Guru Ganti MyStep KPM 2023 Mohon Sekarang!
Guru Ganti adalah salah satu jawatan yang sentiasa dinanti oleh mereka yang sedang mencari kerja kosong. Ada juga dalam kalangan graduan yang fokus dia adalah guru ganti. Berganjak dari satu sekolah ke satu sekolah bergelar guru ganti. Tak menjadi masalah padanya kerana kepuasan menjadi guru walaupun sebagai guru ganti cukup membanggakan.
Isi Kandungan
Apa itu guru ganti?
Guru ganti adalah guru tidak terlatih yang ditempatkan di sekolah berdasarkan kekosongan. Ianya bertujuan untuk mengisi kekosongan sementara guru tetap disebabkan cuti bersalin, cuti sakit, cuti mengerjakan haji, berkursus atau lain-lain hal yang dibenarkan.
Khidmat Guru Ganti akan tamat apabila guru yang diganti telah tamat tempoh bercuti atau berkursus dan kembali bertugas di sekolah.
Minimun 28 hari ketiadaan guru dibolehkan oleh pihak sekolah mencari guru ganti kepada guru bercuti tersebut. Harus diketahui juga, guru ganti ini tidak mempunyai kelulusan atau latihan ikhtisas, hanya lantikan kontrak sahaja.
Apa pula MyStep?
Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik.
Inisiatif MySTEP ini disediakan khusus buat warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik dalam usaha Kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja di Malaysia.
Guru Ganti MyStep KPM 2023
Di sini kami akan kongsikan beberapa jawatan kosong guru ganti bagi tahun 2023 ini.
-
SELANGOR
-
Kelantan
- 1: Pasir Mas
- Jawatan : Guru Ganti MySTEP KPM
- Penempatan : Sekolah rendah dan menengah dalam PPD Pasir Mas
- Tempoh Bertugas : Tertakluk kepada kekosongan guru di sekolah
- SPM : RM1700
- STPM/Diploma : RM 1900
- Ijazah : RM 2100
- Warganegara Malaysia
- Tinggal di daerah Pasir Mas
- Sihat tubuh Badan
- Berumur 18 hingga 35 tahun
- Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap
- Menjalankan tugas-tugas guru yang digantikan.
- Terlibat dengan aktiviti kokurikulum
- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak sekolah.
- Sekeping gambar berukuran passport
- Salinan kad pengenalan
- Salinan kelayakan akademik yang disahkan
- 2: Tanah Merah
- Jawatan : Guru ganti MySTEP KPM
- Penempatan : Sekolah rendah dan menengah dalam PPD Tanah Merah
- Tempoh bertugas : Tertakluk kepada kekosongan guru di sekolah
- IJAZAH : RM2000
- DIPLOMA/STPM : RM1800
- SPM : RM1600
- Warganegara Malaysia
- Tinggal di Daerah Tanah Merah sahaja
- Sihat tubuh badan
- Berumur antara 18 hingga 35 tahun
- Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap
- Menjalankan tugas tugas lain guru yang diganti
- Terlibat dengan aktiviti ko kurikulum
- Tugas tugas lain yang diarahkan oleh pentadbiran sekolah
- Resume
- Sekeping gambar berukuran passport
- Salinan kad pengenalan
- Salinan sijil akademik yang disahkan
-
Perak
Hebahan berkenaan dengan Permohonan Jawatan Kosong Guru Ganti MySTEP Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah 2023. Borang permohonan boleh dimuat turun daripada QR Code dan link:
https://drive.google.com/…/13Gn1dD32CVM190oK…/view…
Atau boleh juga diperoleh di Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah.
Tarikh tutup permohonan pada 28 Februari 2023. Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Encik Mohd Hafifi bin Abd Hafidz Penolong PPD (Menengah dan Tingkatan Enam) 053711273.
Penutup
Selain senarai yang kami sediakan untuk kalian, sebenarnya banyak lagi jawatan kosong lain berkaitan bidang perguruan ini untuk dimohon. Pemohon boleh rujuk di laman sosial facebook dan rujuk juga page kami untuk info lanjut.
Di bawah MyStep juga, terdapat banyak lagi jawatan kosong atau kerja kosong lain yang boleh dipohon selain guru ganti. Macam mana nak mohon? Klik link di SINI dan mohon ya. Semoga dipermudahkan dan beroleh pekerjaan bagi mereka yang sedang bergelut mencari kerja.