Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kronologi Serbuan & Senarai Premis GISB Holdings Seluruh Negara

Berikut dikongsikan mengenai GISB Holdings yang sedang menjadi bualan hangat semua rakyat Malaysia pada ketika ini.

Isi Kandungan

Apa Itu GISB?

GISB @ GISBH adalah singkatan kepada nama syarikat Global Ikhwan Sdn. Bhd dan Global Ikhwan Services and Business Holdings dan ia merupakan syarikat Bumiputera Islam yang diasaskan sejak dari tahun 2000 lagi oleh Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad, iaitu bekas pemimpin Al-Arqam yang telah diharamkan Kerajaan.

Kini, Datuk Haji Nasiruddin Mohd Ali adalah merupakan Pengerusi Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif di GISB Holdings.

GISBH mempunyai banyak anak syarikat di seluruh Malaysia dan antaranya adalah

  • Ikhwan TV, Rangkaian, Bakeri GISB, Restoran dan Ketering;
  • Industri GISB, Harta dan Pembangunan GISB;
  • Perundangan & Perkhidmatan GISB; dan
  • GISB Medicare.
Kronologi Serbuan & Senarai Premis GISB Holdings Seluruh Negara 1
Kronologi Serbuan & Senarai Premis GISB Holdings Seluruh Negara 2

Rangkaian Perniagaan GISB Holdings Seluruh Negara

Menurut laman web rasmi mereka, rangkaian perniagaan GISBH sekarang berada di 16 buah negara dan mempunyai premis perniagaan sebanyak 412 buah.

16 buah negara tersebut adalah seperti berikut:

  1. Germany
  2. United Kingdom
  3. France
  4. Turkey
  5. Egypt
  6. Saudi Arabia
  7. Malaysia
  8. Indonesia
  9. Australia
  10. Singapore
  11. Thailand
  12. China
  13. United Arab Emitares (UAE)
  14. Uzberkistan
  15. Jordan
  16. Bosnia & Herzegovina
Kronologi Serbuan & Senarai Premis GISB Holdings Seluruh Negara 3

Kronologi Serbuan Ke Atas GISB Holdings

Pada 11 September 2024, pihak polis telah menjalankan serbuan ke atas 18 premis di Selangor yang melibatkan 7 daerah manakala 2 lagi premis dikesan di Negeri Sembilan berkaitan dengan siasatan eksloitasi agama dan kanak-kanak.

Seramai 171 orang  terdiri daripada tenaga pengajar, penjaga asrama dan pengerusi pusat pengajian telah ditahan. Individu yang ditahan terdiri daripada 66 lelaki dan 105 perempuan berusia antara 17 hingga 64 tahun.

Manakala, 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara 1 hingga 17 tahun diselamatkan dalam serbuan tersebut yang telah disyaki menjadi mangsa eksplotasi, pengabaian dan penganiayaan di premis dipercayai milik sebuah kumpulan berkenaan.

Sejumlah 201 daripadanya adalah kanak-kanak lelaki dan 201 pula adalah kanak-kanak perempuan.

Siasatan Kes

Setakat ini, pihak polis telah membuka lapan (8) kertas siasatan mengikut

  • Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611];
  • Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [792];
  • Akta Antipemerdangan Orang dan Antipenyeludupan Migram 2007 [Akta 670] Kanun Keseksaan [Akta 574]; dan

undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa.

Maklumat Risikan

Mengikut kenyataan dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, modus operandi yang dilakukan syarikat berkenaan adalah mangsa-mangsa diajar, dididik meliwat dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan mangsa juga dipaksa untuk meliwat penghuni kanak-kanak yang lain.

Mangsa kanak-kanak juga digunakan untuk meminta simpati orang ramai untuk memberi sumbangan.

Mereka ini juga ada yang dicederakan dengan menggunakan objek panas atas alasan mereka degil dan tidak mendengar arahan.

Bahkan dari siasatan, ada 3 hingga 5 orang kanak-kanak berusia lima tahun telah dicederakan lengannya dengan sudu panas kerana mereka melakukan kesalahan.

Kronologi Serbuan & Senarai Premis GISB Holdings Seluruh Negara 4

Berikut adalah kronologi penuh serbuan ke atas syarikat berkenaan sejak ia diwujudkan.

Kronologi Serbuan & Senarai Premis GISB Holdings Seluruh Negara 5
Kronologi Serbuan & Senarai Premis GISB Holdings Seluruh Negara 6

Bentuk Penderaan

Pelbagai bentuk penderaan fizikal telah dilakukan sejak 10 tahun yang lalu di dalam rumah amal naungan syarikat berkenaan.

Dikatakan empat (4) laporan polis telah dibuat oleh ahli keluarga penghuni rumah amal tersebut.

Berikut antara bentuk penderaan yang dilakukan di dalam rumah amal tersebut seperti yang diceritakan oleh sumber, iaitu:

  • Tangan dibakar, disuruh mencabut rumput sehingga penuh plastik hitam.
  • Kanak-kanak lelaki diliwat dan kemudian dipaksa meliwat rakan mereka.
  • Anak-anak dipisahkan daripada ibu bapa, hanya dibenarkan berjumpa dua kali seminggu.
  • Pasangan suami isteri perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan jika ingin bersama.
  • Mereka yang ingin berkahwin tidak boleh memilih, pasangan ditetapkan oleh pengurusan tertinggi syarikat.
  • Selepas berkahwin, pasangan tidak dibenarkan tinggal bersama dan diasingkan.

Jawapan Kepada Tuduhan

Pada 11 September 2024, syarikat berkenaan telah mengeluarkan sebuah kenyataan rasmi terhadap tuduhan-tuduhan terbabit.

Dalam kenyataan tersebut, mereka menyifatkan tuduhan didikan meliwat dan diliwat melibatkan kanak-kanak di rumah amal kendalian mereka sebagai satu tuduhan yang berat dan boleh menimbulkan prasangka serta fitnah.

Kronologi Serbuan & Senarai Premis GISB Holdings Seluruh Negara 7
Sumber Rasmi: GISB HOLDINGS SDN BHD

Syarikat berkenaan telah mengeluarkan kenyataan tersebut supaya tidak ada sebarang andaian fitnah yang dikeluarkan kerana pihak PDRM masih lagi melakukan siasatan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More