Genjatan Senjata Israel Hanya Tahan 12 Jam Sahaja
Pada Jam 7.15 malam 21 Mei, Al Aqsa diserbu dan berlaku pertembungan antara tentera Israel dengan rakyat Palestin. Israel hanya mampu bertahan 12 jam sahaja selepas persetujuan genjatan senjata pada pagi tadi.
Liputan Terkini Daripada Saraya QUDS tentang keadaan Gaza:
- 15 rakyat Palestin cedera terkena tembakan peluru getah dan serpihan bom pemedih mata yang dilepaskan oleh tentera Israel laknatullah yang menyerbu masuk ke perkarangan masjid Al Aqsa berdekatan timbunan kuil lama
- Tentera Israel menahan paksa seorang pemuda di masjid Al Aqsa
- Pada jam 7.52pm, bunyi roket, meriam dan serbuk peluru sudah berhenti kedengaran namun perarakan kami tidak akan terhenti dan jalan jihad kami akan diteruskan
- Beberapa orang rakyat Palestin cedera terkena tembakan peluru getah dan bom pemedih mata dalam pertembungan yang berlaku di tebing barat
- Semua pintu masjid ditutup setelah pengunjung di halau keluar dan perkarangan Aqsa dikosongkan pada pukul 8.26pm.
- Ribuan rakyat kami telah berarak ke Aqsa untuk melindunginya. Ini mengesahkan bahawa Al Aqsa adalah garis merah
Netanyahu turut memberi ucapan, “Jika Hamas fikir kami akan menderita di bawah acuan roket, itu adalah salah. Kami akan membalas dengan kuasa yang berbeza ke atas mana-mana manifestasi pencerobohan baik di bahagian pinggiran atau di mana saja”
Sumber AJ & Arabian News
Artikel lain: Malaysia Gesa Dunia Tumpu Bantuan Kemanusiaan di Palestin