Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Gaji Minimum Penjawat Awam RM1,800 Sebulan

CUEPACS SARANKAN GAJI MINIMUM PENJAWAT AWAM RM1,800 SEBULAN

awam

PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyarankan kadar gaji minimum kakitangan kerajaan ditetapkan sebanyak RM1,800 sebulan.

Presidennya, Adnan Mat berkata, gaji permulaan sektor kerajaan RM1,200 sebulan tanpa mengambil kira lain-lain elaun jauh di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) negara iaitu RM2,208.

“Cuepacs merumuskan terdapat keperluan untuk kerajaan menyemak Sistem Saraan Malaysia (SSM) bagi memenuhi keperluan ekonomi dan kos sara hidup semasa.

“Kajian semula SSM ini perlu dilakukan dengan segera memandangkan skim tersebut tidak lagi relevan dengan persekitaran ekonomi semasa.

“Antara perkara yang perlu diberi penekanan adalah penetapan kadar gaji minimum RM1,800 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Adnan berkata, Cuepacs juga mendapati tiada penambahan jawatan Gred 28 dan 40 sebagaimana kelulusan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016.

Justeru, katanya, Cuepacs berharap kerajaan dapat menambah gred kenaikan pangkat itu agar motivasi dan pelaksanaan pekeliling benar-benar dilaksanakan.

Sumber Kosmo Online

Artikel lain: Bazar Ramadan Dibenarkan Di Masjid Negeri Perak

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More