HANDPHONE SUAMI SUDAH JADI “MADU” KEPADA ISTERI
HANDPHONE SUAMI! Menjadi seorang suami merupakan satu tanggungjawab yang sangat besar bertindak sebagai pemimpin keluarga. Suami juga bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan isteri dan anak-anak.
Rumah tangga boleh terkesan kerana ada masanya si isteri merasakan sang suami terlalu asyik membelek dan menatap telefon bimbit, melebihi dirinya. Biar jadi telefon bimbit lagi bagus, selalu dibelek suami! Begitulah perkongsian menarik dari pengguna akaun Facebook, Firdaus Shakirin ini, yang mengatakan banyak rumah tangga hilang serinya sebab handphone.
HANDPHONE SUAMI
“Telefon yang kita pegang selalu tu, banyak isteri di luar sana yang rasa “diduakan” suami dengan benda tu”
Banyak Rumahtangga Hilang Serinya Sebab Handphone
Semakin jauh hubungan dalam rumahtangga bukan sebab perempuan ketiga tetapi sebab handphone.
Nauzubillah.
Tetapi realitinya itulah, demi sesuap nasi katanya. Maka kena pegang handphone 24 jam. Anak-anak pun tengok dan kesannya boleh mak ayah teka tak?
Zaman sekarang ni, tak perlu orang ketiga untuk meretakkan atau merenggangkan hubungan suami isteri, cukup dengan benda yang ada di hujung jari kita tu.
Telefon yang kita pegang selalu tu, banyak isteri di luar sana yang “di duakan” suami dengan benda tu.
Isteri sambut suami balik kerja, tapi suami masuk umah sambil mengadap handphone. Duduk kat ruang tamu, mata tengok handphone. Mandi, solat, kemudian pegang handphone. Waktu makan, handphone dibawa ke meja, tangan kanan makan, tangan kiri pegang handphone.
“Abang, kerja ok tak hari ni?”
‘OK’ tapi mata masih kat hadphone. Isteri mulanya datang nak bersembang, tapi terus blah sebab mood nak bersembang hilang. Suami tak layan, jawab sepatah-patah.
Suami sibuk dengan handphone.
Ajak isteri keluar makan, sampai je kedai, tangan pegang handphone. Ajak isteri pergi melancong, jalan-jalan, sampai je kat destinasi, tangan pegang handphone. Ajak anak main kat playground, sampai je sana, tangan pegang handphone. Ajak isteri bershopping, beli barang dapur, tapi sambil tolak troli pun pegang handphone.
Handphone… handphone… handphone!
Jadi Jarang Berkomunikasi
Banyak rumahtangga yang hilang “serinya” disebabkan handphone. Hubungan yang dekat menjadi jauh. Masing-masing kurang berhubung, jarang berkomunikasi antara satu sama lain. Gelak tawa pun dah semakin tiada dalam rumah tu.
Semuanya disebabkan benda yang bernama handphone.
Tolong sedar sebelum terlambat. Handphone ni nothing, media sosial ni nothing, up to date or ketinggalan ke belakang untuk benda yang viral juga nothing. Semua itu adalah perkara yang kita tak perlu risaukan.
Yang kita perlu bagi perhatian, yang perlu kita risaukan ialah hubungan kita dengan pasangan, hubungan kita dengan anak-anak, hala tuju rumahtangga kita dan haluan hidup kita.
Untuk apa kita berkahwin, apa tujuan perkahwinan itu. Untuk apa kita jadi suami, apa fungsi seorang suami. Untuk apa kita jadi ayah, apa fungsi seorang ayah.
Ingat balik tujuan hidup kita, apa dan siapa yang kita nak jadi. Adakah kita sanggup kehilangan anak bini hanya disebabkan handphone?
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Kadang-kadang isteri ni tak minta lebih, cukuplah suami berikan sikit perhatian ketika mereka ajak bersembang. Lagipun bukan selalu nak berjumpa dan dapat masa yang berkualiti untuk berborak sama, terutamanya jika kedua-dua bekerja. Wahai suami yang asyik dengan telefon, anda hanya perlu masa 1 minit (atau kurang) untuk terlepas momen indah dan istimewa yang tercipta di antara isteri dan anak-anak. Percayalah, anda (suami) asyik dengan handphone akan terlepas semua momen indah yang anda tak jangka. Anda hanya ada satu kehidupan. Anda hanya ada satu peluang di muka Bumi ini untuk bersama dengan insan yang anda sayang. Anda hanya ada satu peluang untuk jadi suami dan bapa yang terbaik. Maka jadilah yang terbaik untuk keluarga anda.
kredit : Firdaus Shakirin