Sumber Rujukan Globalisasi Anda

eSPKWS KPM : Login Sistem Perakaunan Sekolah Online

eSPKWS KPM ialah sistem yang diwujudkan oleh jabatan pendidikan untuk membantu menguruskan sistem perakaunan di sekolah. Sudah sekian kita maklum, ramai yang tidak mengambil berat sistem perakaunan di sekolah. Kita hanya mengira syarikat-syarikat saja yang mempunyai sistem perakauan yang teratur namun di sekolah banyak benda yang melibatkan kewangan. Tidak sesuai jika hanya bergantung kepada microsoft excel sahaja. Perlu ada sebuah sistem yang khusus dengan pembahagian kewangan.

Isu kewangan tidak seharusnya di ambil ringan.Walaupun sekolah tidak ada isu melibatkan bayaran gaji namun sekolah mempunyai pembahagian tabung-tabung untuk setiap aktiviti para pelajar. Sebut saja tabung seminar, sukan dan banyak lagi.

Kebiasaan di sekolah akan ada beberapa guru yang menguruskan duit keluar masuk namun hanya menggunakan kaedah manual. Diharap dengan sistem yang dibuat oleh jabatan pendidikan ini dapat di gunakan secara menyeluruh di setiap sekolah demi memudahkan dan menjimatkan masa.Ikuti perkongsian cara menggunakan eSPKWS KPM Ini.

Isi Kandungan

Cara Menggunakan eSPKWS KPM

Perkongsian kali ini kami bawakan cara mudah untuk masuk dan mengemaskini maklumat di eSPKWS KPM bagi memudahkan para guru.

  1. Langkah pertama,anda boleh layari laman web ini dan anda akan melihat paparan seperti di bawah ini.
    espkws
    Laman sesawang rasmi bagi  espkws iaitu Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah

     

  2. Kemudian anda perlu klik ID Pengguna dan kata laluan. Bagi yang masuk ke laman ini buat kali pertama anda perlulah mendaftar terlebih dahulu. Untuk sistem kewangan di peringkat sekolah  hanya pengurus sekolah dan pembantu tadbir sahaja atau yang diberi kepercayaan oleh pengurusan untuk menguruskan kewangan yang boleh masuk ke laman ini.
  3. Kemudian anda bolehlah rujuk kepada modul yang disediakan untuk mula mengemaskini maklumat kewangan mengikut seksyen masing-masing. Sebut sahaja urusan pembayaran bil, simpan data untuk tahun sebelumnya pun boleh.

Modul Online eSPKWS KPM

Apabila melayari laman web eSPKWS KPM ini, para guru boleh rujuk 12 panduan modul yang dikongsikan oleh kementerian pendididikan untuk memudahkan urusan penyimpanan data mengikut bahagian masing-masing

                                           eSPKWS KPM Laman Sesawang Beserta Modul 

Disini kami kongsikan laman sesawang rasmi bagi Sistem Perakaunan Wang Sekolah ini.

Antara 12 modul penting yang disediakan bagi membantu para guru dan pentadbiran sekolah dalam urusan perakaunan:

  • Modul Permulaan
  • Modul Terimaan
  • Pengesahan Daripada Pengurus Sekolah
  • Modul Daftar Bil
  • Modul Bayaran
  • Modul Deposit
  • Modul PWR
  • Modul Pindah Peruntukan
  • Modul Penyesuaian Bank
  • Modul ABT ABB
  • Modul Laporan
  • Kursus Secara Hands On Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah eSPKWS

Kenapa Sistem Ini Diperkenalkan?

Pada era serba moden ini, kita inginkan sebuah sistem kewangan yang teratur bagi membantu semua pihak. Tidak kira syarikat kecil mahupun besar, universiti mahupun sekolah kita inginkan sebuah sistem yang dapat dilihat secara jelas dalam menjaga kewangan di sesebuah institusi. Jika sebelum ini kita hanya menganggarkan bajet untuk sesebuah acara namun dengan sistem ini, kita dapat auto mengira bajet yang sesuai mengikut keperluan.

Selain itu,masa itu emas. Tiada satu pun inginkan kerja yang rumit dan lambat. Sudah pasti kita ingin bergerak seiring dalam arus semua serba online ini. Mula-mula memang agak makan masa untuk betul-betul faham dan menggunakan sistem ini, namun lama-kelamaan anda akan dapat melihat manfaatnya nanti. Selain itu,para guru akan lebih mudah untuk melihat laporan kewangan untuk tahun sebelumnya. Hanya perlu klik sahaja untuk memeriksa maklumat sebelumnya. Menarik bukan? Sudah pasti sistem ini akan memberi kemudahan dan tiada isu kehilangan wang kerana data keluar masuk kewangan telah direkod. Selamat menggunakan sistem ini buat para guru.

Dapatkah Sistem Ini Membantu Para Guru?

Sudah pasti secara asasnya dapat mengurangkan beban para guru. Sistem ini ditubuhkan tidak lain tidak bukan memberi kemudahan dan memastikan sistem kewangan lebih teratur. Jika dahulu isu pengurusan kewangan di sekolah tidak dititik beratkan dan sekadar mengharapkan penganggaran bajet untuk menguruskan sesuatu acara namun tidak lagi dengan adanya sistem ini. Misi pihak pendidikan adalah memastikan sistem ini diimplementasikan di seluruh sekolah di Malaysia sebagaimana sesebuah syarikat yang kukuh dalam sistem kewangan bila ada sistem yang menjaga kewangan mereka.

Semoga perkongsian cara eSPKWS KPM dapat membantu para guru lebih memahami akan hal ini.  Selain itu para guru juga boleh memnggunakan sistem untuk pengumpulan keputusan peperiksaan iaitu di laman sesawang ini. Diharapkan semua sistem yang diperkenalkan oleh KPM ini membantu dalam pengurusan para guru.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More