Guna 5 Cara ini untuk Hilangkan Parut Jerawat, Terbukti Berkesan Memang Awesome!
Isi Kandungan
Bahan yang Disarankan untuk Hilangkan Parut Jerawat
Setelah jerawat mengecut dan pulih , masalah parut jerawat pula yang perlu diselesaikan. Parut jerawat apabila memenuhi wajah sememangnya mencacatkan penampilan anda.
Parut jerawat dapat dipulihkan dengan penggunaan ubat-ubatan dengan bahan-bahan tertentu. Apabila parut jerawat dapat dipulihkan, pastinya anda akan lebih yakin apabila berada di khalayak ramai tanpa berasa malu dan segan.
Antara masalah sering berlaku akibat dari bekas jerawat adalah hiperpigmentasi, pasca-inflamasi, parut hipertrofik, dan keloid.
Mungkin sukar untuk mencari ubat atau krim juga produk penjagaan kulit yang bersesuaian untuk menyelesaian parut jerawat ini.
Pilihan yang tepat untuk merawat parut jerawat
Keinginan untuk mengembalikan wajah ke keadaan semula jadi sememangnya didambakan. Mudah untuk mendapatkan rawatan di pusat-pusat kecantikan dengan menggunakan teknologi terkini namun kos rawatannya juga tinggi.
Anda tidak perlu berada dalam dilema lagi, anda boleh melakukan rawatan ini sendiri di rumah sehingga masalah parut jerawat dapat hilang dengan segera. Pemilihan ramuan ubat-ubatan dan rawatan yang tepat perlu dilakukan dengan teliti agar masalah dapat diselesaikan.
Terdapat beberapa pilihan bahan yang bersesuaian dan rawatan untuk menyembuhkan parut jerawat.
Dikongsikan beberapa bahan yang mesti ada untuk menghilangkan parut jerawat.
1. Niacinamide
Niacinamide sering terdapat di dalam kandungan gel penghilang parut jerawat. Niacinamide berkesan menghilangkan parut jerawat dengan mencerahkan kawasan gelap yang disebabkan oleh hiperpigmentasi.
Niacinamide berfungsi secara optimum dengan bahan lain sebagai contoh mucopolysaccharide (MPS) dan pionin. Secara keseluruhan, bahan-bahan ini dapat memberikan rawatan menyeluruh untuk parut jerawat dan juga memulihkan tekstur permukaan kulit.
Anda boleh menggunakannya pada waktu pagi dan petang, 2-3 kali sehari. Ia boleh digunakan sebelum anda memakai alat solek. Sapukan sehingga parut jerawat berkurangan atau pulih sepenuhnya.
2. Asid Alfa-Hidroksi (AHA)
Kandungan ini sering dijumpai dalam ubat jerawat dan sesetengah produk penjagaan wajah.
AHA berfungsi membuang lapisan luar kulit yang bermasalah dan mengalakkan pertumbuhan kulit baru juga mengelakkan dari pori tersumbat.
Ia juga membantu mengurangkan parut jerawat pada permukaan kulit.
3. Asid laktik
Asid laktik berfungsi untuk membuang sel kulit mati. Sama seperti AHA, asid laktik juga mengurangkan bekas parut dan melicinkan tekstur kulit.
Kandungan ini dapat memperbaiki keadaan parut jerawat dan sekatakan warna kulit. Menggunakan asid laktik dua minggu sekali selama tiga bulan berturut-turut dapat mengoptimumkan penyembuhan parut jerawat.
4. Retinoid
Retinoid dapat menyekat keradangan, mengurangkan jerawat, dan mempercepat pertumbuhan sel kulit baru.
Selain itu, retinoid juga mencerahkan kulit hiperpigmentasi yang disebabkan oleh jerawat. Penggunaan retinoid harus disertai dengan pemakaian pelindung matahari, kerana kulit cenderung sensitif terhadap paparan sinar matahari setelah menggunakan retinoid.
5. Asid Azaleik Bantu Hilangkan Parut Jerawat
Asid Azaleik adalah antimikroba dan anti-radang. Ia juga berfungsi merawat wajah yang berjerawat.
Asid Azaleik dapat menghalang pertumbuhan bakteria di liang yang menyebabkan jerawat. Biasanya, asid azaleik datang dalam bentuk gel atau krim.
Kandungan ia dapat mengatasi kerengsaan, keradangan, dan memudarkan parut jerawat. Asid Azaleik juga mendorong penggantian sel kulit untuk warna kulit yang lebih sekata.
Pilihan mengikut kesesuaian
Anda boleh memilih bahan seperti di atas untuk menyembuhkan parut jerawat anda. Penyembuhan parut jerawat ini juga dapat dilengkapkan dengan penjagaan kulit yang betul.
Jangan lupa untuk terus menggunakan pelindung matahari semasa anda berada di luar. Pelindung matahari membantu melindungi kulit wajah dari sinar matahari dan mencegah munculnya semula jerawat dan juga pigmentasi.