Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Elaun Mencari Pekerjaan RM300 Buat Pelajar Lepasan Sekolah dan Graduan

Elaun Mencari Pekerjaan+ (EMP+) sebanyak RM300 adalah satu bentuk program bantuan dikendalikan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) khas untuk pelajar lepasan sekolah dan graduan baharu lepasan universiti mengikut ketetapan kelayakan yang digariskan. Bantuan elaun ini adalah melalui program yang dipanggil Program Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP EMP+) bagi kategori BUKAN PENCARUM.

Elaun Mencari Pekerjaan RM300

Isi Kandungan

Apakah Program Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP EMP+)?

Program Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP EMP+) telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam pembentangan Bajet 2022 pada akhir tahun lalu. Program SIP EMP+ untuk kategori bukan pencarum ini adalah satu penambahbaikan kepada Program Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang pernah diberikan kerajaan sebelum ini.

Program SIP EMP+ bagi kategori bukan pencarum adalah satu bentuk bantuan kewangan yang akan diberikan kepada individu bukan pencarum PERKESO terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan juga pekerja sektor tidak formal yang terkesan akibat krisis wabak COVID-19. Bantuan ini bertujuan memastikan golongan ini dapat meneruskan kelangsungan hidup ketika mencari peluang pekerjaan yang baharu.

Bantuan SIP EMP+ ini mengandungi insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) yang diterima oleh individu yang layak apabila mereka menghadiri temuduga, dan juga insentif Elaun Persediaan Bekerja (EPB) sekiranya individu tersebut telah kembali bekerja. Bantuan akan diberikan secara elaun sebanyak RM300 kepada pelajar lepasan sekolah, graduan baharu dan individu-individu layak yang lainnya berdasarkan kelayakan yang telah ditetapkan, melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Syarat Kelayakan Program SIP Elaun Mencari Pekerjaan+?

Individu yang LAYAK memohon program bantuan ini adalah tertakluk kepada perkara berikut:

  1. Individu yang belum berdaftar atau tidak aktif mencarum dengan PERKESO selepas 1 Jun 2021.
  2. Individu yang berumur 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh permohonan.
  3. Individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti jadual di bawah:

SYARAT TAMBAHAN SIP EMP+ KEPADA BUKAN PENCARUM

Kelayakan Permohonan

·    Setiap pemohon adalah wajib berdaftar, melengkapkan profil dan aktif membuat aktiviti pencarian di Portal MYFutureJobs mulai 1 Januari 2022.

·    Pemohon perlu menghadiri aktiviti temuduga sekurang-kurangnya tiga (3) kali sebulan melalui:

i) Program temuduga terbuka anjuran PERKESO adalah diutamakan. Maklumat temuduga boleh diperolehi melalui capaian berikut:
https://www.myfuturejobs.gov.my/news-events atau;

ii) Bersama anjuran majikan berdaftar dan yang telah mengiklankan jawatan di Portal MYFutureJobs atau;

iii) Anjuran luar dan disahkan oleh majikan/agensi       pekerjaan swasta

Jenis Temuduga

·   Pemohon perlu menghadiri
sesi temuduga bersama tiga (3) majikan berbeza dalam tempoh masa yang sama atau hari yang berlainan.

·    Pemohon menghadiri mana-mana temuduga yang diaturkan oleh majikan yang telah berdaftar di Portal MYFutureJobs.

·    Pemohon menghadiri mana-mana temuduga yang setara dengan kelayakan atau bersesuaian dengan pengalaman.

Tempoh Bayaran
Insentif

·   Tempoh pembayaran EMP adalah secara bulanan (setiap 30 hari)

·    EPB akan dibayar bersama EMP sekiranya individu telah mendapat tawaran pekerjaan baharu.

Tatacara Permohonan

·    Pemohon wajib berdaftar sebagai pencari kerja dan melengkapkan profil di Portal MYFutureJobs melalui capaian www.myfuturejobs.gov.my

·    Pemohon juga hendaklah berdaftar di aplikasi PRIHATIN PERKESO bagi tujuan pembayaran elaun

·    Pemohon perlu mengemaskini aktiviti log bagi setiap temuduga yang dihadiri melalui MYFuturejobs mengikut syarat yang telah ditetapkan

·   Sekiranya pemohon mendapat pekerjaan baharu, pemohon hendaklah mengemaskini di Portal MYFutureJobs dengan memuat naik dokumen sokongan (surat tawaran) bagi tujuan pembayaran EPB.

Semakan Permohonan

·    Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui aplikasi Prihatin PERKESO.

Kaedah Insentif/Elaun SIP EMP+

Rujuk jadual di bawah untuk lebih memahami bagaimana Insentif atau Elaun di bawah program SIP Elaun Mencari Pekerjaan+ ini dijalankan:

AKTIVITI PENCARIAN PEKERJAAN

JUMLAH CARIAN SETIAP BULAN

JUMLAH ELAUN MENCARI PEKERJAAN

Menghadiri temuduga
terbuka (fizikal atau dalam talian)

Minima 3 sesi
temuduga untuk setiap bayaran EMP mulai 1 Januari 2022

RM300 sebulan

Menghadiri temuduga
terbuka (fizikal atau dalam talian)

Menghadiri 3 sesi temuduga bagi bayaran EMP bulan seterusnya

RM300 sebulan

Mendapat pekerjaan
dalam tempoh menerima insentif pada bulan pertama

Menghadiri sekurang-kurangnya
satu (1) temuduga dalam tempoh menerima EMP

RM300 dan
juga RM400 (secara one off)

Mendapat pekerjaan
dalam tempoh menerima insentif pada bulan kedua

Menghadiri sekurang-kurangnya
empat (4) temuduga dalam tempoh menerima EMP

RM300 (bulan
pertama)

RM300 (bulan
kedua)

RM400 (secara
one off)

Mendapat pekerjaan
selepas tempoh menerima insentif pada bulan keempat

Menghadiri sekurang-kurangnya
tujuh (7) temuduga dalam tempoh menerima EMP

RM300 (bulan
pertama)

RM300 (bulan
kedua)

RM300 (bulan
ketiga)

RM400 (secara
one off)

Mendapat pekerjaan
selepas tempoh menerima insentif pada bulan kelima

Menghadiri sekurang-kurangnya
Sembilan (9) temuduga dalam
tempoh menerima EMP

RM300 (bulan
pertama)

RM300 (bulan
kedua)

RM300 (bulan
ketiga)

Mendapat pekerjaan
sebelum tarikh permohonan

Menghadiri satu (1)
atau lebih temuduga dan mendapat penempatan pekerjaan baharu sebelum tarikh permohonan

RM400 (secara
one off)

Cara Memohon SIP Elaun Mencari Pekerjaan+

Berikut adalah kaedah untuk anda memohon elaun di bawah program SIP Elaun Mencari Pekerjaan+ ini:

Elaun Mencari Pekerjaan RM300

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan program SIP Elaun Mencari Pekerjaan+, anda boleh ikuti cara berikut:

  1. Layari laman web rasmi PERKESO
  2. Muat turun Panduan SIP EMP+ DI SINI
  3. Hubungi secara terus PERKESO

Ibu Pejabat PERKESO
Menara PERKESO,
281, Jalan Ampang,
50538 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 8:00 pagi – 5:00 petang (Isnin – Jumaat)

Talian Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000

E-mel : [email protected]

 

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More