FLYsiswa 2024: Bantuan Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan Pelajar
Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar IPT, iaitu FLYsiswa.
FLYsiswa adalah inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar
- Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), serta
- Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
bagi Laluan Domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Isi Kandungan
Permohonan Bantuan Subsidi FLYsiswa Fasa Kedua Kini Dibuka
Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar IPT bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan (FLYsiswa) kini disambung semula, bermula 2 Mei 2024.
Menurut MOT dalam satu kenyataan pada baru-baru ini, “bagi pelajar baharu bagi sesi kemasukan 1 Januari sehingga 31 Mac ini, ia akan dilaksanakan dalam fasa kedua mulai Julai depan.”
“Selepas semakan, pelajar boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan daripada mana-mana satu syarikat penerbangan iaitu MalaysiaAirlines (termasuk MASwings dan FireFly), AirAsia atau Batik Air melalui laman sesawang syarikat penerbangan tersebut, “menurut kenyataan itu.
Bagi permohonan yang diterima, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM 300 kepada pelajar sebagai credit shell untuk membeli tiket penerbangan.
Sebaliknya, jika harga tiket yang dibeli kurang dari RM 300, baki baucar digital akan kekal di dalam credit shell dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya.
Terma & Syarat Permohonan
Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang
- berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung; atau
- berasal dari Semenanjung (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
- berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
- berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
- berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.
Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung / Sabah / Sarawak / Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung / Sabah / Sarawak / Labuan).
Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan
- Malaysia Airlines,
- AirAsia,
- Batik Air,
- MASwings, dan
- FireFly.
Tempoh Permohonan
Pelajar masih berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing pada tarikh 31 Disember 2023 bagi Fasa 1 (mulai 1 Mei 2024) dan 31 Mac 2024 bagi Fasa 2 (dijangka bermula pada 1 Julai 2024).
Tempoh permohonan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah dari 2 Mei 2024 hingga 30 November 2024 dan tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2024.
Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.
Contoh Penggunaan Baucar
Contoh situasi penggunaan baucar sebanyak RM300 yang diberikan oleh Kerajaan melalui subsidi ini adalah seperti berikut:
Tiket 1 (Kuala Lumpur – Kuching Sehala) | Tiket 2 (Kuching – Kuala Lumpur Sehala) | |
---|---|---|
Harga Tiket | RM 200 | RM 150 |
Jumlah Dibayar Kerajaan | RM 200 | RM 100 |
Jumlah Dibayar Pelajar | RM 0 | RM 50 |
Baki Nilai Baucar (Nilai Asal Adalah RM 300) | RM 100 | RM 0 |
Penjelasan | Pelajar diberi baucar RM300. Beliau membeli Tiket Kuala Lumpur – Kuching (Tiket 1) pada harga RM200 menggunakan baucar. Baki nilai baucar sebanyak RM100 boleh digunakan semula untuk tiket lain. | Pelajar membeli satu lagi tiket iaitu Kuching – Kuala Lumpur (Tiket 2) pada harga RM150. Beliau menggunakan baucar dengan nilai baki RM100 manakala RM50 lagi perlu dibayar oleh beliau. |
Tempoh Rayuan Permohonan
Tarikh akhir untuk pelajar membuat rayuan adalah pada 30 September 2024.
Semakan Kelayakan
Semakan kelayakan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut:
>>>Semak Kelayakan Bantuan Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan Pelajar IPT (FLYsiswa) 2024<<<
Jika anda layak, anda boleh terus membuat permohonan.
Senarai pegawai perhubungan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)/Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)/ Institusi.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau persoalan berkaitan FLYsiswa, sila rujuk Soalan Lazim Berkaitan FLYsiswa dari semasa ke semasa.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!