Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kenaikan Kadar Gaji Minimum RM1700 Berkuatkuasa Mulai 1 Februari 2025

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai kenaikan kadar gaji minimum RM1700 yang telah disebutkan di dalam Belanjawan 2025.

Isi Kandungan

Belanjawan 2025: Kenaikan Kadar Gaji Minimum

Pada pembentangan Belanjawan 2025, Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1500 sebulan kepada RM1700 sebulan yang akan berkuatkuasa mulai 1 Februari 2025.

Kerajaan telah memutuskan penangguhan kuatkuasa gaji minimum RM1700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima (5) orang pekerja bagi tempoh 6 bulan iaitu berkuatkuasa pada 1 Ogos 2025.

Kenaikan Kadar Gaji Minimum RM1700 Berkuatkuasa Mulai 1 Februari 2025 1
Kenaikan Kadar Gaji Minimum RM1700 Berkuatkuasa Mulai 1 Februari 2025 2

Tarikh Pelaksanaan Gaji Minimum RM1700

Pada 1 Februari 2025, pelaksanaan gaji minimum RM1700 sebulan adalah kepada:

  • Majikan yang mengambil lima (5) orang pekerja atau lebih; dan
  • Majikan yang menjalankan “suatu aktiviti profesional” tanpa mengira bilangan pekerja yang digajikan oleh majikan tersebut.

Suatu aktiviti profesional adalah merujuk kepada pengkelasan Malaysia Standard Classification of Occupations (MASCO) 2020 sebagaimana yang diterbitkan secara rasmi oleh Kementerian Sumber Manusia.

Aktiviti profesional merujuk kepada pengkelasan MASCO di bawah Kumpulan Utama 2: Profesional, terdapat sembilan kumpulan sub utama tersebut, iaitu

  1. Profesional Sains Dan Kejuruteraan.
  2. Profesional Kesihatan.
  3. Profesional Perguruan.
  4. Profesional Perniagaan Dan Pentadbiran.
  5. Profesional Teknologi Maklumat Dan Komunikasi.
  6. Profesional Perundangan.
  7. Profesional Perkhidmatan Hospitaliti Dan Yang Berkaitan;
  8. Profesional Sosial Dan Kebudayaan.
  9. Profesional Badan Pengawalaturan.

Pada 1 Ogos 2025, pelaksanaan gaji minimum RM1700 sebulan kepada semua majikan yang menggajikan pekerja (tempoh penangguhan majikan yang menggajikan kurang daripada 5 orang pekerja telah tamat).

Akta Gaji Minimum RM1700

Malaysia telah melaksanakan Dasar Gaji Minimum bermula tahun 2011 apabila Akta Majlis Perundingan Gaji Negara [Akta 732] digubal.

Proses penetapan gaji minimum adalah melalui Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732].

Perintah Gaji Minimum (PGM) pertama telah diwartakan pada tahun 2012.

Sehingga kini terdapat enam (6) PGM dan yang terkini adalah PGM 2024.

Menteri Sumber Manusia berkata bahawa Gaji Minimum bukanlah Gaji Permulaan. Sebaliknya, ia adalah Gaji Asas / Gaji Pokok yang sepatutnya dibayar.

“Jangan bayar graduan dengan gaji minimum ini kerana ia bukanlah gaji permulaan.”

YB Encik Steven Sim Chee Keong

PGM terpakai kepada semua pekerja termasuk pekerja bukan warganegara di sektor swasta kecuali perkhidmat domestik, kontrak perantisan dan pekerja badan berkanun & PBT di Semenanjung Malaysia.

Kenaikan Kadar Gaji Minimum RM1700 Berkuatkuasa Mulai 1 Februari 2025 3
Kenaikan Kadar Gaji Minimum RM1700 Berkuatkuasa Mulai 1 Februari 2025 4
Kenaikan Kadar Gaji Minimum RM1700 Berkuatkuasa Mulai 1 Februari 2025 5

Tindakan Bagi Majikan Yang Gagal Mematuhi Perintah Gaji Minimum

Seksyen 43 Akta 732 memperuntukkan majikan yang gagal mematuhi PGM, jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan tindakan seperti berikut:

Penalti Bagi Kesalahan PertamaDenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap pekerja.
Penalti AmDenda tidak lebih RM10,000 bagi setiap kesalahan di mana penalti khusus tidak dinyatakan.
Penalti Bagi Kesalahan BerterusanDenda tidak lebih RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Penalti Bagi Kesalahan BerulangDenda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun.

Saluran Aduan Pekerja

Sekiranya terdapat pelanggaran terhadap PGM, pekerja boleh membuat pengaduan ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Sila rujuk saluran untuk menghubungi JTK Semenanjung Malaysia, JTK Sabah dan JTK Sarawak seperti berikut:

AlamatTalian Hubungi
JTK Semenanjung MalaysiaKementerian Sumber Manusia Aras 5, Blok Setia Perkasa 3, Kompleks Setia Perkasa
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA
Tel: 03 – 8886 5192
Faks: 03 – 8889 2368
[email protected]
https://jtksm.mohr.gov.my/ms
JTK SabahJabatan Tenaga Kerja Sabah
Kementerian Sumber Manusia
Tingkat 1, Blok C & D,
Bangunan KWSP P/S 14557
88852, Kota Kinabalu, SABAH
Tel: 088 – 238755 / 233820
Faks: 088 – 242445
[email protected]
https://www.jtksabah.gov.my/index.php/ms/
JTK SarawakJabatan Tenaga Kerja Sarawak
Kementerian Sumber Manusia Tingkat 13,
Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga,
93532, Kuching, SARAWAK
Tel: 082 – 242261 / 414062
Faks: 082 – 244909
[email protected]
https://www.jtkswk.gov.my/v2/

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai Gaji Minimum RM1700 ini dan untuk melihat senarai penuh peruntukan Belanjawan 2025, sila rujuk saluran berikut:

Diharapkan info ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana terutamanya untuk semua rakyat Malaysia.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More