4 Fakta Awesome yang Anda Perlu Tahu Tentang Korea Utara
Democratic People’s Republic of Korea atau lebih dikenali sebagai Korea Utara terletak di utara Korea. Pyongyang merupakan ibu negeri untuk Korea Utara. Seperti semua sudah sedia maklum, Democratic People’s Republic of Korea (DPRK) terkenal dengan sikap kejam presidennya.
Mengikut sejarah, pada tahun 1910, selepas diserang oleh Jepun, Democratic People’s Republic of Korea (DPRK) dan Korea Selatan telah terpisah. Walaupun selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, Democratic People’s Republic of Korea (DPRK) dan Korea Selatan masih gagal digabungkan kembali.
Isi Kandungan
Berikut beberapa fakta yang anda perlu tahu tentang Korea Utara
1# Jenayah
Korea Utara sangat terkenal dengan cara kekerasan mereka mengawal jenayah.
Sebagai contoh, jika seseorang ditangkap kerana melakukan jenayah, seluruh ahli keluarga penjenayah tersebut juga turut akan ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Sekiranya penjenayah tersebut berjaya melarikan diri, seluruh ahli keluarganya akan dihukum bunuh.
Undang-undang ini dilakukan bagi menakutkan rakyat yang lain dari melakukan jenayah yang sama.
2# Bom Nuklear
Sejak dari tahun 2006, Democratic People’s Republic of Korea (DPRK) telah menjalankan lima ujian nuklear.
Pakar Nuklear dari negara barat membuat andaian Democratic People’s Republic of Korea (DPRK) tidak mungkin berjaya mencipta bom nuklear yang merbahaya, namun ujian yang mereka lakukan pada tahun 2007 telah berjaya menghancurkan sebuah gunung dan dikatakan ia mempunyai kuasa sebanyak 100 kilotons.
Pelbagai ujian nuklear yang dijalankan ini juga menyebabkan negara-negara jiran terutamanya China khuatir akan terjadinya kebocoran sisa nuklear yang mungkin boleh tersebar melalui angin.
Beberapa ujian nuklear yang dijalankan di bawah tanah juga dikatakan boleh menyebabkan tercetusnya gunung berapi Mount Paektu dan ini boleh mengakibatkan kematian kepada rakyat Democratic People’s Republic of Korea (DPRK) dan China.
3# Seluar Jeans
Memakai dan memiliki seluar jeans adalah yang dilarang di Korea Utara.
Bagi kerajaan Korea Utara, seluar jeans merupakan simbol pemakaian orang Amerika Syarikat. Jadi dengan mengeluarkan undang-undang ini menunjukan semangat anti-barat dan anti–Amerika.
Rakyat Korea Utara akan dididik untuk membenci Amerika Syarikat sejak daripada kanak-kanak lagi. Setiap buku dan lagu-lagu yang dinyanyikan mempunyai mesej anti–Amerika.
4# Stadium Rungrado
Stadium yang diberi nama Stadium Rungrado ini terletak di ibu negara Korea Utara iaitu Pyongyang. Stadium ini dikatakan terbesar di dunia dan telah siap dibina pada 1 May 1989.
Ia mempunyai keluasan 51 ekar dan mampu memuatkan sebanyak 114,000 orang pada satu masa. Acara pertama yang diadakan adalah 13th World Festival of Youth Student.
Pada akhir tahun 1990, beberapa orang General Korea Utara telah ditangkap kerana cuba untuk membunuh Presiden Korea Utara, Kim Jong–il. Malangnya mereka telah dihukum dengan hukuman dibakar hidup-hidup di Stadium Rungrado ini.