5 Fesyen Rambut Lelaki Zaman Sekarang Yang Buatkan Anda Makin Hensem
5 Fesyen Rambut Lelaki zaman sekarang yang perlu anda ketahui dan cuba untuk kekal menarik dan hensem. Dah cuba ke fesyen-fesyen begini? Nak ketahui lebih lanjut, baca artikel ini.
Isi Kandungan
Fesyen Rambut
Dari zaman dahulu sehinggalah ke zaman sekarang, rambut menjadi antara salah satu perkara atau elemen penting dalam perihal menjaga kekemasan diri.
Tak kiralah sama ada lelaki mahupun perempuan. Kedua-duanya adalah sama. Yang membezakannya adalah cara bagaimana kita membuat fesyen ke atas rambut kita.
Bagi mereka yang bertudung, jangan ingat mereka juga tidak memerlukan fesyen rambut. Hal ini kerana, apabila berada di rumah mereka turut perlu menggayakan rambut mereka mengikut kesukaan individu.
Fesyen Rambut Lelaki
Jadi, pada kali ini akan saya fokuskan berkaitan fesyen rambut lelaki yang semakin popular pada zaman sekarang. Dahulu pun ada juga pelbagai gaya dan fesyen yang terkini. Tetapi, percayalah fesyen rambut lelaki akan sering kali berubah mengikut peredaran masa dan zaman.
Bawah ini saya kongsikan dengan anda beberapa jenis fesyen rambut yang menjadi trending pada masa kini.
Modern Under Cut Pompadour
Pompadour ni adalah sejenis rambut yang tinggi dan tebal di bahagian hadapan. Kalau anda perhatikan contoh gambar pun nampak seperti gunung di bahagian atas.
Jenis rambut ini mengikut kehendak atau kesesuain wajah seseorang. Ada antara mereka yang sikat ke belakang. Yang sikat ke kanan atau kiri pun ada. Yang penting, rambut anda mestilah cukup panjang untuk menggayakannya.
Belum cuba fesyen ini? Haa tunggu apa lagi. Cubalah sekarang.
Textured Quiff With High Fade
Ini kelihatan seperti Quiff yang dapat kita perhatikan di bahagian hadapan. Percaya atau tidak, fesyen rambut lelaki seperti ini amatlah sesuai untuk golongan remaja.
Nipis di bahagian tepi dan agak tebal di bahagian atas. Nak menggayakannya juga agak mudah kerana boleh menggunakan tangan sahaja.
Yang penting, anda kelihatan lebih tampan dan bergaya di mata wanita.
Classic Slick Back
Fesyen classic slick back ni amatlah sesuai untuk mereka yang ingin kekalkan atau menampakkan aura professional sebagai lelaki. Nak buatnya sangat mudah asalkan anda ada rambut yang sederhana. Untuk menambahkan keserian rambut ini, anda boleh meletakkan pomade.
Pomade akan memastikan rambut anda kekal terletak di tempat asal. Sekali kaum wanita tengok, saya jamin mereka akan cair dan tertarik dengan penampilan anda.
Quiff Haircut
Quiff haircut ni antara salah satu jenis stail rambut yang sangat fleksibel. Kerana:
- Mudah digayakan.
- Sesuai untuk semua golongan umur.
- Tidak sukar untuk dibentuk.
- Mengambil masa yang singkat sahaja untuk siapkannya.
Kepada anda yang masih belum mempunyai pilihan, anda digalakkan mencuba gaya ini terlebih dahulu. Mana tahu nanti si dia berkenan?
Brush Up
Gaya brush up ni, sekali imbas kelihatan seperti Quiff pun ada. Ya, memang brush up ini seperti quiff di bahagian hadapan, tetapi di bahagian kiri dan kanan dipotong agak pendek.
Ramai juga golongan lelaki yang mengayakan fesyen seperti ini kerana kelihatan kemas dan rapi. Nampak lebih teratur dan karisma seorang lelaki tu meningkat.
Percaya atau tidak? Anda tentukan sendiri.
*NOTIS: Baca juga artikel berkaitan 7 Cara Memakai Tudung Bawal untuk kekasih atau ahli keluarga anda. Nak bergaya tu, jangalah seorang-seorang yer.
Tips Penjagaan Rambut Sihat
Nak bergaya sakan itu boleh, tetapi anda juga perlu memastikan rambut anda berada dalam keadaam sihat dan baik. Barulah rambut yang digayakan itu menjadi lebih senang dan berkesan dalam meningkatkan kekemasan diri anda dalam berhias.
Baca bawah ini untuk penjagaan rambut yang sihat dan segar.
- Menggunakan jenis syampu dan sesuai dengan kulit kepala anda.
- Amalkan penggunaan conditioner selepas membilas rambut.
- Digalakkan memakai serum rambut.
- Kurangkan overheat di rambut semasa mengeringkan rambut anda.
- Ikat rambut anda dengan betul dan getah sesuai.
- Trim mana-mana bahagian yang berkaitan.
Video Fesyen Rambut Lelaki
Selain daripada style yang disebut di atas, anda juga boleh menonton video youtube berkaitan fesyen rambut lelaki zaman sekarang yang boleh menarik perhatian anda.
Moga-moga menimbulkan minat dalam diri anda untuk menjaga penampilan diri.
Stailkan Fesyen Rambut Anda Sekarang
Diharapkan agar perkongsian sebegini mampu memberi anda inspirasi dan idea untuk menjaga kekemasan dan penampilan rambut anda. Biarlah tidak sehensem mana, asalkan gaya rambut meletup.
Saya jamin, kalau anda cuba salah satu daripada fesyen rambut lelaki yang terkini, anda mampu menarik perhatian gadis-gadis yang anda sukai. Kekalkan penampilan anda sepanjang masa agar orang pun selesa untuk mendekati anda.