Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Fail Meja Guru Kelas

Fail Meja Guru Kelas ini bertujuan untuk memberi rujukan serta idea khususnya buat para guru sekolah.

Cerita Fail Meja ini bermula pada tahun 1991 dengan adanya Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 8 Tahun 1991 : Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja.

Fail Meja adalah himpunan prosedur kerja bagi melaksanakan satu-satu tugasan mengikut jawatan. Objektif diwujudkan Fail Meja adalah untuk membantu pegawai/staf menjalankan tugasan dengan lancar dan cekap. Ia juga dapat memudah dan mempercepatkan proses pembelajaran dan penyesuaian kerja bagi orang baru. Fail Meja menjadi dokumen rujukan utama pegawai/staf dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Fail Meja merupakan satu-satu rujukan untuk individu di peringkat jawatan. Ia dirangka berasaskan tugas dan tanggungjawab seseorang guru. Ia juga mengandungi maklumat atau panduan untuk menjalankan tugas bagi satu-satu jawatan. Kandungannya merangkumi 14 perkara utama. Oleh itu, setiap jawatan mempunyai satu (1) Fail Meja yang tersendiri.

Isi Kandungan

Dapatkan “Fail Meja Guru Kelas” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’. Sila download secara PERCUMA :

Semoga memberi manfaat.

6 Kelebihan Guru Kelas Belakang 

Menjadi guru yang mengajar kelas hadapan merupakan antara impian kebanyakan guru. Banyak alasan dan sebabnya. Antara yang paling popular adalah tidak perlu terlalu bersusah payah mengajar. Muridnya sudah pandai. Pendek kata, kalau cikgu tidak masuk kelas mengajar sekalipun, murid masih boleh dapat A. Namun tidak semua guru punya impian yang sama.

Namun begitu, ada juga kelompok guru yang mendambakan peluang untuk mengajar kelas belakang. Kalangan cikgu ini biasanya ingin mengambil peluang untuk mencungkil bakat sebenar murid di kelas belakang yang terpendam, “nak test power” buktikan kebolehan atau kemahiran mengajar dan macam-macam alasan lain.

Justeru, jom kita ikuti 6 kelebihan menjadi guru kelas belakang.

1-Jadikan Cikgu Lebih Kreatif

Keterbatasan yang ada pada murid kelas belakang dari segi kebolehan menerima ilmu akan membantu guru untuk membuat ‘eksperimen’ dalam mencari kaedah paling sesuai dan paling mudah untuk mereka memahami apa yang diajar.

Secara tidak langsung para guru terpaksa menjadi kreatif, paling kreatif yang mungkin dalam memikirkan strategi terbaik untuk mengajar dan memastikan murid yang diamanahkan untuk memahami ilmu yang diajar. Maka dari sanalah timbul pelbagai idea bernas yang menghasilkan teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih berkesan untuk mereka dan semestinya boleh diguna pakai untuk murid lebih cerdik di kelas hadapan juga.

2-Lebih Fokus Sampaikan Ilmu

Bagi guru yang mengajar kelas belakang, tumpuan sudah tentulah diberi sepenuhnya kepada proses penyampaian ilmu. Maksudnya, guru berkenaan akan berusaha sedaya upaya memastikan muridnya menerima sebanyak mungkin ilmu yang mampu diserap oleh mereka.

Dalam keadaan tertentu, sasaran perlu diletakkan sesuai dengan tahap kemampuan pencapaian mereka di samping menggunakan strategi PdP yang betul, praktikal serta berkesan. Pendekatan yang biasa saya ambil adalah, “lebih baik sedikit, tetapi melekat dalam otak” berbanding banyak tetapi sikit pun tiada yang melekat dan diingati.

3-Kurang Tumpuan, Tiada Tekanan

Oleh sebab mereka juga adalah murid daripada kelas hujung, maka kebiasaannya pihak pentadbir akan selalu terlepas pandang. Walaupun bukan semua, namun pihak pentadbir lazimnya lebih menyukai murid pintar kelas depan, dan lebih mudah mengenali mereka yang dijangka mampu mengharumkan nama sekolah dengan memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Maka murid kelas belakang sering dipandang sepi. Macam kenal tak kenal dan wujud tak wujud. Maka di sinilah kelebihan mereka dan juga kita sebagai guru yang mengajar. Disebabkan kurang tumpuan daripada pentadbir, maka kuranglah sikit tekanan kepada kita untuk mengajar. Maka ilmu boleh disampaikan dengan lebih relaks, santai, tidak tertekan dan paling penting keadaan ini sebenarnya lebih membolehkan ilmu yang disampaikan menyerap dalam dada murid.

4-Kejayaan Lebih Dihargai

Bagi guru yang mengajar di kelas belakang, kejayaan seseorang murid di sana bukanlah bergantung sepenuhnya kepada bilangan A yang dapat mereka perolehi tetapi keputusan yang melebihi kemampuan mereka. Sebagai contoh, bagi murid kelas belakang yang selalunya sentiasa gagal dalam peperiksaan, jika mereka berjaya mendapat hatta D sekali pun, maka itu sudah amat baik buat mereka.

Maksudnya, jika keputusan yang mereka perolehi itu menjangkaui kemampuan mereka seperti yang dijangkakan guru, maka itu sudah cukup berjaya bagi mereka. Tidaklah kita menafikan kemampuan mereka untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang seperti A, B dan C, tetapi keputusan D itu juga sudah cukup cemerlang dan sangat bermakna bagi mereka yang sebelum ini mungkin hanya sering mendapat markah tak lebih daripada 10.

5-Kejutan Istimewa dan Sangat Bermakna

Murid-murid dari kelas terkebelakang ini biasanya mampu memberi banyak kejutan kepada guru. Kejutan yang saya maksudkan bukanlah hadiah atau pun apa-apa yang lain dalam bentuk material, tetapi kejutan dalam bentuk perubahan sikap mereka, dan juga keputusan mereka.

Guru mana yang tak bangga jika hasil didikannya murid yang sebelum ini hanya sering mendapat tak lebih 10 markah, tetapi kini sudah boleh mencapai markah 40 dan ke atas? Bukankah itu satu kejutan yang cukup istimewa daripada murid kelas belakang dan sangat bermakna buat yang bergelar guru?

6-Lebih Menghargai Guru

Sama anda mahu percaya atau tidak, murid kelas belakang ini jauh lebih menghargai guru berbanding murid kelas hadapan. Merekalah yang akan lebih banyak menegur guru-guru jika bertemu di pasar malam, tepi jalan dan lain-lain tempat. Dari kejauhan mereka sudah memanggil-manggil nama guru sekalipun semasa di sekolah merekalah yang sentiasa dimarahi, didenda dan dihukum.

Murid kelas depan? Ada sesetengahnya, belum sampai setahun pun meninggalkan sekolah, baru masuk matrik, belum pun habis belajar dan masuk universiti, terserempak cikgu sudah buat-buat tidak kenal. Bagaimanapun itu hanya segelintirlah, bukan semua.

Walau apa pun kelas yang kita dapat, tanggungjawab sebagai guru patut dilaksanakan sebaik mungkin apatah lagi jika kita menjadi guru kelas. Walaupun berada di kelas paling belakang, mereka juga murid yang berhak mendapat pendidikan yang sama seperti pelajar di kelas paling hadapan. Mereka berhak mendapat perhatian serta layanan yang sama rata daripada semua guru. Jika positif yang anda lihat, maka positiflah hasilnya. Begitu juga sebaliknya. Semoga artikel Fail Meja Guru Kelas ini memberi manfaat.

Penutup

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Fail Meja Guru Kelas ini membantu anda.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Takwim Aktiviti Sekolah 2021

Buku Pengurusan PPKI 2021

Koleksi Fail Rekod Pengajaran Dan Pemudahcaraan 2021

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More