FLYsiswa 2025: Semakan Bantuan Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan
Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai semakan kelayakan dan permohonan bantuan FLYsiswa 2025 yang kini telah dibuka mulai 1 Januari 2025.
Isi Kandungan
Apa Itu FLYsiswa?
FLYsiswa adalah inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar:
- Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), serta
- Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
bagi Laluan Domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Permohonan FLYsiswa 2025
Pada 12 Disember 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kenaikan kadar subsidi bagi bantuan Flysiswa untuk tahun 2025 ini.
Ini bermaksud, pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) Semenanjung yang melanjutkan pengajian di IPT Sabah / Sarawak atau pelajar IPT Sabah / Sarawak yang melanjutkan pengajian di IPT Semenanjung boleh mendapatkan tiket penerbangan mereka pada harga yang lebih murah setelah ditolak dengan pemberian subsidi oleh Kerajaan ini.
Terma & Syarat Permohonan FLYsiswa 2025
Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang:
- berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung; atau
- berasal dari Semenanjung (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
- berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
- berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
- berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.
Pelajar sedia ada / baharu yang berdaftar dengan IPT masing-masing pada tarikh seperti di dalam jadual berikut:
Fasa | Status Pelajar | Tempoh Pelaksanaan |
---|---|---|
1 | Pelajar sedia ada / baharu yang berdaftar dengan IPT masing masing sehingga 30 September 2024 | Mulai 1 Januari 2025 |
2 | Pelajar baharu yang berdaftar dengan IPT masing masing antara 1 Oktober sehingga 31 Disember 2024 | Mulai 1 April 2025 |
3 | Pelajar baharu yang berdaftar dengan IPT masing-masing antara 1 Januari sehingga 31 Mac 2025 | Mulai 1 Julai 2025 |
Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung / Sabah / Sarawak / Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung / Sabah / Sarawak / Labuan).
Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan
- Malaysia Airlines,
- AirAsia,
- Batik Air,
- FireFly, dan
- MASwings.
Tempoh Permohonan & Penebusan Baucar FLYsiswa 2025
Permohonan kini boleh dibuat mulai 1 Januari 2025 sehingga 30 November 2025 dan tempoh akhir penebusan baucar adalah pada 31 Disember 2025.
Pelajar perlu membuat permohonan jika layak setelah membuat semakan.
Setelah menerima permohonan tersebut, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM400 kepada pelajar sebagai credit shell untuk membeli tiket penerbangan.
Semakan Kelayakan FLYsiswa 2025
Semakan kelayakan FLYsiswa 2025 boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut:
>>>Semak Kelayakan Bantuan Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan Pelajar IPT (FLYsiswa) Tahun 2025<<<
Jika anda layak, anda boleh terus membuat permohonan. Manakala, jika anda tidak layak dan permohonan rayuan boleh dibuat.
Untuk membuat permohonan rayuan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan ini, para pelajar IPT perlu mengambil langkah-langkah seperti berikut:
- Membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan. Sekiranya pelajar didapati tidak layak, pelajar boleh klik rayuan bagi memulakan permohonan rayuan;
- Mengisi maklumat-maklumat pelajar yang dipohon bagi semakan pentadbir di IPT masing-masing;
- Setelah diperakukan dan disahkan pentadbir di IPT masing-masing dan KPT bagi universiti awam, kolej komuniti dan politeknik atau KPM bagi kolej matrikulasi dan institusi pendidikan guru, pelajar akan mendapat e-mel pemakluman kelulusan rayuan; dan
- Pelajar boleh meneruskan permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan di syarikat penerbangan yang dipilih oleh pelajar.
Tarikh akhir untuk pelajar membuat rayuan adalah pada 31 Ogos 2025.
Senarai pegawai perhubungan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) / Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) / Institusi.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau persoalan berkaitan FLYsiswa 2025, sila rujuk Soalan Lazim Berkaitan FLYsiswa dari semasa ke semasa.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!