Fakta Tentang Eskalator Yang Ramai Tidak Tahu!
Fakta Tentang Eskalator yang ramai tidak tahu! Eskalator merupakan sejenis tangga elektronik atau tangga gerak yang dapat bergerak sama ada ke atas mahupun ke bawah. Umumnya, ia kebanyakannya ditemui di dalam pasar raya dan pelbagai bangunan serta pusat membeli-belah.
Cuba anda bayangkan bagaimana dunia tanpa tangga elektronik ini, pastinya ia jauh lebih sukar tanpa bantuan teknologi ini. Kemudahan ini sebenarnya telah lama diciptakan dan ia telah melebihi satu abad.
Sehingga ke hari ini, berbilion manusia dapat menikmati kecanggihan teknologi eskalator yang sentiasa menjadi pilihan orang ramai berbanding tangga tradisional.
Pada 2023, ia merupakan tahun ke-131 eskalator atau tangga elektronik masih diguna pakai hingga ke hari ini. Oleh itu, Mari kita mengimbau kembali fakta sejarah penciptaan dan jenis-jenisnya pada artikel kali ini.
Fakta Tentang Eskalator Yang Ramai Tidak Tahu
Pada 15 Mac 1892, seorang lelaki bernama Jesse Reno telah mencipta eskalator pertama dalam sejarah.
- Pada awalnya ia dikenali sebagai “Lif Condong” dan dipasang di Jeti Besi Lama di Pulau Coney di New York City pada 16 Januari 1893.
- Eskalator pertama itu berfungsi membawa naik pengguna dengan paras sudut 25 darjah.
- Panjangnya pula adalah 2.1 meter (tujuh kaki).
- Dianggarkan lebih 75,000 orang menggunakan tangga itu selama dua minggu di Jeti Besi Lama.
- Sejak eskalator pertama diperkenalkan, ia semakin mendapat perhatian ramai hanya dalam tempoh dua minggu.
Oleh itu, eskalator kedua kemudiannya diperkenalkan di Jambatan Brooklyn dan masih digunakan.
Seiring peredaran masa, ciptaan Jesse Reno ditambahbaik oleh syarikat eskalator, Thyssenkrupp.
- Thyssenkrupp Elevator merupakan satu-satunya syarikat yang masih beroperasi di Jerman.
- Kilang pengeluaran eskalator ini berpangkalan di Hamburg, Jerman.
- Umumnya, jangka hayat bagi setiap tangga ini adalah dari 20-30 tahun sebelum ia memerlukan penambahbaikan atau penyelenggaraan.
- Setiap pekerja mekanik syarikat ini kebiasaannya menguruskan 30 hingga 40 eskalator setiap bulan.
- Dalam sistem pembinaan eskalator, ia mempunyai ciri khusus.
- Penyelenggaraannya memerlukan ketetapan ketinggian, lebar, sudut condong, kelajuan, motor atau kecekapan tenaga boleh diubah mengikut keperluan pelanggan.
- Di Eropah, sekitar 5,500 eskalator baharu dipasang setiap tahun.
Sejak syarikat Thyssenkrupp mengemudi teknologi ini, eskalator tertua yang pernah dipasang adalah di gedung serbaneka Wertheim, Macy’s di New York City pada tahun 1906.
- Ia dikenali sebagai Wimmel&Landgraf.
- Teknologi tersebut berusia empat tahun lebih muda berbanding eskalator tertua (asal).
- Bagaimanapun, ia menjadi tinggalan sejarah apabila Thyssenkrupp berpindah lokasi perindustrian di Hamburg pada tahun 1951.
Fakta tentang eskalator terpanjang di dunia dipegang oleh stesen Metro Okruzhnaya di Rusia dengan panjang 53.68 meter. Manakala tangga elektronik itu di Eropah adalah di Metro Prague sepanjang 43.6 meter. Sementara itu, fakta tentang eskalator terpendek pula hanya berukuran 90 sentimeter.
Tangga ini kebiasaannya juga digunakan di istana atau muzium. Selain itu, ciptaan ini juga digunakan di kawasan altitud yang tinggi termasuklah di pergunungan Alps.
Difahamkam, ia berperanan untuk membawa naik dan turun pemain ski. Selain itu. ia juga dapat mengelakkan mereka daripada terjatuh.
Manakala, antara lokasi yang popular bagi eskalator ini adalah di pusat membeli-belah London, Harrods. Ia disebabkan mempunyai keunikan seperti lapisan Art Nouveau (bertemakan tamadun Mesir).
Selain itu, eskalator Akuarium Lautan Shanghai juga menyajikan pemandangan yang pastinya menggamit hati pengunjung. Hal ini kerana eskalator di bandar China itu seperti membawa orang ramai mengembara menerusi terowong bawah laut.
Tahun demi tahun, eskalator semakin mempunyai ciri-ciri yang menarik perhatian ramai antaranya “Mod Diraja”.
Difahamkan, pengguna yang menggunakan teknologi ini dapat menekan satu butang yang berfungsi untuk menggerakkan dan memberhentikannya.
Selain itu, fakta tentang eskalator yang anda perlu tahu juga adalah eskalator dilengkapi dengan ciri khas iaitu sistem pendingin (tempat meletakkan tangan) di kawasan yang lebih panas.
Bagi mereka yang pernah menaiki pesawat terbang, pastinya pernah menggunakan tangga mudah alih ini. Menariknya, ia dapat bergerak dan dibawa ke dalam pesawat dan diigunakan oleh penumpang.
Seterusnya, eskalator pisang pula merupakan gabungan antara tangga elektronik dan laluan pejalan kaki (tangga tradisional). Ia boleh ditemui di Stesen Sentral Antwerp dan di Alster-Pavillon di Hamburg bahkan banyak kawasan lain lagi.
Untuk pengetahuan, sebanyak dua eskalator telah dihantar ke Riyadh. Uniknya, ia bergerak pada kadar 0.9 meter sesaat dan dianggap paling laju dengan model lain.
Jadi, itu sahaja sedikit perkongsian Fakta Tentang Eskalator dan diharapkan semoga ia dapat sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan anda tentang Fakta Tentang Eskalator yang perlu anda tahu.
Selain Fakta Tentang Eskalator, anda juga boleh dapatkan pelbagai lagi fakta lain berkaitan teknologi dunia yang semakin hari semakin canggih ini di TcerDotMy kerana kami sentiasa berkongsi fakta menarik untuk rujukan utama anda. Selamat Membaca!