Fail Meja Ketua Panitia
Fail Meja Ketua Panitia ini bertujuan untuk memberi rujukan serta idea khususnya buat para guru sekolah.
Cerita Fail Meja ini bermula pada tahun 1991 dengan adanya Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 8 Tahun 1991 : Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja.
Fail Meja adalah himpunan prosedur kerja bagi melaksanakan satu-satu tugasan mengikut jawatan. Objektif diwujudkan Fail Meja adalah untuk membantu pegawai/staf menjalankan tugasan dengan lancar dan cekap. Ia juga dapat memudah dan mempercepatkan proses pembelajaran dan penyesuaian kerja bagi orang baru. Fail Meja menjadi dokumen rujukan utama pegawai/staf dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Fail Meja merupakan satu-satu rujukan untuk individu di peringkat jawatan. Ia dirangka berasaskan tugas dan tanggungjawab seseorang guru. Ia juga mengandungi maklumat atau panduan untuk menjalankan tugas bagi satu-satu jawatan. Kandungannya merangkumi 14 perkara utama. Oleh itu, setiap jawatan mempunyai satu (1) Fail Meja yang tersendiri.
Berikut kami kongsikan Fail Meja Ketua Panitia untuk dijadikan panduan buat anda semua.
Isi Kandungan
Dapatkan “Fail Meja Ketua Panitia” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’. Sila download secara PERCUMA :
Semoga memberi manfaat.
7 Tugas Yang Perlu Digalas Apabila Dilantik Sebagai Ketua Panitia
KETUA Panitia adalah individu yang dipilih untuk mengetuai Panitia Subjek. Tanggungjawab ini sangat murni kerana ia menunjukkan kepercayaan kepada seseorang untuk membangunkan subjek, prestasi akademik subjek dan juga guru-guru subjek terlibat.
Kebiasaannya, Ketua Panitia dipilih daripada kalangan guru yang paling senior. Bagaimanapun keadaan ini semakin berubah kerana ia tidak lagi bergantung kepada pengalaman mengajar semata-mata tetapi lebih kepada pengurusan dan keperluan tugas seorang Ketua Panitia. Oleh itu, semua orang masih mempunyai peluang sama rata untuk mengepalai pasukan subjek sekolah.
Mari kita lihat secara umum tugas utama seorang Ketua Panitia.
Tugas Utama Ketua Panitia
1) Menyelaras urusan kepanitian
- Menguruskan semua program-program panitia samada yang wajib mahupun tambahan termasuklah program-program ko-akademik.
- Menguruskan dan menyelia semua fail-fail dan dokumen berkaitan.
- Mengurus kewangan yang diperuntukkan untuk panitia serta menguruskan inventori barangan untuk subjek (Alat Bantu Mengajar, Bahan Bantu Mengajar dan Bahan Bantu Belajar)
2) Menguruskan mesyuarat panitia
- Mempengerusikan mesyuarat panitia secara berkala.
- Membincangkan sasaran untuk prestasi subjek.
- Membuat analisis keputusan, post mortem dan merancang intervensi.
3) Membuat perancangan tahunan
- Membuat perancangan strategik, operasi dan sebagainya.
- Menguruskan penyediaan RPT.
- Membuat takwim semakan buku latihan.
- Membuat sasaran pencapaian.
- Merancang program akademik.
4) Melaksanakan tugas PdPc dan menjadi ‘role model’
- Ketua Panitia mempamerkan amalan PdPc terbaik bagi guru-guru bimbingannya.
- Mahir dalam SKPMg2 dan menjadi sumber rujuk bagi PdPc subjek.
5) Menguruskan jadual waktu
- Peka dengan jadual waktu guru.
6) Pemantauan dan Pencerapan
- Membuat pemantauan dan pencerapan terhadap guru-guru subjek.
- Membuat penilaian.
- Membina intervensi untuk guru.
7) Memperkasakan staff
- Membuat analisis keperluan latihan guru (TNA dalam SPL KPM atau Google Form).
- Melaksanakan latihan dan bimbingan dalam bentuk PLC.
- Menilai program-program pembangunan guru.
- Bertindak sebagai Coach yang meraikan bakat atau kelebihan guru dan membina ruang untuk guru cemerlang mengikut kapasitinya.
- Bertindak sebagai Mentor yang memberi bimbingan berdasarkan pengalaman.
Tips Berguna
- Simpan semua maklumat guru dalam Google Keep agar mudah untuk diakses.
- Rujuk analisis keperluan latihan guru daripada SPLKPM.
- Buat jadual tugas PLC dimulakan dengan Teacher Sharing kerana bersifat lebih terbuka dan mudah.
- Menggunakan QR Code bagi memudahkan penyimpanan dan akses bahan-bahan RPT dan RPH. Lebih mudah jika menggunakan Zappar.
- Menyimpan semua gambar program dalam Google Photos
Penutup
Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Fail Meja Ketua Panitia ini membantu anda.
Anda juga mungkin berminat dengan :
Koleksi Fail Rekod Pengajaran Dan Pemudahcaraan 2021