Sotong Kurita
Sotong kurita adalah haiwan moluska dari class Cephalopoda (kaki haiwan terletak di kepala), order Octopoda dengan menjadikan terumbu karang di lautan sebagai habitat utama.
Berikut adalah perkongsian Fakta Menarik Tentang Sotong Kurita yang mungkin anda tidak pernah fikir mengenainya sebelum ini.
Fakta menarik tentang sotong kurita :
1. Ia mempunyai 3 jantung. Jantung utamanya mengepam darah ke seluruh badan manakala 2 jantung yang lebih kecil mengepam darah ke organ pernafasannya.
2. Ia mempunyai 9 otak. Otak utamanya mengawal seluruh badan dan 8 otak lain mengawal setiap gerakan sesungutnya. 8 otak tersebut bersambung dengan otak utama.
3. Sotong kurita mempunyai darah berwarna biru. Ini disebabkan hemocyanin iaitu sejenis protien berasaskan tembaga yang banyak di dalam darahnya. Ia melancarkan peredaran oksigen di persekitaran yang sejuk.
4. Setiap sotong yang dewasa mempunyai sekurang-kurangnya 280 pelekap di seluruh sesungutnya.
5. Sotong betina yang sedang mengeram telur tidak makan kira-kira 7 bulan sehingga telur-telurnya menetas. Biasanya ia akan mati tidak lama selepas telur-telur menetas.
6. Sotong jenis ini merupakan penyamar yang hebat. Ia boleh menukar warna badan kepada warna persekitarannya untuk mengelirukan mangsa dan pemangsanya.
7. Kajian terkini mendapati semua sotong jenis ini mempunyai racun dan yang paling berbahaya adalah dari sotong kurita bercincin biru (blue ringed octopus).
SEMOGA BERMANFAAT!
SUMBER : KIM
Menarik untuk dibaca: Fakta menarik mengenai bulan