Elak Jadi 9 Golongan Yang Rugi Di Bulan Ramadan
Ramadan 1442 dijalani dengan cara yang sangat berbeza di seluruh dunia. Dikesempatan PKP ini, jadikan ia sebagai hikmah ramadan agar kita lebih fokus menunaikan ibadah ini secara sederhana dan terhindar dari fitnah dunia. Mudah-mudahan, Ramadan 1442 ini kita tidak terdiri dari 9 golongan yang rugi nikmat Syyidul Syukur, Penghulu segala bulan. 9 golongan tersebut adalah:
Isi Kandungan
9 Golongan Yang Rugi Di Bulan Ramadan
Golongan Pertama
Mereka yang tidak melaksanakan ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ikhlas kepada Allah, sebaliknya berpuasa dengan perasaan riak dan puasa adat sahaja.
Golongan Kedua
Mereka yang tidak beribadah pada malamnya dengan solat tarawih dan lain kerana bermalas – malasan dan sengaja memberatkan diri dari melakukan ketaatan, maka tiada bulanan keampunan dosa bagi mereka di bulan Ramadan.
Golongan Ketiga
Mereka yang berterusan mengamalkan akhlak yang buruk di mana puasanya tidak sedikit pun menghalangnya dari berkelakuan buruk itu dan dari melakukan perkara haram.
Golongan Keempat
Mereka yang banyak menghabiskan masa dan saat – saat keemasan di bulan ramadan dengan tidur, lalai dengan menonton TV, mendengar lagu dan nyanyian, menonton cerita – cerita dimurkai ALlah.
Golongan Kelima
Mereka yang sia – siakan solat 5 waktu, tidak berkunjung ke masjid dan surau bersama para jemaah. Berbeza tahun ini, dalam tempoh PKP kita tidak dibenarkan ke surau mahupun masjid. Tapi, peluang tersebut boleh lah kita berjemaah bersama keluarga dan mempercepatkan solat.
Golongan Keenam
Mereka yang merosakkan puasa mereka dengan sengaja melakukan perkara – perkara yang membatalkan puasa seperti bersetubuh, makan dan minum, mengeluarkan mani dengan sengaja, mengadu domba, mengumpat, hasad dengki, mengejek – ejek dan mempermainkan orang lain, menyebut kata – kata kotor, berhias dan sebagainya.
Golongan Ketujuh
Mereka yang hanya bersungguh dalam beribadah di awal Ramadan serta berazam untuk bertaubat dan beristiqamah dalam beribadah, tetapi bertukar sebaliknya dengan menjalani kehidupan yang sia – sia dan melalaikan.
Golongan Kelapan
Mereka yang meninggalkan Al-Quran di bulan Ramadan di mana Al- Quran tidak dibaca dan ditadabbur.
Golongan Kesembilan
Mereka yang bakhil dengan harta yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka dan tidak menafkahnya ke jalan Allah dengan memberi makan orang yang lapar, tidak memberi makanan berbuka kepada orang yang berpuasa dan tidak memberi pakaian kepada orang yang tiada pakaian.
Penutup
Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Elak Jadi 9 Golongan Yang Rugi Di Bulan Ramadan ini akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih.