Gambaran Wajah “Future Gamer” 20 Tahun Lagi
Future Gamer? Adakah anda seorang kaki gamer yang melampau? Maksudnya taksub pada Games seperti PUBG, Mobile Legend dan banyak jenis lagi. Perasaan kalau tidak main permainan tersebut rasa tidak keruan. Bila layan permainan tersebut sampai lupa dengan komitmen lain yang lebih penting. Jika ‘Ya’, lebih baik berpada-padalah bermain games tersebut.
Tidak salah jika hendak bermain permainan tersebut, tetapi jangan keterlaluan. Kita mungkin rasa dalam sehari cuma meluangkan masa dalam 12 jam(tanpa sedar). Tapi sedarkah kita jika setiap hari melayan games 12 jam sehari dan kiralah untuk langka masa panjang. Berapa banyak masa kita habiskan hidup kita dengan permainan tersebut?
Berikut adalah gambaran rupa seorang “Gamer”(iaitu anda). Gambaran ini dibuat oleh penyelidik dari Kanada. Penulis sendiri kurang pasti betul atau tidak, tetapi hanya mampu berkongsi info ini pada anda semua. Semoga ianya bermanfaat pada anda.
Ini Gambaran Rupa Future Gamer atau Seorang ‘Gamer’ Dalam Masa 20 Tahun Jika Main Game Secara Melampau
Kajian berkenaan dilakukan oleh sekumpulan penyelidik di Kanada, yang kemudiannya menggunakan data yang diperoleh dan mencipta satu gambaran patung bernama Michael.
Michael dihasilkan daripada data yang diperoleh oleh pemain video game yang menghabiskan purata sekitar enam jam seminggu secara online. Data ini juga meningkat sebanyak 19.3% berbanding tahun lalu.
Hasilnya, selain daripada tidak cukup tidur, Michael juga dilihat kurang vitamin D, mendapat ekzema disebabkan tekanan, serta postur badan yang sangat lemah.
Michael juga digambarkan mempunyai lengkuk pada tengkorak kesan daripada tekanan pada headphone, selain menyebabkan keguguran rambut. Malah, telinga juga boleh menjadi berbulu kerana kurangnya pengaliran udara dalam telinga.
Tambah lagi, mata Michael juga berurat dan merah akibat kekuranga tidur dan terdedah kepada skrin pada masa yang lama.
Meskipun bermain video game kedengaran seperti tidak berbahaya, kesannya dapat dilihat dalam jangka masa yang panjang. Dapatkan rehat yang mencukupi, makanan yang berkhasiat dan gunakan kerusi yang bagus agar postur badan anda tidak rosak.
Sumber : SeleksiNetwork