Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Fasa Pengemaskinian UPUOnline Sesi Akademik 2023/2024

Fasa Pengemaskinian UPUOnline adalah pemohon kategori SPM, STPM dan STAM dimana mereka boleh mengemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar atau keputusan penuh bagi pemohon kategori Matrikulasi / Asasi.

Manakala, pemohon bagi kategori SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM boleh mengemas kini semua pilihan program pengajian yang telah dipanggil temu duga. Pada Fasa Pengemaskinian ini, tiada lagi pilihan program pengajian bertemu duga.

Selain itu, pemohon bagi kategori Diploma / Setaraf, hanya boleh mengemas kini keputusan dan memuat naik dokumen sahaja tanpa kemaskini pilihan program pengajian.

Mana-mana program yang tidak menepati syarat khas akan digugurkan dari senarai. Maka, pilihlah program baru yang telah disenarai pendek oleh sistem mengikut pencapaian SPM pemohon.

Buat kiraan merit yang terkini dan letakkan program yang berpotensi besar untuk pemohon dapat tawaran, di pilihan teratas. Jangan tunggu saat-saat akhir untuk lakukan kemaskini ini kerana dikhuatiri sistem akan sesak pada masa tersebut.

Isi Kandungan

Fasa Pengemaskinian UPUOnline

Tapisan syarat Khas Program Pengajian hanya disediakan kepada calon yang telah memohon pada FASA 1 sahaja.

Calon diingatkan agar membuat SEMAKAN syarat Khas Program Pengajian di e-Panduan sebelum membuat pilihan program pengajian di UPUOnline.

Fasa Pengemaskinian UPUOnline

Cara Kemaskini UPUOnline

Langkah-langkah untuk membuat pengemaskinian UPUOnline adalah seperti berikut:

  • Pemohon boleh membuat pengemaskinian menerusi laman sesawang pada pautan berikut

>>>UPUOnline<<<

  • Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
  • Log masuk seperti biasa.
  • Calon boleh mengemaskini pada ruangan yang dikehendaki seperti maklumat diri dan akademik dan ikut arahan seterusnya.
  • Setelah selesai pengemaskinian, klik pada butang ‘SAH‘ dan ‘HANTAR‘.

Tempoh Kemaskini UPUOnline

  • Pemohon lepasan SPM 2022 boleh mengemaskini pilihan program pengajian yang LAYAK berdasarkan keputusan SPM 2022 bermula 10 Jun 2023 jam 12.00 tengah hari sehingga 13 Jun 2023 jam 5.00 petang.

Maklumat Lanjut

Jangan Lupa Ikuti di Media Sosial Rasmi UPUOnline:

  • TikTok: @bkpaupu
  • Facebook: kemasukan bkpa jpt
  • Telegram: UPUONLINE CHANNEL
  • Instagram: @kemasukanbkpa
  • YouTube: bkpaUPU

Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Fasa Pengemaskinian UPUOnline ini, anda boleh melayari laman web rasmi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA menghubungi pihak UPUOnline melalui

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Talian Hotline: 03 8870 8200
Faks: 03 8870 6864
Alamat E-mel: [email protected]

Semoga info berkaitan Fasa Pengemaskinian UPUOnline bagi Sesi Akademik 2023/2024 ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More