Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Fenomena Salji Di Gunung Kinabalu

Fenomena Salji Di Gunung Kinabalu kini menjadi bualan hangat bagi para pendaki Gunung Kinabalu setelah satu perkongsian di media sosial yang memperlihatkan terbentuknya salji di beberapa kawasan di Gunung Kinabalu, Sabah. Perkara ini sememangnya bukanlah satu perkara yg biasa terjadi namun bukanlah pelik jika ia berlaku.

Mengikut beberapa gambar dan video yang diambil beliau yang bertarikh 19 September 2020 itu, jelas menunjukkan ianya adalah salji yang sebenar.

fenomena salji di gunung kinabalu
salji di gunung kinabalu
Fenomena Salji Di Gunung Kinabalu 1
salji di gunung kinabalu
salji gunung kinabalu
salji di gunung kinabalu
Fenomena Salji Di Gunung Kinabalu 2
salji di gunung kinabalu

Pada tahun 2018, pernah juga ketulan-ketulan ais dijumpai di puncak Gunung Kinabalu menurut laporan akhbar Berita Harian. Cuaca terlalu sejuk dengan suhu mencapai -1 dan -2 darjah Celsius di puncak Gunung Kinabalu menyebabkan air yang bertakung bertukar menjadi ketulan ais.

Pendaki Gunung Kinabalu itu yang dikenali sebagai Wandy John berkongsi keajaiban itu dilaman Facebook beliau. Dan ia telah mendapat sambutan ramai dari netizen kerana ianya adalah perkara yang aneh dan amatlah jarang berlaku.

Menurut satu artikel yang berkait dengan kejadian yang sama berlaku sekarang ini. Pengerusi Taman-Taman Sabah, Tengku Zainal Adlin, yang mendakwa bahawa pernah mendaki setiap permukaan Gunung Kinabalu sejak lima dekad lalu berkata, beliau tidak terkejut dengan laporan gunung itu dilanda salji.

Zainal berkata, ais di gunung itu merupakan perkara biasa, terutama pada awal pagi. Pakar meteorologi Sabah bagaimanapun tidak menolak sebarang kemungkinan adanya salji turun di Gunung Kinabalu kerana ia berada begitu hampir dengan Khatulistiwa.

“Berlakunya ais, ya, tetapi salji? Tidak mustahil,” kata Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malik Tussin.

Beliau berkata, Sabah mengalami suhu sejuk ekoran angin Siberia yang berlaku dengan jumlah hujan yang tinggi kerana musim monsun timur laut dan tekanan atmosfera rendah di Sabah. Selain dari itu, hal ini sebenarnya pernah juga terjadi pada tahun 1993 seperti dilaporkan dalam blog cerita ranau.

GUNUNG KINABALU PERNAH DILITUPI SALJI

Ramai yang tidak tahu bahawa Gunung Kinabalu pernah diselubungi salji pada tahun 1993 iaitu 24 tahun yang lalu dan sejarah ini disegarkan kembali untuk mengingatkan orang ramai khasnya penduduk sekitar Ranau.

Renjer Taman-Taman Sabah Palimin Jasli, 46, pernah dipaparkan di akhbar New Sabah Times pada 20 Jun 1993 tentang kejadian gunung diselubungi salji dan mengejutkan orang ramai. Palimin menceritakan pengalamannya ketika beliau mendaki gunung bersama 10 kakitangan KOKTAS pada 15 jun 1993.

Fenomena Salji Di Gunung Kinabalu 3
Gambar yang diambil ini sekitar tahun 1993 oleh Palimin Jasli

“ Sebelum kami memulakan pendakian, cuaca pada ketika itu sangat sejuk berbanding hari sebelumnya, ketika perjalanan kami ke Laban Rata keadaan cuaca amat sejuk daripada hari yang lain “ kata Palimin. Ketika di Laban Rata, mereka terpaksa menundakan perjalanan ke puncak sehingga hujan reda dan mereka pun meneruskan perjalanan ke puncak pada jam lima pagi.

“ Keadaan permukaan jalan ke puncak sangat licin dan kami terpaksa dalam langkah berjaga-jaga sehinggalah sampai pada 6:30 pagi,” katanya. Setelah tiba di puncak, kesemua pendaki amat terkejut kerana keseluruhan bahagian puncak itu dipenuhi salji dan suasana yang amat luar biasa.

“ Saya dan pendaki-pendaki menjadi saksi gunung ini diselubungi salji dan buktinya salji ini sejuk berserbuk dan bukannya ais, dulu ais sering berlaku di gunung di dalam takungan lopak, “ kata Palimin yang telah berkhidmat lebih daripada 18 tahun. Tambah Palimin, pelancong dari Switzerland bernama Marcel Peters juga bersetuju tentang salji di permukaan gunung. Kali terakhir gunung diselubungi salji pada tahun 1975.

“ Peters kata kepada kami salji ini sama seperti dari negaranya dan negara Eropah lain, ini merupakan keunikan Gunung Kinabalu yang amat luar biasa “ tambah Palimin. Palimin berpendapat salji ini turun selepas berlakunya hujan dan turun pada waktu gelap. Tambah beliau, salji seperti ini tidak pernah berlaku di Sabah. Namun setakat ini masih belum ada membuat kajian selidik tentang salji di Gunung Kinabalu dahulu.

“ Saya berharap pihak-pihak tertentu atau mana-mana universiti akan membuat selidik tentang perkara ini, saya tidak tahu dan menjangkakan bila lagi salji ini muncul” katanya. Beliau mahu sejarah ini berulang pada masa akan datang dan orang ramai akan teruja dengan keunikan gunung tersebut selain daripada flora dan fauna.

Kredit Info: http://ceritaranau.blogspot.my/…/gunung-kinabalu-pernah…

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More