Fasa Pengemaskinian UPUOnline Sesi Akademik 2024/2025
Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai info terkini berkaitan Fasa Pengemaskinian UPUOnline bagi Sesi Akademik 2024/2025.
Isi Kandungan
Fasa Pengemaskinian UPUOnline
Pemohon lepasan SPM atau STPM / Setaraf boleh membuat pengemaskinian pilihan program pengajian yang LAYAK berdasarkan keputusan peperiksaan yang terkini bermula 27 Julai 2024 (Sabtu), bermula jam 12.00 tengah hari sehinga 2 Ogos 2024 (Jumaat) ,jam 5.00 petang.
Kategori yang sedang dibuka untuk pengemaskinian ini adalah
- Kategori STPM / Matrikulasi / Asasi / STAM.
- Kategori Diploma / Setaraf.
Maksud Fasa Pengemaskinian UPUOnline yang kini dibuka adalah seperti berikut:
- Pemohon kategori SPM, STPM dan STAM boleh mengemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar dan keputusan penuh bagi pemohon kategori Matrikulasi / Asasi.
- Pemohon bagi kategori SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM boleh mengemas kini semua pilihan program pengajian yang telah dipanggil temu duga. Pada Fasa Pengemaskinian ini, tiada lagi pilihan program pengajian bertemu duga.
- Pemohon bagi kategori Diploma / Setaraf, hanya boleh mengemas kini keputusan dan memuat naik dokumen sahaja tanpa kemaskini pilihan program pengajian.
Cara Membuat Pengemaskinian
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat pengemaskinian UPUOnline bagi sesi akademik 2024/2025, iaitu
Langkah 1 | Pemohon boleh buat pengemaskinian menerusi Laman Rasmi BKPA, JPT. |
Langkah 2 | Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘. |
Langkah 3 | Log masuk seperti biasa dengan memasukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan. |
Langkah 4 | Calon boleh membuat pengemaskinian pada ruangan yang dikehendaki seperti maklumat diri dan akademik dan ikut arahan seterusnya. Calon boleh mengemaskini semua pilihan program pengajian kecuali yang telah dipanggil temu duga kerana pada fasa kemaskini, tiada lagi pilihan program pengajian bertemu duga. |
Langkah 5 | Setelah selesai membuat pengemaskinian, klik pada butang ‘SAH‘ dan ‘HANTAR‘. |
Tips Kemaskini UPUOnline Terkini
Mana-mana program yang tidak menepati syarat khas akan digugurkan dari senarai. Maka, pilihlah program baharu yang telah disenarai pendek oleh sistem mengikut pencapaian terkini pemohon.
Buat kiraan merit yang terkini dan letakkan program yang berpotensi besar untuk pemohon mendapat tawaran pada pilihan teratas dan jangan menunggu saat-saat akhir untuk melakukan kemaskini kerana dikhuatiri sistem akan sesak pada masa tersebut.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Fasa Pengemaskinian UPU Online bagi Sesi Akademik 2024/2025 ini, anda boleh menghubungi talian 03 – 8684 2363 atau e-mel kepada [email protected].
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Semoga perkongsian info ini bermanfaat!