Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Smart Garis Panduan Pemulangan dan Pengagihan Buku Teks bagi tahun 2020

Berikut dikongsikan Garis Panduan Pemulangan dan Pengagihan Buku Teks bagi tahun 2020.

Pemulangan dan pengagihan buku teks hendaklah dilakukan oleh murid setelah sesi persekolahan 2021 bermula.

Garis Panduan Pemulangan dan Pengagihan Buku Teks bagi tahun 2020.

Isi Kandungan

Garis Panduan Pemulangan dan Pengagihan Buku Teks bagi tahun 2020.

Dapatkan “Garis Panduan Pemulangan dan Pengagihan Buku Teks bagi tahun 2020” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Tips dan cara penjagaan buku teks


(SPBT) Buku teks melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) merupakan salah satu pemberian kerajaan, khas untuk pelajar rakyat Malaysia.Berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan dan memberi keselesaan kepada rakyat terutama yang kurang berkemampuan. Menjadi tanggungjawab pelajar seperti saya untuk menjaga pemberian kerajaan tersebut. 


Membalut Buku 
Salah satu cara menjaga buku SPBT ialah dengan membalutnya. Buku-buku yang dibalut dapat mengurangkan risiko kotor atau terkoyak.Sebagai contoh, buku-buku yang dibalut dengan plastik mungkin terhindar daripada basah.Hal ini yang demikian menjadikan buku teks lebih panjang hayatnya. 

Garis Panduan Pemulangan dan Pengagihan Buku Teks


Menulis nama dan kelas 
Pelajar juga perlu menulis nama atau nama kelas pada ruangan bercop pada buku-buku yang diberi.Hal ini yang demikian, sebagai salah satu langkah untuk mengesan pemilik buku tersebut jika buku-buku itu tercicir.Selain itu, langkah itu mungkin dapat menghalang buku-buku tersebut daripada dicuri. 

Tidak menconteng dan mengoyak
Peminjam juga harus memastikan buku-buku teks tidak diconteng dan dikoyak. Buku-buku yang diconteng atau terkoyak akan menyukarkan murid-murid lain yang akan menggunakannya kemudian.Buku-buku yang diconteng atau rosak, memaksa kerajaan menggantikannya.Hal ini tentu akan menyebabkan pembaziran wang kerajaan disebabkan kecuaian kita.


Dijaga seperti milik sendiri
Buku-buku pinjaman seharusnya dijaga seperti hak milik sendiri. 

Jangan ditinggalkan di merata tempat
Buku-buku tidak boleh ditinggalkan di merata-rata tempat seperti di bawah meja dan di dalam kelas.Jika berlaku kehilangan, kita terpaksa menggantikannya. Jika tidak, pihak sekolah terpaksa memohon peruntukan baharu yang mungkin memakan sedikit masa untuk mendapatkannya. 

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghargai dan menyayangi buku-buku SPBT dengan cara menjaga buku tersebut sebaik mungkin. Sebarang kehilangan atau kerosakan buku, mestilah segera dilaporkan kepada guru SPBT atau diganti supaya murid-murid lain juga dapat menggunakannya pada masa hadapan.

Penutup

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga perkongsian berkaitan Garis Panduan Pemulangan dan Pengagihan Buku Teks bagi tahun 2020 ini membantu anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More