). Jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.