Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Elaun SSPA: Jenis, Prinsip & Syarat Umum Kelayakan

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai elaun SSPA yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada 13 September 2024.

Isi Kandungan

Pekeliling Perkhidmatan SSPA Berkuatkuasa 1 Disember 2024

Seperti yang kita sedia maklum, bermula 1 Disember 2024 Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan digantikan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). 

Penjawat Awam boleh memilih sama ada untuk kekal di bawah SSM atau memilih SSPA dalam tempoh 40 hari bermula 21 Oktober 2024 sehingga 30 November 2024. 

Justeru, semua Penjawat Awam boleh memuat turun dan rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 Pelaksanaan SSPA Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelarasan gaji dan elaun SSPA yang telah diperincikan.

Elaun SSPA: Jenis, Prinsip & Syarat Umum Kelayakan 1

Jenis Elaun & Prinsip Pemberian Elaun SSPA

Jenis elaun dalam Perkhidmatan Awam ditetapkan seperti berikut:

  • Imbuhan tetap atau bayaran imbuhan yang diberi berasaskan kriteria sara hidup.
  • Elaun diberi berasaskan kriteria tanggungjawab tambahan.
  • Bayaran insentif diberi berasaskan kriteria kelayakan dan penempatan.
  • Bayaran balik yang diberi berasaskan kriteria bayaran balik perbelanjaan.

Berikut pula adalah prinsip pemberian elaun SSPA yang telah ditambah baik oleh Kerajaan, iaitu:

Prinsip Tidak Sejagat (Non-Universal)Membolehkan pemberian elaun kepada kumpulan atau perkhidmatan tertentu berdasarkan keunikan sesuatu tugas fungsional yang dilaksanakannya.
Prinsip Tidak Biasa (Non-Regular)Menetapkan elaun hanya diberi dalam keadaan tertentu berdasarkan tugas yang dilaksanakan di luar kebiasaan oleh suatu perkhidmatan, kumpukan atau gred jawatan.
Prinsip Tidak Kekal (Non-Permanent)Menentukan elaun dibayar secara bertempoh / sementara dan boleh ditarik balik atau dihentikan pembayarannya pada bila-bila masa atau tempoh kelulusan berakhir.
Prinsip Kesaksamaan (Fairness)Memastikan pemberian elaun yang saksama dan tidak dihadkan hanya kepada perkhidmatan, kumpulan atau gred jawatan tertentu sahaja. Elaun sedia ada boleh dipanjangkan kepada mana-mana perkhidmatan, kumpulan atau gred jawatan lain yang turut menjalankan tugas-tugas yang melayakkan pemberian elaun tersebut.
Prinsip Pemberian Elaun SSPA

Syarat Umum Kelayakan Elaun SSPA

Syarat umum kelayakan menetapkan bahawa pemberian elaun akan terhenti mulai ‘hari pertama’ apabila pegawai berada dalam keadaan berikut:

  1. Cuti Tanpa (termasuk Cuti Belajar Tanpa Gaji).
  2. Cuti Separuh Gaji (termasuk Cuti Belajar Separuh Gaji).
  3. Menghadiri Kursus (termasuk Cuti Belajar Bergaji Penuh) yang tempohnya melebihi 92 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.
  4. Cuti Rehat yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.
  5. Cuti selain daripada Cuti Rehat, yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.
  6. Kombinasi mana-mana jenis cuti yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am dan hari-hari tidak hadir bekerja tanpa kebenaran.
  7. Menjalankan tugas rasmi selain daripada tugas hakiki atas arahan Ketua Jabatan yang tempohnya melebihi 92 hari berturut-turut.

Pembayaran mana-mana elaun hendaklah diberhentikan sekiranya,

  • Pegawai tidak melaksanakan tugas yang melayakkan pemberian elaun.
  • Pegawai tidak ditempatkan di penempatan (perjawatan atau kawasan) yang melayakkan pemberian elaun.
  • Pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran Ketua Jabatan atau tanpa sebab yang munasabah.

Cara Pembayaran & Pengiraan Elaun SSPA

Pembayaran elaun SSPA adalah berdasarkan kelayakan pegawai antaranya mengikut gred, skim perkhidmatan, tempoh masa (jumlah jam, harian atau bulanan), bilangan operasi atau apa-apa bentuk pengiraan yang ditetapkan.

Pemberian elaun adalah berdasarkan kriteria elaun yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Dalam memastikan tujuan pemberian elaun berkenaan menepati keperluan perkhidmatan, kriteria yang berkuat kuasa dalam SSM telah ditambah baik seperti yang berikut:

  • Sara Hidup iaitu menampung sebahagian keperluan perbelanjaan hidup pegawai selain gaji hakiki.
  • Tanggungjawab Tambahan iaitu berdasarkan pelaksanaan tugas rasmi / tugas tambahan.
  • Penempatan iaitu berdasarkan kedudukan pegawai yang terdedah kepada elemen risiko kerja, kesusahan dan kerumitan tugas.
  • Kelayakan iaitu berdasarkan kemahiran dan kompetensi tambahan yang dimiliki pegawai dan tidak dinyatakan dalam syarat kelayakan masuk skim perkhidmatannya.
  • Bayaran Balik Perbelanjaan iaitu bayaran atas tuntutan perbelanjaan yang telah dibayar terlebih dahulu oleh pegawai bagi melaksanakan tugas rasmi yang diarahkan.

Pengiraan pro rata terpakai kepada elaun-elaun yang dibayar secara bulanan sahaja. Keadaan yang melayakkan pembayaran pro rata adalah seperti yang berikut:

  • Tempoh penempatan pegawai di pejabat baharu tidak genap satu (1) bulan kalendar; atau
  • Pegawai diarah menjalankan tugas yang melayakkan pemberian elaun tertentu tidak genap satu (1) bulan kalendar.

Kaedah pengiraan pro rata adalah seperti berikut:

Elaun SSPA: Jenis, Prinsip & Syarat Umum Kelayakan 2
Nota: Pegawai perlu menjalankan tugas sekurang-kurangnya empat (4) jam untuk dikira sebagai satu (1) hari

Pegun Kadar Elaun

Di bawah SSM, sebanyak tiga (3) elaun yang dibayar berasaskan peratusan daripada gaji hakiki iaitu

  • Bayaran Insentif Pedalaman (BIP);
  • Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK); dan
  • Bayaran Imbuhan Wilayah (BIW).

Di bawah SSPA pula, elaun-elaun ini akan pegun pada suatu kadar tetap dan pelaksanannya adalah seperti berikut:

  • Bagi penerima sedia ada, kadar tetap berdasarkan amaun terakhir yang diterima sebelum tarikh kuat kuasa SSPA.
  • Bagi pegawai lantikan baharu atau pegawai yang baru berkelayakan mulai 1 Disember 2024 akan menerima elaun pada kadar tetap baharu.
Elaun SSPA: Jenis, Prinsip & Syarat Umum Kelayakan 3
Elaun SSPA: Jenis, Prinsip & Syarat Umum Kelayakan 4

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai elaun SSPA ini, sila rujuk Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam atau laman-laman sosial rasmi seperti berikut:

Untuk makluman, Portal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam kini boleh diakses oleh pengguna.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More