Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Endometriosis: Ada 6 Tanda-Tanda Utama Yang Wanita Perlu Tahu

Hari ini kami akan kongsikan sedikit info berkaitan penyakit endometriosis yang mungkin ramai lagi yang tidak tahu terutamanya wanita-wanita di luar sana.

Isi Kandungan

Apa Itu Endometriosis?

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), endometriosis adalah ketumbuhan tisu dinding rahim (endometrium) di luar rahim dimana ia menebal, mengurai dan berdarah seperti kitar menstrual.

Tisu dinding rahim (selaput endometrium) tumbuh di luar rahim seperti di ovari, tisu fallopian atau usus dan akan menyebabkan pendarahan dan senggugut yang teruk dan kesakitan.

Endometriosis: Ada 6 Tanda-Tanda Utama Yang Wanita Perlu Tahu 1
Endometriosis

Tanda – Tanda Endometriosis

Tanda-tanda yang sering berlaku antaranya adalah seperti berikut:

  1. Kitar haid yang menyakitkan (senggugut / Dysmenorrhoea).
  2. Sakit ketika melakukan hubungan seksual.
  3. Sakit ketika pergerakan usus dan membuang air.
  4. Pendarahan berlebihan (ketika haid dan diantara kitar haid).
  5. Ketidaksuburan.
  6. Lemah, cirit-birit, sembelit, kembung perut dan muntah terutamanya ketika haid.

Waktu Endometriosis Menyebabkan Sakit

Endometriosis menyebabkan rasa sakit terutamanya ketika

  • Menstrual.
  • Organ terlibat melekat sesama sendiri.
  • Masalah kesuburan.
  • Kanser ovari.

Risiko Terkena Endometriosis

Kebiasaanya yang berisiko terkena penyakit ini adalah wanita yang berumur diantara 30 hingga 40 tahun (golongan 30an dan 40an).

Selain itu, terdapat beberapa lagi penyebab yang berkemungkinan berisiko terkena penyakit tersebut antaranya mereka yang mempunyai

  • Sejarah keluarga.
  • Sejarah kehamilan (Lebih kerap menyerang orang yang belum pernah hamil).
  • Sejarah haid.

Diagnosis Dan Rawatan

Diagnosis endometriosis adalah sukar dan kerap didiagnosis sebagai penyakit keradangan pelvic (PID) dan sista ovari dan ia menjadi lebih sukar dengan kehadiran IBS (Irritable Bowel Syndrome).

Endometriosis tiada rawatan yang spesifik tetapi rawatan pada simptom adalah sangat berkesan. Dapatkan nasihat doktor sekiranya berlaku tanda-tanda tersebut.

Antara rawatan yang boleh dicadangkan untuk penyakit ini adalah seperti berikut:

Jenis RawatanInfo Lanjut
Ubat Tahan Sakit– NSAIDs seperti Naproxen.
– Ibuprofen Opiod seperti Tramadol.
Terapi Hormon– Pil perancang hormon.
– Agonis dan antagonis hormon pelepas gonadotropin (Gn-RH).
– Terapi progestin.
– Penghalang aromatase (Aromatase Inhibitor).
Pembedahan– Histerektromi dan Ooforektomi.
Endometriosis

Beza Penyakit PCOS Dan Endometriosis

Berikut adalah perbezaan antara penyakit PCOS (Polycystic Ovary Syndrome) dan endometriosis yang semua wanita di luar sana perlu tahu.

PCOS (Polycystic Ovary Syndrome)Endometriosis
– PCOS adalah tahap hormon yang tidak normal dalam badan termasuk tahap insulin yang tinggi.
– Simptom-simptonya adalah:
1. Haid tidak teratur atau tidak kerap.
2. Berat badan bertambah.
3. Muka berminyak.
4. Pertumbuhan rambut di tempat yang tidak diingini, jerawat akibat peningkatan atau pengeluaran hormon lelaki.
– Faktor genetik anggaran 25% hingga 30% bagi wanita dengan PCOS mempunyai ibu atau adik perempuan dengan masalah yang sama.
– Berisiko tinggi dapat masalah kesihatan jangka panjang termasuklah
1. Diabetes.
2. Tekanan darah tinggi.
3. Kemurungan atau isu psikologi.
4. Kanser rahim.
– Penyakit ini pula adalah keadaan apabila tisu melapisi rahim mula tumbuh di tempat yang lain seperti pada ovari, rahim, tiub fallapio, usus dan boleh juga terjadi pada paru-paru.
– Simptom-simptonya adalah:
1. Haid menyakitkan.
2. Kesakitan semasa atau selepas melakukan hubungan seksual.
3. Sakit berterusan di bahagian bawah perut atau belakang.
4. Kesukaran hamil.
5. Sakit berkaitan pergerakan usus dan pundi kencing.
– Sista yang ditemukan antaranya di dalam atau pada tiub fallapio dan usus, pendarahan seterusnya yang berlaku boleh mengakibatkan kesakitan, keradangan, parut dan kemungkinan kerosakan pada organ.

Wanita dengan penyakit-penyakit di atas boleh hamil secara semula jadi, namun ada yang perlu bantuan.

Pesakit PCOS yang mengalami haid yang tidak teratur atau tidak kerap akan terdapat kekurangan ovulasi yang menjadikan ia sukar bagi menentukan waktu subur.

Pesakit endometriosis boleh mengalami anatomi pelvis yang herot, tisu parut di sekeliling ovari dan tiub fallapio, mengakibatkan persekitaran kurang kondusif untuk kehamilan.

Langkah Pencegahan

Langkah pencegahan daripada terkena penyakit ini adalah semua wanita perlu melakukan perubahan gaya hidup seperti

  1. Mengamalkan gaya hidup dan diet yang sihat.
  2. Wanita yang terkena penyakit ini perlu bersenam secara tetap.
  3. Sentiasa mengawal stres.

Bukan itu sahaja, sebenarnya banyak lagi langkah pencegahan yang boleh dilakukan oleh wanita untuk menangani penyakit ini. Cuma yang dinyatakan diatas adalah cadangan dan antara yang sentiasa menjadi saranan kebanyakkan doktor sakit puan.

Semoga perkongsian di atas bermanfaat untuk anda semua di luar sana terutamanya wanita-wanita yang belum mengetahuinya lagi sebelum ini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More