BAU BUSUK? GUNA BAHAN INI UNTUK HILANGKAN BAU TERSEBUT
Bau busuk di dalam ruang rumah menyebabkan ketidakselesaan penghuni rumah. Selain menggunakan pewangi yang terdapat dipasaran. Anda boleh juga menggunakan bahan semulajadi yang berada di dapur rumah anda sahaja.
Tips Mudah Hilangkan Bau Busuk
Arang
Arang bukan sahaj berfungsi sebagai bahan bakar, tetapi boleh juga meneutralkan bau disekeliling. Ada juga portal berkongsi tip dengan cara membiarkan arang selama seminggu untuk singkir bau hapak dalam peti ais.
Daun pandan
Daun ini kalau dikisar dan ditapis airnya digunakan sebagai perasa makanan. Tidak dinafikan fungsinya juga sebagai penaik ‘bau’ hidangan.
Namun kalau dihiris dan dipadankan dengan mawar kering, ada mengatakan ia boleh jadi pewangi serta penghalau serangga seperti langau atau lipas bagi ruang dalam kabinet mahupun peti ais.
3. Bunga cengkih
Rasa bunga cengkih pedas tidak pernah menutup kebaikan lain rempah-ratus itu apabila cukup wangi dalam masakan.
Justeru, sebabkan aroma unik itu, rempah ini boleh menghilangkan bau kurang menyenangkan dalam peti sejuk.
Ambil tujuh hingga 10 tangkai dan letakkan di bahagian makanan di peti sejuk.
Oat
Oat mempunyai kemampuan menyerap kelembapan dengan baik termasuk bau busuk di sekeliling anda. Jadi jika ada sampah yang tidak dibuang dan baunya melekat sehingga berhari-hari dalam rumah, ambil beberapa genggam oat dan taburkan dalam tong sampah anda.
Pelembut pakaian
Pelembut pakaian bukan sahaja akan mewangikan pakaian anda tetapi ia mampu mewangikan kediaman anda. Mudah saja! Tuang satu penutup pelemput pakaian dalam air mendidih dan letak pada ruang di kediaman yang berbau busuk.
Aroma dari pewangi pakaian akan tersebar ke seluruh rumah dan jika anda rajin, gunakan air tersebut untuk mopkan laintai rumah anda.
Kulit epal dan kulit kayu manis
Masukkan kulit epal dan kayu manis dalam air dan masakannya sehingga menggelegak dan baunya naik. Matikan api dan biarkan aroma tersebut tersebar di seluruh kediaman rumah anda.
Lemon
Lemon memang cukup terkenal sebagai agen penghilang bau. Caranya mudah, belah lemon kepada dua bahagian dan sumbat garam ditengahnya. Letakkan di atas piring dan letakkan di tengah rumah anda. Lemon dan garam akan menyerap bau busuk.
Minyak essential
Jika tidak mempunyai diffuser, tidak mengapa kerana anda hanya perlu titiskan dua ke tiga titik minyak essential ke dalam air mendidih dan biarkan wapnya tersebar ke segenap ruang rumah anda.
Ia bukan sahaja mampu menghilangkan bau busuk tetapi juga memberi ketenangan kepada anda seisi keluarga.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan berguna untuk mengharumkan rumah anda.