Jadual Bulanan Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2025
Berikut kami kongsikan dengan lebih lanjut berkaitan tarikh pembayaran gaji penjawat awam 2025 untuk makluman semua penjawat awam di luar sana.
Isi Kandungan
Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen / Gaji Penjawat Awam 2025
Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) berkaitan Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2025 ini telah dikeluarkan dan bertujuan untuk memaklumkan dan memberi panduan kepada Kementerian / Jabatan berkaitan:
- Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2025; dan
- Peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian / Jabatan bagi memastikan tatacara pengurusan bayaran emolumen dapat dilaksanakan dengan tepat, betul dan emolumen dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.
Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2025 telah ditetapkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BKSK.600-2/13/1 (8) bertarikh 6 September 2024 Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2025.
Berikut adalah tanggungjawab dan peraturan pembayaran emolumen, iaitu:
Tanggungjawab Pusat Tanggungjawab (PTJ) | – Mengunci masuk Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin.1/2019) yang diterima daripada Pusat Pembayar Gaji beserta dokumen sokongan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan bagi mengelakkan sebarang kelewatan. – Memastikan Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin.1/2019) berkaitan kes kemasukan pegawai yang diterima lewat daripada tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan dikemaskini dan diproses secara berasingan (Late Cycle) untuk membolehkan bayaran dibuat selewat-lewatnya pada hari akhir bekerja bulan tersebut. – Menyemak maklumat dalam laporan Fail Induk Gaji sebaik sahaja e-Penyata Gaji & Laporan yang berkenaan dapat dimuat turun dari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) (www.anm.gov.my) dan mengambil tindakan serta merta untuk membuat pelarasan dan pembetulan jika perlu. – Memastikan semua arahan bagi potongan emolumen adalah lengkap dan tepat dengan nama, nombor kad pengenalan baru dan nombor rujukan potongan. – Memastikan semua pembayaran emolumen Pegawai Awam Persekutuan dibayar melalui Sistem Emolumen Berkomputer. Sekiranya terdapat keperluan pembayaran emolumen melalui Arahan Pembayaran bagi kes-kes tertentu, kebenaran dan kelulusan Ketua Akauntan Kementerian atau Pengarah JANM Negeri / Cawangan hendaklah didapatkan terlebih dahulu. |
Tanggungjawab Pejabat Perakaunan | – Menetapkan tarikh pemprosesan larian emolumen bulanan untuk dipatuhi oleh PTJ. – Memastikan semua pembayaran emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang dibayar melalui Sistem Emolumen Berkomputer dan sebarang pembayaran melalui Arahan Pembayaran boleh dibenarkan bagi kes-kes tertentu dengan kelulusan Ketua Akauntan Kementerian atau Pengarah JANM Negeri / Cawangan. |
Tanggungjawab Pegawai Awam | Pegawai Awam (pemilik akaun) hendaklah merujuk kepada bank masing-masing sekiranya terdapat sekatan ke atas pembayaran emolumen di akaun bank pegawai yang mempunyai pembiayaan pinjaman dari bank berkenaan yang mana sekatan adalah tertakluk kepada terma perjanjian yang telah dimerterai di antara pegawai dan bank tersebut. |
Jadual Bayaran Gaji Penjawat Awam 2025
Menurut Jabatan Akauntan Negara Malaysia, tarikh pembayaran gaji penjawat awam 2025 secara bulanan adalah seperti ketetapan jadual berikut:
Bulan | Tarikh | Hari | Catatan |
---|---|---|---|
Januari | 22 Januari 2025 | Rabu | Tahun Baru Cina (29 Januari 2025 & 30 Januari 2025) |
Februari | 25 Februari 2025 | Selasa | – |
Mac | 24 Mac 2025 | Isnin | Hari Raya Puasa (31 Mac 2025 & 1 April 2025) |
April | 24 April 2025 | Khamis | – |
Mei | 22 Mei 2025 | Khamis | Hari Pesta Kaamatan (30 Mei 2025 & 31 Mei 2025) |
Jun | 25 Jun 2025 | Rabu | Hari Gawai (1 Jun 2025 & 2 Jun 2025) Hari Raya Haji (7 Jun 2025 & 8 Jun 2025) |
Julai | 24 Julai 2025 | Khamis | – |
Ogos | 25 Ogos 2025 | Isnin | – |
September | 25 September 2025 | Khamis | – |
Oktober | 16 Oktober 2025 | Khamis | Hari Deepavali (20 Oktober 2025) |
November | 20 November 2025 | Khamis | – |
Disember | 18 Disember 2025 | Khamis | Hari Krismas (25 Disember 2025) |
Untuk makluman, jadual pembayaran gaji penjawat awam 2025 diatas adalah satu tarikh gaji untuk Semua Negeri di Malaysia.
Pembayaran Emolumen Bagi Pekerja Bergaji Hari
Bayaran hendaklah diproses bermula pada 1 hari bulan atau hari bekerja pertama bulan berikutnya dan tarikh pembayaran emolumen adalah selewat-lewatnya pada hari ketujuh (7) bekerja bulan berikutnya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua terutamanya Penjawat Awam diluar sana.