Sumber Rujukan Globalisasi Anda

HARGA LESEN MEMANDU TERKINI 2021

Isi Kandungan

HARGA LESEN MEMANDU TERKINI

Penentuan bagi pakej harga dan kos ambil lesen memandu kereta atau motor termasuk kereta auto sama ada anda di semua negeri  adalah berdasarkan yuran lesen belajar memandu yang ditetapkan kerajaan Malaysia.

Senarai kadar bayaran yang dikenakan yang ditawarkan sekarang, anda boleh semak pakej belajar memandu di bawah:

  • Harga Lesen Motosikal & Harga Lesen Kereta 2021
  • Motosikal B2 (motor b2 tidak lebih 250 cc) : RM350 hingga RM450
  • Harga Motor B FULL (lebih 500 cc): RM900 hingga RM1100
  • HargaLesen memandu kereta manual D : RM1150 hingga RM1300
  • HargaLesen memandu Kereta transmisi auto automatik DA : RM1250 hingga Rm1500
  • Untuk umur 21 tahun dan ke atas boleh mohon dan mendapatkan lesen E untuk memandu bas atau memandu lori

SENARAI PERATURAN BARU LESEN MEMANDU

  1. Setiap sekolah memandu wajib paparkan  kadar bayaran harga baru lesen motor dan kereta untuk tahun 2021 samada belajar memandu di semua negeri di Malaysia
  2. Setiap kenderaan akan dipasang kamera, bagi mengelakkan penguji ambil kesempatan termasuk mengagalkan ujian tanpa sebab yang munasabah
  3. Selepas ini, tiada lagi ujian praktikal bersama kakitangan JPJ. Ini kerana ujian tanpa penguji akan dilaksanakan tidak lama lagi
  4. Ujian komputer juga selepas ini akan dipantau sepenuhnya sistem video di dalam bilik ujian

CHECK HARGA LESEN MEMANDU TERKINI

Berikut adalah cara check hargalesen memandu:

1.Sila check kadar harga yang anda pilih dan ambil tidak melebihi julat harga maksimum yang.

Jika harga yang ditawarkan terlalu mahal, anda boleh pilih institut memandu di Malaysia yang lain.

2) Untuk lebih jimat, boleh pilih pakej untuk motor dan kereta sekaligus di institut latihan memandu

3) Sesi ujian pada sebelah petang mempunyai kebarangkalian yang lulus Ujian Praktikal JPJ sangat tinggi. Hal ini kerana pada ketika itu anggota jabatan pengangkutan jalan jpj sudah mula keletihan

lesen

CARA DAFTAR LESEN MEMANDU KALI PERTAMA

Berikut adalah cara daftar lesen kali pertama:

PENDAFTARAN LESEN MEMANDU

Pendaftaran – Daftar di Kaunter Pendaftaran Akademi Memandu berhampiran.Pengawai pemasaran akan hubungi anda. Diwajibkan membuat pembayaran pertama untuk ke Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP).

KURSUS KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU(KPP)

Kursus KPP – Kursus KPP di akademi memandu diadakan selama 6 jam. Calon digalakkan berpakaian kemas dan sopan yang diluluskan oleh JPJ.

UJIAN KOMPUTER LESEN MEMANDU

Ujian Komputer – Setelah menghadiri kursus KPP calon perlu menduduki ujian teori undang-undang komputer selama 45 minit pada setiap hari kecuali hari ujian praktikal JPJ. Markah lulus 42/50 dan akan diberikan ganjaran RM50 untuk markah penuh 50/50. Jika gagal dalam ujian komputer ini, calon diberi 3 kali percubaan secara percuma dengan pakej sampai lulus.

LESEN L

Lesen L – Calon akan perolehi lesen L (Learner Driving License) dalam tempoh seminggu.

KPP 02 – Calon diwajibkan membuat bayaran kedua untuk menjalani latihan memandu KPP 02 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) selama 16 jam. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk belajar di dalam litar. Untuk motorsikal, calon akan belajar membuat pusingan 8, titi, halangan kon, dan brek kecemasan. Untuk lesen kereta pula, calon akan diajar menaiki bukit, side parking, dan 3 penjuru.

KPP 03 – Setelah membuat latihan memandu di dalam kawasan litar, calon perlu menjalani latihan KPP 03 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) pula iaitu latihan di jalanraya. Calon diwajibkan membuat bayaran ketiga. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk sesi latihan di jalanraya. Borang belajar memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon tamat menjalani latihan KPP 02

UJIAN QTI LESEN MEMANDU

Ujian QTI – Calon perlu menduduki Pra-Ujian (Pre-Test) sebelum bersedia untuk ke Ujian Praktikal JPJ. Ujian ini dijalankan sendiri oleh jurulatih yang bertauliah di institut memandu. Calon yang telah lulus ujian boleh membuat tempahan untuk Ujian Praktikal.

UJIAN PRAKTIKAL JPJ

Ujian Praktikal JPJ – Setelah itu, calon perlu menduduki Ujian Praktikal JPJ. Calon yang lulus Ujian Praktikal JPJ boleh mendapatkan lesen memandu P. Dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu calon akan mendapat lesen P tersebut. Bagi yang gagal ujian JPJ, calon diberi Percuma Ulangan Ujian JPJ Tanpa Had dan 2x Ulangan Latihan Praktikal.

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda memerlukan maklumat lebih terperinci, anda boleh rujuk senarai institusi memandu di Malaysia mengikut negeri:

Artikel lain: Pinjaman Peribadi Bank Rakyat,

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More