GKP 3.0 (Geran Khas Prihatin 3.0) | PERMAI 2021
GKP 3.0 atau lebih dikenali dengan Geran Khas Prihatin Tambahan telah diluluskan oleh kerajaan dalam bajet khas untuk Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini. Ianya akan dibayar secara one-off pada Mac 2021 nanti.
Seperti yang diumumkan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia PERMAI, Kerajaan akan memperluaskan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada 800,000 peniaga kecil dan sederhana (PKS) sehingga RM1,000.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peluasan inisiatif GKP Tambahan ini atau Geran Khas Prihatin Permai ini akan melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM650 juta.
Isi Kandungan
Apakah GKP 3.0 Permai / GKP Tambahan RM1,000?
GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.
Siapa Yang Layak?
Untuk GKP 3.0, tiada lagi permohonan baharu dikeluarkan. Sebaliknya, jumlah RM1,000 akan terus dikreditkan ke dalam akaun pemohon sebelum ini.
Semakan boleh dibuat di laman
Permohonan baharu tidak lagi dibuka setakat ini.
Berapa Amaun Akan Diterima
Amaun bantuan GKP Tambahan secara one-off adalah seperti berikut:
- PKS mikro bagi negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – RM1,000
- PKS mikro bagi lain-lain negeri – RM500
Tarikh Bayaran GKP Permai
Tarikh bayaran bagi Geran Khas Prihatin Tambahan ini adalah pada Mac 2021.
Manakala, bagi kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0 iaitu amaun tersebut akan dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang telah didaftarkan pada permohonan Geran Khas Prihatin sebelum ini.
Pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berhubung Geran Khas Prihatin Permai / Tambahan ini, sila rujuk FAQ rasmi oleh LHDN di pautan berikut:
https://gkp.hasil.gov.my/Download/Faq/(FAQ)GKPTambahan.pdf
Sebarang pertanyaan mengenai GKP boleh juga hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).
SOALAN LAZIM
MENGENAI PEMBAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN TAMBAHAN (GKP TAMBAHAN) DI BAWAH PAKEJ PERLINDUNGAN EKONOMI & RAKYAT MALAYSIA (PERMAI)
- Apakah Geran Khas Prihatin Tambahan (GKP Tambahan) di bawah Pakej PERMAI?GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.
- Siapakah yang akan menerima GKP Tambahan?GKP Tambahan akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan.
- Berapakah amaun bantuan GKP Tambahan?Amaun bantuan GKP Tambahan secara one-off adalah seperti berikut:
- PKS mikro bagi negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – RM1,000
- PKS mikro bagi lain-lain negeri – RM500
- Bilakah tarikh pembayaran GKP Tambahan akan dibuat?Tarikh bayaran adalah pada Mac 2021.
- Bagaimanakah kaedah pembayaran GKP Tambahan akan dilaksanakan?Kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0 iaitu dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini. Pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.
Disediakan pada: 19 Januari 2021