Fail Meja Penolong Kanan Kokurikulum
Fail Meja Penolong Kanan Kokurikulum ini bertujuan untuk memberi rujukan serta idea khususnya buat para guru sekolah.
Cerita Fail Meja ini bermula pada tahun 1991 dengan adanya Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 8 Tahun 1991 : Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja.
Fail Meja adalah himpunan prosedur kerja bagi melaksanakan satu-satu tugasan mengikut jawatan. Objektif diwujudkan Fail Meja adalah untuk membantu pegawai/staf menjalankan tugasan dengan lancar dan cekap. Ia juga dapat memudah dan mempercepatkan proses pembelajaran dan penyesuaian kerja bagi orang baru. Fail Meja menjadi dokumen rujukan utama pegawai/staf dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Fail Meja merupakan satu-satu rujukan untuk individu di peringkat jawatan. Ia dirangka berasaskan tugas dan tanggungjawab seseorang guru. Ia juga mengandungi maklumat atau panduan untuk menjalankan tugas bagi satu-satu jawatan. Kandungannya merangkumi 14 perkara utama. Oleh itu, setiap jawatan mempunyai satu (1) Fail Meja yang tersendiri.
Berikut merupakan Fail Meja Penolong Kanan Kokurikulum yang kami sediakan buat anda.
Isi Kandungan
Dapatkan “Fail Meja Penolong Kanan Kokurikulum” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’. Sila download secara PERCUMA :
Semoga memberi manfaat.
Senarai Tugas Penolong Kanan Kokurikulum
Bidang Tugas Penolong Kanan Kokurikulum
- Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar/PK Pentadbiran/ PK HEM
- Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar
- Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam aspek pengurusan kokurikulum
- Menyelia dan menilai aktiviti Kokurikulum sekolah
- Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan kokurikulum sekolah
Senarai Tugas (Kokurikulum)
Bidang Persatuan/Kelab
- Merancang kegiatan persatuan dan kelab
- Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab
- Menyelia kegiatan persatuan dan kelab
- Menyelaras aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah
Unit Beruniform
- Merancang kegiatan persatuan dan kelab
- Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab
- Menyelia kegiatan persatuan dan kelab
- Menyelaras aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah
Sukan dan Permainan
- Merancang kegiatan persatuan dan kelab
- Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab
- Menyelia kegiatan persatuan dan kelab
- Menyelaras aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah
Pentadbiran
- Menyelaras proses penubuhan kelab dan persatuan/Sukan dan permainan serta unit pakaian seragam
- Menyusun, menyelaras dan memantau takwim kegiatan kokurikulum
- Menyediakan anggaran perbelanjaan pengurusan kokurikulum
- Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam kokurikulum yang diambil
- Membantu sekolah dalam segala jenis pengelolaan atau penganjuran dalam program yang melibatkan kokurikulum
- Menyelaras Hari-Hari Perayaan dan Upacara Sekolah
- Menyelaras pengagihan murid mengikut aktiviti dalam kegiatan kokurikulum untuk meningkatkan tahap pencapaian
- Mengurus alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum
- Memastikan rekod dan data kokurikulum dilengkap dan dihantar satu salinan ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri
- Mengurus kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang kokurikulum
- Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan menyusun serta merancang latihan untuk mereka
- Menyelaras tuntutan Skim Takaful Malaysia Berhad bagi kes-kes kamalangan yang layak dituntut
- Merancang aktiviti kokurikulum untuk aktiviti selepas peperiksaan dan semasa cuti sekolah (jika perlu)
Tugas-tugas Lain
- Menganggotai Jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke semasa
- Melaksanakan arahan dan tugas yang diamanahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa
Penutup
Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Fail Meja Penolong Kanan Kokurikulum ini membantu anda.
Anda juga mungkin berminat dengan :
Koleksi Fail Rekod Pengajaran Dan Pemudahcaraan 2021