Sumber Rujukan Globalisasi Anda

eSPBT KPM: Panduan Sistem Pesanan Buku Teks SPBT

eSPBT KPM ialah sistem online yang diperkenalkan oleh jabatan pendidikan untuk membantu para guru yang ditugaskan untuk memesan buku teks baharu buat para pelajar mereka. Dengan alaf baharu dan semua serba online ini, sistem online dilihat mampu memberi persediaan kepada para pelajar lebih peka dengan kewujudan teknologi yang membantu memudahkan urusan pembelajaran mereka. Para guru haruslah memberi pendedahan penggunaan sistem online kepada pelajar agar mereka terbiasa untuk persiapan masa hadapan. Justeru untuk mendidik mereka dari segi teknologi maka, para guru haruslah menggunakan sistem ini terlebih dahulu barulah mudah untuk menjelaskan pada mereka.

Sejak dilanda pandemik covid-19 kita didedahkan betapa pentingnya kewujudan sistem secara online bagi memastikan kelangsungan kerja dan membuktikan kerja boleh dilakukan walaupun berada di rumah. Kita dapat lihat dengan kewujudan aplikasi seperti zoom atau microsoft meeting membolehkan guru berinteraksi dengan pelajar. Tugas guru bukan sekadar mendidik dan mengajar. Mereka juga perlu memantau, mengemaskini maklumat, menyediakan laporan dan memastikan sumber pembelajaran seperti buku teks sentiasa dikemaskini. Kali ini ikuti perkongsian tentang cara menggunakan eSPBT KPM. Ia membantu para guru menguruskan sumber pembelajaran.

Isi Kandungan

Cara Menggunakan eSPBT KPM

Ikuti langkah-langkah memesan buku teks baharu oleh para guru dan pentadbir pengurusan sekolah dengan menggunakan sistem ini.

  1. Pertama, buka laman web eSPBT ini dan anda akan melihat paparan seperti dibawah ini.
    espbt kpm
    Laman sesawang eSPBT KPM

     

  2. Kemudian, seperti biasa anda hendaklah memasukkan id pengguna dan kata laluan untuk masuk membuat tempahan atau urusan-urusan berkaitan yang lain. Bagi para guru yang belum mempunyai akaun hendaklah mendaftar terlebih dahulu dan mendapatkan pengesahan.
  3. Selesai login barulah anda boleh membuat urusan seperti yang tertera seperti urusan mengemaskini buku teks lama, mendaftar dan membuat pesanan buku teks. Semoga para guru jelas tentang info dan cara ini.

Sistem Ini Banyak Membantu Para Guru

Pada alaf serba baru ini, sistem yang diwujudkan ini membantu para guru yang menggunakan kaedah manual untuk mengisi buku teks baru disamping lebih peka dengan pertukaran buku teks para pelajar.

Antara Yang Boleh Dilakukan Menggunakan eSPBT KPM

Antara senarai yang boleh dilakukan menggunakan sistem eSPBT KPM yang memberi kemudahan kepada para guru ialah:

  • Para guru boleh peka dengan pertukaran buku teks mengikut tingkatan
  • Para guru boleh memeriksa sama ada stok buku teks mencukupi atau tidak untuk para pelajar
  • Sistem mengganti buku teks yang rosak
  • Memesan buku teks dengan pantas
  • Urusan pendaftaran kod buku teks dan sebagainya.

Disini kami kongsikan lagi sekali laman sesawang rasmi iaitu https://espbt.moe.gov.my/ Semoga ianya bermanfaat kepada semua para guru.

Kenapa Semua Sistem Mesti Online?

Belakangan ini banyak sistem pendidikan online yang diwujudkan oleh kerajaan bagi memudahkan urusan pentadbiran sekolah. Maklum sahajalah kita sudah pasti tidak ingin ditinggalkan dalam arus modenisasi ini. Mungkin pada peringkat awal sistem online di sekolah seperti pendaftaran pendidikan, menambah baik sistem kewangan sekolah malah tahu keputusan anak-anak secara online namun sistem yang diperkenalkan ini mampu merekod maklumat lebih 5 tahun kebelakang dan memudahkan ibu bapa dan guru-guru untuk memeriksa maklumat sebelumnya kerana data sudah tersimpan rapi.

Antara kelebihan sistem online adalah lebih teratur dan bukan lagi diisi secara manual. Guru-guru tidak perlu risau terlepas maklumat atau ralat dalam menyimpan data terlebih dahulu kerana sistem ini sangat membantu. Dengan penyimpanan data di sekolah mendekatkan lagi hubungan pelajar alumni dengan sekolah kerana walaupun meninggalkan alam persekolahan sudah lama namun maklumat mereka dari segi pinjaman buku teks, jawatan, pendidikan masih lagi tersimpan rapi. Oleh itu, demi memenuhi hasrat jabatan pendiddikan dalam memastikan sistem online diguna pakai, para ibu bapa, pelajar dan pihak pentadbiran sekolah haruslah saling bekerjasama untuk lebih peka dengan maklumat yang dikeluarkan oleh jabatan pendiddikan.

Adakah Sistem Ini Membantu Para Guru?

Jelaskah anda mengenai cara menggunakan eSPBT KPM terutama para guru dan juga pihak pentadbir sekolah? sistem online ini sebenarnya mudah sahaja sama seperti anda mengisi borang kemasukan universiti tidak ada apa yang leceh sebaliknya menjimatkan masa, dapat maklumat dihujung jari lagi. Pelbagai sistem yang diwujudkan oleh pihak jabatan pendidikan bagi memastikan maklumat tidak hilang dan memberi maklumat yang baru kepada pihak sekolah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pihak sekolah untuk menerapkan sistem ini dalam sistem pengurusan mereka.

Pihak sekolah sebagai sebuah institusi pembelajaran haruslah memastikan mereka bergerak seiring dengan teknologi yang diperkenalkan. Ada banyak maklumat dan kemudahan yang dikongsikan dan diwujudkan bagi memastikan institusi persekolahan berjalan lancar. Antaranya berkenaan dengan cara menyemak keputusan peperiksaan. Anda boleh merujuk dalam artikel yang pernah kami kongsikan sebelum ini disini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More