Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Geran Sepadan PTPTN: Insentif Sehingga Rm10,000

Geran Sepadan PTPTN yang berjumlah keseluruhan RM10,000 satu keluarga akan diberikan kepada setiap pendeposit yang layak.

Isi Kandungan

Apa Itu Geran Sepadan PTPN?

Pemberian Geran Sepadan adalah berasaskan kepada pengumuman oleh YAB Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet 2003 pada 20 September 2002. Pada dasarnya, kerajaan telah bersetuju memperuntukkan RM1 bilion dalam bentuk Geran Sepadan sebagai insentif untuk menarik orang ramai khususnya golongan berpendapatan rendah membuat penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak mereka.

Keistimewaan Simpan SSPN Prime antaranya pemberian Geran Sepadan ada termaktub di dalam P.U.(A) 268 Peraturan-Peraturan Skim Simpanan Pendidikan Nasional 2004 walaupun ianya tidak dinyatakan secara jelas dan terperinci satu persatu di dalamnya.

Peraturan 9.(1) menyebut “Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri Kewangan, memberikan sesuatu insentif kepada mana-mana kategori atau kumpulan pendeposit yang dirasakan sesuai oleh Perbadanan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan”.

Geran sepadan PTPTN

Syarat-Syarat Geran Sepadan PTPTN

Antara syarat utama Geran Sepadan PTPTN adalah seperti berikut:

  • Jumlah keseluruhan Geran Sepadan yang akan diberikan kepada setiap pendeposit yang layak adalah tidak melebihi RM10,000 satu keluarga

geran sepadan ptptn

  • Pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) pendeposit tidak melebihi RM4,000 semasa permohonan dibuat

geran sepadan pttn

  • Penerima manfaat telah mendaftar masuk ke mana-mana IPT dan kursus yang diikitiraf oleh kerajaan di peringkat sijil dan ke atas

Geran Sepadan PTPTN: Insentif Sehingga Rm10,000 1

  • Penerima manfaat hendaklah belum mencapai umur 29 tahun semasa permohonan pengeluaran geran sepadan dilakukan
  • Pemberian hanya layak kepada pendeposit (ibu/bapa/penjaga) yang membuka akaun untuk anaknya sendiri atau anak di bawah jagaannya yang sah sahaja

Kaedah Tuntutan Geran Sepadan

  1. Pengesahan pendapatan/salinan slip gaji/salinan Penyata Pencen/salinan Kad Pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan
  2. Salinan Sijil Kelahiran /Sijil Anak Angkat/Surat Akuan Berkanun penerima manfaat
  3. Salinan MyKad pasangan/Sijil Kematian/Surat Cerai
  4. Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan Resit bayaran daftar masuk ke IPT
  5. Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT/Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tidak memenuhi perkara 4)
  6. Sekiranya penerima manfaat mendapat tajaan pembiayaan pendidikan PTPTN, dokumen 4 dan 5 tidak diperlukan (PTPTN hendaklah mencetak maklumat pembiayaan daripada sistem)

*Perkara 1, 4 dan 5 hendaklah disahkan

Akaun SSPN Prime

Bagi pemohon yang berminat untuk memohon geran sepadan ini, syaratnya adalah telah membuka akaun SSPN Prime yang dulunya dikenali sebagai SSPN-i kepada anak. Bagi yang belum membuka akaun tersebut, ayuh berbuat demikian dengan mengikuti langkah di bawah:

  1. Layari laman rasmi PTPTN dan bahagian SSPN dengan klik: https:https://www.ptptn.gov.my/simpan-sspn/simpan-sspn-prime/
  2. Klik pada ‘Pembukaan Akaun’ dan isi maklumat serta butiran peribadi
  3. Buat bayaran dan cetak resit (minima bayaran RM20 sahaja)
  4. Semak penyata dengan mendaftar kali pertama di portal selepas 24 jam pembukaan akaun secara online

Penutup

Macam mana? Ada yang masih belum tahu mengenai geran ini? Bagi yang layak, cepat buat permohonan sekarang bagi mendapat manfaatnya. Sesungguhnya PTPTN agensi di bawah kelolaan kerajaan Malaysia banyak menyediakan kemudahan kepada rakyat.

Benar, setelah meminjam kita perlu membayarnya, tapi kerajaan juga da menanggung sepenuhnya perbiayaan kita dengan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN. Justeru, segala manfaat yang disedikaan ini termasuk Geran Sepadan PTPTN, haruslah dimanfaatkan sebaik mungkin oleh rakyat.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai geran sepadan PTPTN ini, sila hubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More