Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bersahur- 7 Perkara Perlu Dielakkan

Bersahur adalah amalan sunnah yang disarankan dalam agama. 

Ia merupakan waktu yang perlu diperuntukan sebaik mungkin untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari.

7 Perkara Perlu Dielak Semasa Bersahur

Bagi memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang menunaikan ibadah puasa, berikut adalah  7 perkara yang perlu dielakkan pada waktu bersahur :

1. Garam

Pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam boleh meningkatkan rasa dahaga sepanjang tempoh berpuasa.

Lebih bahaya, ia boleh menyebabkan anda terdedah kepada risiko jangkitan penyakit kronik seperti hipertensi dan serangan jantung.

2. Nasi

Sebaiknya elakkan pengambilan nasi pada waktu sahur atau hadkan saiz hidangan nasi anda.

Ini kerana nasi mudah dicerna dan boleh menyebabkan anda lebih cepat kehabisan tenaga dan pastinya akan membuatkan anda berasa cepat lapar.

3. Makanan pedas

Pengambilan secara berlebihan mungkin boleh mengakibatkan ketidakselesaan perut.

Anda akan terdedah dengan risiko untuk mengalami keadaan seperti pedih hulu hati atau cirit-birit, dan akan mengakibatkan anda dehidrasi.

4. Makanan dan minuman manis

Kebanyakan gula dalam makanan dan minuman adalah dari jenis gula ringkas,  ia cepat menghasilkan tenaga dan membekalkan kalori yang tinggi  tetapi ia tidak bertahan lama dan cepat diproses.

Ini bermakna anda sukar untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

Mengurangkan pengambilan makanan dan minuman tinggi kandungan gula sememangnya sangat digalakkan kerana ia baik untuk kesihatan dan dapat menghindari pelbagai masalah kesihatan contohnya obesiti.

5. Makanan tinggi kandungan lemak

Pengambilan makanan tinggi kandungan lemak seperti makanan bergoreng atau makanan segera boleh mengganggu dan melambatkan proses pengosongan perut.

Ia boleh mengakibatkan wujudnya simptom sembelit.

6. Minuman berkafein

Minuman berkafein dikatakan bersifat diuretik dan akan dicerna dengan lebih cepat.

Keadaan ini sekali gus menyebabkan anda lebih cepat kehilangan cecair dalam badan kerana kerap kencing.

Ia boleh mengakibatkan anda mengalami dehidrasi dan cepat keletihan.

7. Tidak bersahur

Tabiat individu yang tidak gemar bersahur adalah sangat tidak digalakkan.

Ia tabiat yang tidak baik untuk kesihatan kerana anda akan membiarkan perut anda kosong untuk tempoh lebih 12 jam.

Lebih teruk lagi apabila anda berasa terlalu lapar ia akan membuatkan anda mengambil hidangan makanan secara berlebihan ketika waktu berbuka.

Bersederhana

Kesimpulannya, yang paling penting perlu diamalkan adalah bersederhana dalam semua perkara.

Amalkan makan makanan yang sihat, minum air dan rehat secukupnya.

Adalah diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua lebih bertenaga untuk menunaikan ibadah puasa pada tahun ini.

Menarik untuk anda baca:https: Apa itu SUMAC

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More