Sumber Rujukan Globalisasi Anda

GreP MARA 2024 ditutup 24 Mei ini!

Grep MARA 2024 adalah Graduate Excellence Programme iaitu sebuah program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar cemerlang lepasan ijazah pertama atau sarjana bagi mengikuti pengajian di peringkat pascasiswazah Ijazah Sarjana (Dalam Negara), Ijazah Kedoktoran/PhD (Dalam Negara) dan Ijazah Sarjana (Luar Negara) di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan Universiti terpilih mengikut bidang tertentu yang memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga negara.

Apa yang dimaksudkan dengan pinjaman boleh ubah itu adalah keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan (conversion) bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pemohon setelah tamat pengajian tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.

grep mara 2024
GreP MARA 2024 ditutup 24 Mei ini! 3

Isi Kandungan

Cara Permohonan GreP MARA 2024

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal MARA, https://educationloan.mara.gov.my. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan. Pemohon perlu MEMBACA DAN MEMAHAMI GARIS PANDUAN PERMOHONAN GrEP yang

disediakan sebelum membuat permohonan.

Bentuk Pinjaman

Pinjaman pelajaran di bawah Program GrEP ini merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup (ESH) dan elaun-elaun lain tertakluk pada kelulusan. Elaun Pengangkutan (pergi dan balik sekali sepanjang pengajian) hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang melanjutkan pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung (rujuk Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan MARA). Bagi pemohon yang sedang bekerja hanya layak untuk yuran pengajian sahaja (pengajian dalam negara).

Tarikh tutup permohonan

Permohonan dibuka selama 19 hari mulai 06 Mei 2024 (Isnin) sehingga 24 Mei 2024 (Jumaat) pada jam 12 tengah hari.

Panduan permohonan

Pemohon perlu mengisi dan melengkapkan permohonan secara dalam talian termasuk memuat naik semua maklumat yang berkaitan sahaja. Hanya pemohon yang berjaya dan menerima tawaran sahaja perlu mencetak dan menghantar dokumen berkaitan kepada pihak MARA dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan MARA atau pada tempoh yang akan ditetapkan.

Pemohon boleh buat permohonan melalui laman website:

grep mara 2024
GreP MARA 2024 ditutup 24 Mei ini! 4

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 4.30 petang (Isnin-Jumaat) seperti berikut:

  1. mengenai program, sila e-mel ke:
    1. [email protected] (bagi permohonan peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran/PhD (Dalam Negara)).
    1. [email protected] (bagi permohonan peringkat Sarjana (Luar Negara)).
  1. mengenai masalah teknikal semasa permohonan, sila e-mel ke: [email protected]

Jadi sesiapa yang berminat, dengan GreP MARA 2024 ini boleh terus melayari Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat. Semoga semua yang memohon GreP Mara 2024 ini dipermudahkan urusan dan lulus serta dapat menimba ilmu dengan sebaiknya.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More