Fenomena Istiwa’ Azam dan Cara Semak Arah Kiblat
Isi Kandungan
Apakah Fenomena Istiwa’ Azam?
Fenomena Istiwa’ Azam adalah fenomena yang berlaku apabila Matahari berada diatas titik Zenit sesuatu tempat ketika ia melintasi di Median tempat berkenaan. Ketika Matahari Istiwa di atas Kaabah, bayang-bayang objek di mana-mana tempat di bumi yang menerima cahaya Matahari boleh menjadi panduan arah kiblat.
Dengan berlakunya fenomena ini, umat Islam berpeluang untuk melakukan semakan arah kiblat berpandukan bayang-bayang objek di sekitar tempat solat samada Masjid, Surau, Pejabat dan rumah.
Cara Semak Arah Kiblat
Pada 28 Mei 2021, Jumaat bersamaan 16 Syawal 1442H – 5:16 PM (waktu Malaysia) akan berlakunya fenomena Istiwa A’dzam.
Istiwa A’dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah (12:16 PM waktu Mekah). Fenomena ini berlaku dua kali dalam setahun. Berikut merupakan cara menyemak arah kiblat:
- Semakan boleh dilakukan di kediaman anda masing – masing
- Pastikan waktu semakan adalah mengikut waktunya.
- Sila rujuk waktu yang tepat berdasarkan waktu Malaysia di mst.sirim.my.
- Gunakan objek tegak dan lurus 90 darjah seperti tiang rumah, tingkap rumah atau lain – lain.
- Bayang – bayang yang terhasil daripada objek tersebut menunjukkan ke arah kiblat.
- Pastikan cuaca dalam keadaan baik (tidak mendung/hujan) supaya bayang-bayang objek jelas kelihatan dan mudah untuk ditanda.
Bagi memberi penjelasan yang lebih nyata, anda boleh rujuk kepada gambar rajah dibawah:
Selesai membuat penandaan arah kiblat, maka bolehlah menyemak semula arah kiblat yang sedia ada atau membuat semakan arah kiblat di aplikasi telefon pintar masing-masing. (tertakluk kepada keadaan fungsi sistem GPS di telefon dan gangguan magnet disekitarnya).
Sumber Mufti Wilayah Persekutuan
Artikel lain: Panduan Solat Sunat Khusuf Bagi Fenomena Gerhana Bulan Penuh